CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1532|Reply: 0

Suami Merajuk Di Kala Isteri Sibuk Bekerja

[Copy link]
Post time 4-12-2015 01:54 PM | Show all posts |Read mode


“Hurmmmm...penat dan letih badan selepas pulang dari kerja. Masa untuk keluarga juga tiada.” Perkara seperti ini barangkali sudah kian lali didengar dan diucapkan dari mulut seorang isteri atau suami. Pada zaman kini, isteri juga keluar bekerja sehingga kadangkala mengalahkan suami sibuknya.

Bagaimanapun, adalah menjadi tanggungjawab suami dan isteri untuk meluangkan masa bersama. Tapi, bagaimana persoalannya yang kerapkali diucap tanpa difikirkan jalan penyelesaian terbaik bagi menyelesaikan masalah tiada masa untuk keluarga, di mana perhubungan juga kian kelam di makan dek zaman.

Andai kata anda bakal pengantin baru, inilah hakikat yang akan dialami selepas bergelar seorang isteri yang bekerjaya. Lumrah dalam kehidupan, ada pahit manis bercinta juga berkasih sayang. Seandainya suami anda merajuk apabila melihat kesibukan anda bekerja, itu adalah tanda bahawa si dia begitu memerlukan perhatian dan kasih sayang yang lebih dari anda.

Jangan salah faham dengan mentafsirkan bahawa suami mengada-ngada atau sengaja berbuat begitu. Jalan terbaik adalah dengan memahami isi hatinya dan anda perlu sentiasa mengambil berat rutin harian suami anda. Sebagai contoh, bertanya kepada suami mengenai rancangannya pada hari ini, esok, atau lusa. Dengan meluangkan masa bersama menikmati perbualan secara terbuka dari hati ke hati akan dapat merapatkan lagi perhubungan yang sedia ada.

Ada beberapa tip yang boleh dijadikan panduan kepada anda untuk memujuk kembali hati suami yang merajuk:

1. Mencium tangan suami sebelum pergi dan memberitahunya jadual urusan di pejabat. Ini akan dapat melegakan hati suami anda dan mengurangkan kerisauan ketika anda berada jauh dari matanya.

2. Luangkan masa untuk berbalas kiriman sms mengucapkan kata-kata sayang ketika bekerja kepada suami, seperti ‘abang, rindu selalu’, ‘malam ni nak masak lauk ‘special’ untuk abang’. Walaupun suami yang juga sedang bekerja tidak membalas kiriman anda, tetapi ketahuilah bahawa si dia membaca sms itu dan berbunga hatinya menanti untuk berjumpa dengan anda!

3. Meletakkan kad ucapan tanda memohon maaf atas kesilapan sebelumnya, ciuman di dahi dan pipi suami akan meredakan kemarahan dan rajuknya padamu.

4. Buang sikap ego kamu untuk merajuk bersama-sama. Ini akan memburukkan lagi keadaan sedia ada. Malahan fenomena ini akan berpanjangan.

5. Apa salahnya, anda pula yang mengajak dan belanja makan malam di luar bersama suami. Si dia pasti akan menerima ajakan anda dan malam itu akan berakhir dengan indahnya.

6. Usah tangguhkan kerja yang sememangnya banyak di pejabat. Selesaikan secepat mungkin dan rancanglah jadual untuk bersama dengan suami tersayang. Agar si dia tidak makan hati dengan kesibukannmu.

7. Jangan sesekali mencampuri urusan kerjaya dan rumahtangga. Ingatlah, bahawa di pejabat anda adalah pekerja dan di rumah anda adalah isteri yang bertanggungjawab melayani kehendak suami.

8. Urutan lembut di bahu suami dan di kakinya selepas balik bekerja akan membuatkan si dia menjadi lembut hati dan memelukmu erat serta merta jua!

9. Makanan kegemaran akan menambat jiwa suami. Si dia pasti akan senyum meleret dan gembira di saat itu. Ini adalah teknik mudah untuk memikat hati si dia!

10. Membisikkan kata-kata romantik di telinga suami di saat dia sedang baring di atas katil untuk tidur. Walaupun si dia berpura-pura memejam mata, sebenarnya bisikanmu itu menusuk ke hatinya. Pasti keesokan harinya, kamu akan sedar tangannya memeluk erat di pinggangmu.

Firman Allah:“Dan di antara tanda-tanda kebesaran Allah itu bahawa Dia jadikan bagi kamu pasangan hidup agar kamu mendapatkan ketenangan/kebahagiaan bersamanya. Kemudian Allah ciptakan di antara kamu berdua mawaddah dan rahmah.” (Surah al-Rum, ayat 21)

Hakikatnya, sesibuk manapun anda sebagai seorang isteri yang bekerjaya, keperluan suami usahlah diabaikan. Sesungguhnya, pasanganmu sangat memerlukan sokongan dari seorang wanita yang bergelar isteri. Pengorbananmu akan mendapat keberkatan dan dirahmati-Nya.


pesonapengantin
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Cinta & Perhubungan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-12-2024 12:45 PM GMT+8 , Processed in 0.059735 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list