CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5227|Reply: 0

Kebaikan & Keburukan Matahari Pagi Yang Perlu Anda Tahu

[Copy link]
Post time 3-12-2015 07:49 PM | Show all posts |Read mode

Sebut sahaja sinar matahari pasti ramai yang takut untuk berjemur kerana berfikir cahaya matahari tersebut akan membuatkan kulit menjadi gelap dan kusam.
Namun, tahukah anda sinar matahari tidak patut dihindari,khususnya matahari pagi kerana ia mempunyai pelbagai manfaat kesihatan bagi tubuh anda.Salah satu cara untuk mendapatkan sinar matahari yang cukup ialah dengan berjemur selama kurang lebih 30 minit setiap hari. Mari kita lihat manfaat matahari pagi untuk kesihatan tubuh anda.
Manfaat Matahari Pagi
Bukan rahsia lagi kalau sinar matahari pagi itu mengandungi Vitamin D. Vitamin D merupakan vitamin yang diperlukan oleh tubuh untuk membantu pembentukan bersama Vitamin A dan Vitamin C. Vitamin D yang diserap masuk oleh tubuh akan diproses di dalam hati kemudian akan disimpan di bawah jaringan kulit dalam bentuk tidak aktif sehinggalah dengan bantuan sinar matahari pagi akan membuatkan Vitamin D yang telah disimpan menjadi aktif. Sinar matahari pagi boleh mengaktifkan Vitamin D jika terkena dengan kulit sekitar 10-15 minit. Selain itu,Vitamin D juga sangat berperanan untuk mencegah penggumpalan darah di kaki.
  • Meningkatkan Kekebalan Tubuh
Apabila kulit anda terkena sinar matahari pagi,ia akan menambahkan sel darah putih terutamanya limfosit yang berfungsi untuk menyerang penyakit. Secara tidak langsung,antibodi akan turut kuat. Menurut kajian,berjemur selama 10 minit di bawah pancaran matahari pagi satu atau dua kali seminggu dapat mengurangi risiko terkena selesema sehingga 30-40%.
Efek sinar matahari pagi memainkan peranan penting dalam membantu menurunkan paras gula dalam darah. Hal ini kerana sinar matahari pagi adalah insulin yang memudahkan penyerapan glukosa dalam sel-sel tubuh. Sekaligus merangsang penyimpanan glukosa dalam otot dan hati.
Sinar matahari pagi membantu mengurangi risiko mendapat pelbagai kanser seperti kanser prostat, usus besar, payudara dan juga kanser ovari. Tapi anda dinasihatkan supaya tidak terlalu lama berjemur di bawah cahaya matahari kerana ia akan menyebabkan kanser kulit.
Sinar matahari pagi juga baik untuk meningkatkan nafsu makan, meningkatkan sistem pencernaan dan juga proses metabolisme.
  • Melancarkan Aliran Darah
Manfaat matahari pagi juga ialah ia dapat meningkatkan dan memperlancar aliran darah dalam tubuh dengan cara melebarkan pembuluh darah di kulit sehingga membawa lebih banyak nutrisi dan oksigen ke sel-sel dalam tubuh. Hal ini akan membuatkan jantung anda sihat dan menurunkan tekanan darah tinggi

Keburukan Matahari Pagi
Walaupun matahari pagi mempunyai kebaikan kepada kesihatan,namun anda jangan lupa ia turut mempunyai keburukan jika terlampau terdedah pada matahari pagi terlalu lama.
  • Kulit kelihatan terbakar yang memerlukan tempoh tertentu untuk sembuh seperti sediakala. Hal ini terjadi kerana sinar ultralembayung (UV) yang menembus hingga ke lapisan kulit lalu meningkatkan aliran darah sehingga menyebabkan kesan merah.
  • Risiko mendapat kanser kulit jika berjemur melebihi waktu matahari pagi iaitu di antara pukul 07.00 hingga sekitar 09.00 pagi.
  • Kulit akan hilang kelembapan sekaligus menyebabkan garis halus akan mula muncul dan lama kelamaan menjadikan kulit kelihatan kedut dan berusia.
Kesimpulan


http://www.wom.my


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-2-2025 02:24 AM GMT+8 , Processed in 1.644193 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list