CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1370|Reply: 0

Tak Perlu Ubat Langsing, 6 Amalan Ini Lagi Berkesan

[Copy link]
Post time 7-12-2015 01:37 PM | Show all posts |Read mode

Ada wanita segelintir wanita ingin langsing dengan cepat mengambil ubat-ubatan tanpa memikirkan kesannya terhadap kesihatan. Sebenarnya ada pelbagai cara yang lebih selamat untuk menurunkan berat badan. Bukan sahaja lebih selamat bahkan tidak merugikan.



1. Jangan berlapar
Makanan membantu memberikan tenaga. Apabila anda kurang menggunakan tenaga, tubuh akan ‘terkejut’. Keadaan ini menyebabkan kadar metabolisme tubuh menjadi rendah. Apabila anda tidak tahan berlapar, anda cenderung mengambil makanan dalam kuantiti yang berlebihan. Pada ketika ini, walaupun tahap pengambilan makanan anda kembali ke paras normal, tahap metabolisme tubuh masih rendah.


2. Kurangkan ambil gula
Kurangkan pengambilan gula kerana setiap sesudu mengandungi sekurang-kurangnya 32 kcal kalori. Minuman bergas juga perlu dielakkan sebab mengandungi sekurang-kurangnya tujuh hingga lapan sudu gula. Nak minuman bergas lagi tak?




3. Kurangkan tambah garam dalam makanan
Sedap memang sedap tapi ambil garam secara berlebihan akan menggalakkan takungan air di dalam tubuh. Kalau kurang garam, tubuh akan menakung air yang sedikit. Ini akan menyebabkan anda kekurangan berat disebabkan oleh air. Pastikan tubuh anda menyerap garam dalam kuantiti yang sepatutnya.


4. Tepis sajian berlemak dan ada kolesterol
Kurangkan pengambilan makanan yang tinggi kandungan kolesterol dan lemak. Contohnya marjerin, mentega, makanan berminyak dan digoreng.


5. Pilih piring pun penting
Sebelum mengambil makanan, pilih piring makanan yang rata dan bukannya piring cembung. Ambil sayuran dahulu untuk memenuhi piring. Kemudian baru diisi nasi dan lauk pauk. Jika ingin menambah, hanya sayuran yang boleh diambil. Jangan lupa, makanlah di meja makan. Elakkan makan sambil menonton televisyen. Semakin menarik program televisyen yang ditonton semakin banyak makanan yang akan dihabiskan! Pernah buat tak?


6. Amalkan senaman kempiskan perut
Bagi mengempiskan perut, gerakan punggung yang ringan tetapi lama lebih efektif. Latihan dilakukan dengan pergerakan hula hoop. Pergerakan ini mungkin boleh disamakan dengan tarian gelek, dangdut atau hula-hula.


7. Elakkan berbelanja waktu perut kosong
Kalau mahu membeli makanan, kunjungi gerai buah-buahan dan sayur-sayuran terlebih dahulu. Makan sedikit buah-buahan kemudian barulah ke gerai atau restoran makanan kesukaan anda.


8. Amalkan minum jus limau
Selain minum air kosong sebanyak lapan gelas sehari, minum minuman yang masam akan menggalakkan pembakaran lemak di dalam tubuh. Haaa... kalau pesan makanan di restoran atau gerai, sesekali pesanlah air limau nipis atau jus oren segar sebaik-baiknya tanpa gula.


mingguanwanita
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-2-2025 02:24 AM GMT+8 , Processed in 0.036701 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list