CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2207|Reply: 3

Khasiat Bunga Rose Mampu Mencantikan Kulit

[Copy link]
Post time 3-12-2015 07:43 PM | Show all posts |Read mode


Sejak zaman dahulu lagi, bunga rose atau mawar dijadikan sebagai lambang cinta terutama rose merah. Di sebalik kecantikan dan keindahan warnanya, ternyata bunga rose ini mempunyai khasiat yang baik untuk kesihatan dan kecantikan.
Bagi dunia kecantikan, bunga rose dijadikan sebagai bahan untuk merawat wajah, kulit dan juga rambut. Manakala dalam dunia kesihatan pula, bunga rose adalah ubat untuk beberapa jenis penyakit seperti mencegah penyakit jantung, meredakan masalah selsema, cirit birit, menurunkan kolesterol serta jangkitan saluran kencing.
Berikut adalah antara manfaat dan khasiat daripada bunga rose yang wajib anda ketahui:
Air rose berkhasiat untuk memelihara kesihatan rambut kerana kaya dengan zat penyejuk semulajadi yang berfungsi sebagai pelembab. Tuangkan beberapa titis air rose ketika anda membasuh rambut dengan syampu pilihan untuk menciptakan aroma wangi pada helai rambut anda.Selain itu, anda juga boleh menggunakan air rose ini setelah bersyampu, titiskan pada rambut yang basah. Kemudian urut lembut untuk membantu pertumbuhan rambut menadi subur. Di samping itu, air rose juga boleh mengatasi peradangan di kulit kepada kerana masalah kelemumur.
Air bunga rose merupakan salah satu bahan pembersih semulajadi yang kaya dengan kandungan zat antioksidan dan mampu membunuh bakteria yang menyebabkan timbulnya jerawat di wajah.Bersihkan wajah anda dengan air suam yang sudah dicampur dengan air rose pada setiap pagi. Anda juga boleh membersihkan wajah dengan kapas yang sudah dibasahi air rose.
  • Menyegarkan Tubuh
Bunga rose dapat menjaga kesegaran tubuh seperti mandi lulur di spa yang mengggunakan kelopak bunga rose sebagai media penyejuk tubuh setelah seharian anda melakukan aktiviti di luar rumah.
Perawatan kecantikan tubuh seperti di spa biasanya menggunakan air rose atau air mawar sebagai salah satu bahan utama. Ini adalah kerana bunga rose mempunyai keharuman air rose yang istimewa dan berkhasiat untuk Miss V anda.Cucilah miss V dengan air suam yang telah dicampur dengan air rose secara rutin.
  • Atasi Masalah Mata Penat
Mata penat dan lingkaran gelap di bawah mata boleh anda atasi dengan air rose. Ia bagus digunakan untuk menghilangkan mata merah dan meradang.Titiskan dua atau tiga titis pada mata, kemudian pejamkan mata anda beberapa minit untuk memberikan kesempatan air rose membersihkan mata anda. Lakukan cara ini secara rutin untuk menghindari jangkitan mata lebih parah.
  • Mencantikan Kulit
Bunga rose memiliki kandungan lemak iaitu asid lemak Omega-3 dan Omega-6 yang berkhasiat untuk kesihatan kulit, sehingga anda dapat memiliki kulit yang sihat, cantik dan lembut. Lakukan secara rutin untuk mendapatkan hasil yang sempurna.
Aroma harum pada bunga rose dapat menghilangkan rasa penat atau stres sehingga tubuh dan fikiran anda kembali relaks dan stres yang sedang menekan boleh anda hadapi dengan tenang.


http://www.wom.my

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-12-2015 04:56 PM | Show all posts
Edited by Elle_mujigae at 9-12-2015 04:57 PM

Love the fragrance...    sekarang tengah cari shampoo yang berasaskan pati bunga rose original..tak jumpa lagi.. pernah pakai Rose Blossom hair masque masa buat treatment kat Hammam Spa,sedap betul bau dia..seharian tu asyik sniff sniff kat rambut sendiri je..hehe..
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2015 10:19 AM | Show all posts
terima kasih banyak2 untuk info ini...hakak suka
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2015 12:20 PM | Show all posts
Edited by haryatie at 10-12-2015 12:24 PM

buat ni semua kena guna bunga rose yg masih segar tu ker..
ada nmpak kat kedai cina jual..bunga rose yg telah dikeringkan
boleh guna tak..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-2-2025 02:21 AM GMT+8 , Processed in 0.127467 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list