CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3222|Reply: 5

BISKUT GANJA

[Copy link]
Post time 9-12-2015 10:47 AM | Show all posts |Read mode
Edited by uniq61 at 9-12-2015 10:48 AM



Pelajar berkenaan membeli dua balang biskut dicampur ganja dari satu kumpulan di Facebook. Semua transaksi dibuat melalui laman media sosial. - Foto PDRM
LABUAN, 15 Mei: Seorang pelajar kolej yang ditangkap ibu sendiri ketika khayal, ‘membantu’ polis di sini membongkar modus operandi terbaru yang digunakan penjual dadah.
Ketua Polis Labuan, Superintendan Adzhar Othman berkata, pelajar berusia 20 tahun itu khayal dan berhalusinasi selepas mengambil biskut seperti biskut ‘chipsmore’ yang mengandungi dadah.
Adzhar mendedahkan ini pertama kali mereka mendapat kes begitu dan berkata pelajar itu ditangkap pada 17 Mei lalu kira-kira jam 3 petang apabila ibunya menelefon dan merungut anaknya berkelakuan ganjil selepas memakan biskut itu.
“Selepas menguji biskut berkenaan, didapati ia positif THC atau lebih dikenali sebagai ganja,” kata Adzhar.
Katanya pelajar itu mengaku membeli dua balang biskut berganja atau dikenali sebagai ‘Biskut Raksasa’ dari kumpulan di Facebook dengan harga RM120.

“Dia mendakwa siapa yang menyelenggara kumpulan Facebook itu atau memberi nombor telefon mereka. Semua transaksi dilakukan menggunakan media sosial,” kata Adzhar.
Katanya lagi, pelajar itu merupaka pengguna dadah pasif sejak tiga tahun lalu dan menyalahkan tekanan rakan sebaya lalu mula menghisap ganja.
“Pelajar itu kemudian menemui kumpulan Facebook dan mula berkomunikasi dengan pentadbir kumpulan itu melalui mesej di Facebook,” kata Adzhar.
Dipercayai bahawa selain daripada biskut, kumpulan itu turut menjual gula-gula dan coklat mengandungi dadah.
Katanya kes itu disiasat di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 selepas mendapat keputusan daripada Jabatan Kimia yang melakukan ujian ke atas sampel biskut berkenaan.


Read more: http://bm.therakyatpost.com/berita/2015/05.../#ixzz3bK3OHE2g
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-12-2015 08:34 AM | Show all posts
harap KKM mohon kerajaan haramkan semua biskut  
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-12-2015 10:53 AM | Show all posts
SEKEJAP ADA...SEKEJAP TAK ADA....
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2015 11:40 AM | Show all posts
biskut ni kalau kt amsterdam mmg legal.... biskut cake dsb...
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2015 12:51 PM | Show all posts
ayooo dalam biskut pn ada ka
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-12-2015 02:06 PM | Show all posts
SO KALAU BF KO BELANJA COOKIES...JANGAN AMBIL DAN MAKAN...NAYA KO NANTI.
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-1-2025 03:57 PM GMT+8 , Processed in 0.432809 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list