|
Oleh : Dean BZ
Kegemukan merupakan musuh utama sista atau golongan wanita. Bermacam cara dan diet dilakukan bagi memastikan badan sentiasa cantik dan menawan. Terbaru, ada satu cara yang "agak pelik" untuk menguruskan badan.
Foto : womenshealthmag.com
Memetik dari portal Wanista, seorang penulis buku The Hormone Diet, Dr Natasha Turner, menyatakan anda boleh kurus sekiranya tidur di dalam keadaan berbogel! Tidur tanpa pakaian boleh kuruskan badan? Pelik bukan? Malah boleh dikatakan tidak logik
Sekiranya anda tidur tanpa sehelai pun pakaian, badan anda seakan-akan menekan butang ‘reset’ kepada hormon fat loss dengan cara merembeskan hormon yang boleh membina sel di dalam tulang, kulit dan otot ketika tidur sekali gus menggalakkan penurunan berat badan, tulisnya.
Keadaan badan yang tidak berbaju akan membuatkan badan anda di dalam keadaan sejuk di mana sangat bagus untuk rembesan hormon tersebut. Bukan itu sahaja, tidur dalam keadaan tidak berpakaian akan mengurangkan hormon kortisol yang menyebabkan anda stres dan memelihara tenaga di dalam badan anda ketika tidur.
Dan sekiranya banyak hormon kortisol dirembeskan ketika tidur, seseorang akan merasa sangat lapar setelah bangun tidur dan membuatkannya makan lebih daripada yang sepatutnya. Selain daripada itu, pakaian yang memanaskan badan ketika tidur boleh mempengaruhi hormon pertumbuhan dan melatonin yang mempercepatkan proses penuaan.
Jika anda tidur tanpa pakaian, kulit akan menjadi lebih senang dipulihkan sekiranya mempunyai cela kerana hormon pertumbuhan akan menjadi lebih aktif.
Foto : kakgojes.com
Tak pastilah cara ini benar-benar berkesan atau tidak tapi tak salah mencuba kan? Mungkin rasa sedikit janggal apabila tidur tanpa seurat benang. Pastikan bilik terkunci rapi sebelum mencuba petua baru ini. Yang jenis kuat mengigau sampai boleh bangun berjalan tu, mohon jangan ngada-ngada nak cuba cara ini. - CARI Infonet.
|
|