CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2690|Reply: 1

Bagaimana Menghapus Rasa Cinta Pertama dan Bayangan Wajahnya?

 Close [Copy link]
Post time 10-12-2015 02:41 PM | Show all posts |Read mode
Bagaimana Menghapus Rasa Cinta Pertama dan Bayangan Wajahnya?


cinta pertama, rasa yang sukar dilupakan..





Bagaimana menghapuskan Rasa Cinta pertama yang menghantui diri?

Rasa cinta tidak mudah dihapuskan.

Apatah lagi cinta pertama. Hal ini memang menyesakkan apabila kita kita berusaha mengatasinya. Apabila bayangannya kembali dalam memori, bahkan sering menghantui mimpi-mimpi.

Malah peluang bersanding juga sudah tiada lagi, apa yang harus dilakukan?

Menangis? Bersedih? Menyesali perkara yang terjadi? Berasa tertekan, sakit hati, kecewa, bahkan berasa mahu membunuh diri?

Saya yakin, hal itu tidak akan kita lakukan.

Mari kita hilangkan rasa kesal yang tiada guna dan kekecewaan tanpa makna.

Memang mudah diucapkan, tetapi bagaimana sekiranya bayangannya masih hadir dan mengganggu aktiviti harian?

Padahal, kita sudah berusaha membuangnya jauh daripada kehidupan.

Abdullah bin Mas’ud menasihatkan, “Apabila kamu kagum kepada seorang wanita (atau lelaki), ingatlah semua kekurangannya.”

Maaf, ini bukannya tajassus atau mencari aib dan mengorek kekurangannya. Ini adalah nasihat supaya kita tidak dipermainkan oleh pesona hati, dan tidak dibuai oleh gelojak nafsu sehingga menjadi permainan syaitan.

Kadangkala, cinta membuatkan mereka yang celik menjadi buta, mereka yang punya telinga menjadi tuli, serta mereka yang mempunyai hati menjadi alpa dan tidak merasa.

Lihat mereka yang sedang asyik berpacaran, biasanya mereka tidak lagi mempedulikan keadaan sekeliling.

Walaupun dilihat oleh orang ramai, mereka sengaja berpura-pura tidak mempedulikannya. Telinga mereka utuh dalam menerima pelbagai teguran dan kritikan.



Tidak lagi mahu diganggu bayangan wajahnya

Ya, sekiranya tidak mahu lagi diganggu oleh bayangan wajahnya, sentiasa ingat pada kekurangannya.

Kita lebih tahu memilih dan mengungkap kata-kata demi matlamat itu. Tidak perlu disampaikan pada dirinya, cukup dalam hati sahaja.

Walaupun sebenarnya tidak baik memandang remeh kepada orang lain, namun tujuannya supaya kita tidak leka dan terseksa oleh bayangan wajahnya, dan tidak dipermainkan nafsu yang menggunakan nama cinta.

Kita juga tidak terbuai oleh penipuan si durjana. Kuburkan semua kenangan masa silam, dan jangan mengungkit lagi supaya tidak timbul kesedihan.

Tuliskan diatas sehelai kertas..

Sekiranya kita masih sukar melupakan dia, tulis sahaja namanya pada sehelai kertas. Koyak kertas itu dan katakan kita sudah melupakan dirinya dan membuang jauh bayangan wajahnya.

Ini bukan bagi menunjukkan rasa benci, dengki, apatah lagi dendam. Kita melakukan begitu supaya kita tidak mahu hanyut dalam kesedihan, tidak terseksa dalam kekecewaan, dan supaya kita dapat segera melupakannya.

Sekiranya tidak, bayangannya akan sentiasa hadir dalam kehidupan kita, menghantui setiap mimpi, dan mengganggu setiap langkah.

Pasti kita tidak mahukan begitu, bukan?


Melupakan Kebaikan si dia..

Saya tidak bermaksud menyeru kita menjadi naïf, tidak membalas budi, apatah lagi tidak berterima kasih. Secara logiknya, kebaikan seseorang memang perlu dikenang.

