View: 1381|Reply: 3
|
Campur Produk Luar dengan Ubat Doktor
[Copy link]
|
|
Salam semua warga board Fesyen dan Tips Penjagaan Diri.
Saya nak tanya, curious sangat-sangat nak tahu ni.
Kawan saya ada masalah kulit wajah yang teruk selepas guna produk keluaran tempatan. Alah, produk jenama sendiri yang jual online tu. Dia kata dia dah guna macam-macam yang orang rekemenkan untuk pulihkan kulit muka dia yang dah rosak tu. Sekarang ni dia guna ubat doktor.
Hari tu ada orang jual produk herba di ofis. Ada sabun, kapsul, minyak, minyak wangi, daripada habbatus sauda. Penjual rekemenkan kepada kawan ni. Dia kata elok untuk licinkan balik. Kawan tak nak sebab dia tengah pakai ubat doktor. Penjual jawab balik, “Alah, doktor. Doktor ni cakap je kena pakai ubat dia, tak boleh campur...” Dengan mulut mencebik, riak wajah yang...ala, poyo la doktor tu.
Persoalan saya, boleh ke campur ubat doktor dengan produk lain? Tak apa ke? Setahu saya, kalau dah doktor bagi ubat atau nasihat guna produk itu ini, kita ikutlah. Sementara tu jangan guna produk lain, guna saja produk yang doktor cakap, jangan campur ubat doktor dengan produk luar. Kalau tak jalan juga, stop ubat doktor dan bolehlah cuba lagi produk lain. Ke tak apa kalau campur? Atau ni strategi peniaga je untuk buatkan kita jangan dengar cakap doktor dan belilah barang jualan dia.
Serius nak tahu.
Mod board, kalau tak sesuai silalah tong sampahkan. 
|
|
|
|
|
|
|
|
Waalaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh ...check in...hehe
Kena la ikut treatment plan doktor tu dulu... actually bila ada masalah kulit ni, doktor bukannya dapat pinpoint dengan tepat produk yang dapat membaiki keadaan kulit pesakit tu kembali normal...rough idea ada la berdasarkan sedikit ilmu mengenai keadaan kulit,masalah2 kulit dan pengalaman merawat pesakit sebelum ni..
Selalunya doktor akan start rawatan dengan produk paling asas... dah ada kesesuaian doktor akan tambah produk...kalau masalah tak sembuh, doktor akan recommend produk lain pula.
Sebab itu, tak digalakkan campur2 produk semasa tempoh rawatan. Kalau keadaan kulit semakin sembuh, kita tak tahu produk apa yang sesuai dengan kulit kita sebab dah guna banyak produk kan...nak try and error banyak2 rugi masa dan rugi duit nanti..so better berdisiplin dalam menjalani rawatan pemulihan.. |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau I adalah seorang peniaga, orang yang ada masalah2 sebegini yang I akan approach sebab mereka dalam keadaan sanggup berbelanja apa sahaja untuk merawat masalah mereka.. Orang yang ada masalah kulit, masalah berat badan mmg selalu menjadi target orang berniaga produk yg berkaitan masalah mereka.......huhu... |
|
|
|
|
|
|
|
Bersimpati dengan kawan tt... mesti dah nipis dan sensitif kulit dia setelah guna produk repacking tu... tak dinafikan testimoni2 yang mereka paparkan gempak2 belaka... haih... |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Wanita & Lelaki
|