Namun tujuan kita melupakan kebaikan mereka adalah supaya kita tidak dipermainkan oleh bayangan wajahnya, supaya kita tidak berasa, dirinya adalah insan terbaik dan satu-satunya untuk kita.

Dan supaya kita kita tidak mengganggap dia sebagai putera atau bidadari yang tiada tolok bandingnya.

Sehinggakan apabila kita tidak berjaya mendapat cinta dan tidak bernikah dengan dirinya, kita mengalami kekecewaan yang luar biasa. Seolah-olah hilang semuanya.

Ingat, dia juga manusia biasa seperti kita. Allah yang menetapkan takdir supaya dia berbuat baik kepada kita.

Walaupun dia pernah memberikan nasihat berharga, buku-buku, ataupun barang-barang yang sering kita ertikan sebagai tanda cinta dan setia.

Namun sekiranya kemudian, sekiranya perpisahan terjadi, anggap semua itu pemberian biasa daripada seorang manusia kepada manusia yang lain.

Hanya seperti sahabat yang mahu mengukuhkan tali persahabatan dengan memberi hadiah.

Sekiranya hadiah ataupun barang yang dia beri menjadikan kita terseksa dan sukar melupakan dirinya, lebih baik musnahkan semua barang itu.

Ada kalanya terasa berat melupakan dia yang pernah menembus dinding pertahanan hati. Ini mungkin kerana kebaikannya masih terus membayangi langkah kita.



Kadangkala dunia menjadi sempit bagi mereka yang mengalami rasa kecewa dan patah hati, sehinggakan apa-apa yang terhampar di hadapan, tidak dirasakan, Gunung yang tinggi menjulang, terasa rendah, Langit yang luas terbentang, terasa sempit. Apa yang ada hanya bayangan wajahnya.

Padahal dia adalah orang yang kita anggap sebagai kekasih hati sehidup semati, hanya daripada makhluk Allah s.w.t yang sudah ditakdirkan untuk berbuat baik kepada kita. Sudah tertulis dalam takdirNya, dia berbuat begitu.

Adakah salah sekiranya kita terus mengenang semua kebaikan dia? Tentu tidak salah.

Tetapi, sekiranya kita bertekad melupakan dia, lupakan juga kebaikan-kebaikan yang dia lakukan. Apa ertinya kata-kata ‘Saya mahu melupakan awak’, tetapi tiada kesungguhan kearah itu.

Apa ertinya berusaha membuang jauh bayangan wajahnya, tetapi foto-fotonya masih kita simpan, surat-surat, dan mesej daripada dia masih kita jadikan koleksi.

Begitu juga dengan semua pemberian daripada dia.


Jangan membatasi diri pada satu nama

Jangan membatasi diri hanya pada satu nama, iaitu orang yang kita rasa suka dan yang kita cintai.

Sedangkan orang yang sudah meminang ataupun dipinang pun tidak dijamin menjadi jodoh terbaik. Inikan pula orang yang hanya muncul dalam istikarah atau hanya sekadar kita curi-curi pandang.

Kita tidak akan tahu sebab-musabab Allah menetapkan begitu. Tetapi yang pasti,  semua ketetapan Allah itu mempunyai hikmah dan kebaikan kepada kita, sama ada kita sedar atau tidak.

Kita perlu sentiasa bersedia dalam menghadapi semua kemungkinan. Semuanya perlu dipersiapkan, termasuk persiapan mental.

Kita perlu bersedia menghadapi perkara yang bercanggah dengan harapan.

Luqman Al-Hakim berpesan kepada anaknya, “Wahai anakku, sekiranya ada sesuatu menimpamu, sama ada kamu suka ataupun benci, katakana dalam hatimu, itu adalah yang terbaik untukmu..’

Allah s.w.t menjamin akan memenuhi apa yang dipilih untuk kita, bukan apa yang kita pilih untuk diri sendiri, dan pada waktu yang Dia tentukan, bukan pada waktu yang kita mahukan.


Penutup: Pertemuan Yang Menyimpan Hikmah.

Allah tidak pernah lalai. Pertemuan kita dengan dia pasti ada ibrah atau pelajaran berharga. Antaranya:

Pertama, kita tidak dibenarkan memutuskan ukhwah dengan dia. Oleh itu, berusaha untuk bersikap wajar dan seimbang.
Kedua, Allah mahu melatih mental kita untuk bersedia menghadapi reality
Bukankah pertemuan menjadi seksaan batin apabila tidak dihadapi dengan hati yang dingin? Bukankah perjumpaan membuatkan hati mendidih, wajah pucat, kurang keyakinan diri, bahkan rasa malu yang berlebihan, terutama pada mereka yang dikecewakan?

Lantas, adakah kita perlu memalingkan wajah, bersikap acuh tidak acuh, dan kasar?

Bukankah Allah Maha Lembut dan mencintai kelembutan, dan Rasulullah s.a.w juga orang yang lemah lembut?

Cubalah bersikap wajar, tenang dan seimbang.

Jangan berasa lemah dan rendah, walaupun seakan-akan kamu kehilangan muka, dan tidak berharga di hadapan dia.

Setiap orang melalui masa silam yang berbeza.

Ada yang menyenangkan sehingga membuatkan kita tersenyum apabila mengenangnya. Ada pula yang menyakitkan ataupun memalukan sehingga membuatkan kita berasa resah, rendah diri, sedih, bahkan marah dan geram apabila tiba-tiba terkenang kembali.

Jadikan masa silam sebagai kenangan. Tidak perlu lagi bersedih apabila mengingatinya. Semuanya telah berlalu pergi seiring dengan bergantinya waktu.

Jadikan masa kini sebagai kesempatan bagi mengukir mimpi, meraih prestasi, dan mengoptimumkan potensi yang kita miliki.

Jadikan masa depan sebagai sasaran yang menyimpan sejuta harapan.

Keeps your head up

Pada waktu kita berjumpa dengan dia, walaupun terlintas perasaan malu, rendah diri, bahkan jengkel – jangan berasa diri kita rendah dan lemah!

Tegakkan kepala, dan yakini betapa setiap kejadian termasuk pertemuan kita dengan dia, pasti ada hikmah yang berharga. InsyaaAllah.

Semoga kamu terus kuat saudara-saudaraku! :’)

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 10-12-2015 02:44 PM | Show all posts
Kenapa susah nak lupakan bekas kekasih.
Assalamualaikum.

Mari bercerita pasal love love lagi. hewhew.

Last time aku post pasal "easy steps to heal a broken heart". Kali ni nak cakap pasal "kenapa susah nak lupakan dia."

Kena admit jugak lah, compared to lelaki, orang perempuan ni lagi susah nak lupakan ex dia. ni ramai orang cakap lah eikk..even lelaki sendiri mengaku. kuikuikui. Anywaysssssss....

Korang dah break beberape bulan, even aku ade seorang kawan baik yang dah setahun dah break, tapi sampai sekarang still tak boleh lupakan ex die. Kite selalu cakap yang kite dah move on, and kita happy just being single.

Don't say "im okay being single" when the truth is you don't say something that you don't feel. In denials
Denials.

Move on ke? setakat mana?

Happy ke? setakat mana?

Even after long time, kenapa kita masih menyebut-nyebut nama ex kita, masih terfikirkan dia sebelum tidur? masih teringin nak tahu pasal dia?

Still amik tahu.
Lepas break, ye la dah tak ade connection between korang. tapi korang still nak amik tahu pasal dia. hidup ke lagi die? sihat tak? pergi kerja tak hari ni? minggu ni ade training rugby ke tak? segala-galanya lahhhh korang nak tahu. Siap nak tanye kat kawan kawan ex korang lah..nak tanye kakak die lah..abang die lah..Yep, ini mungkin bukan hanya sebab korang just nak tahu, mungkin juga sebab korang rindu. Thats why la, anything yang korang leh dapat information pasal die, pun bleh buat korang tersenyum for a second.
Well, tak salah bila ade sifat mengambil berat kat orang yang kite sayang, tapi orang kat belah sana ade ambik berat lagi ke pasal korang? mane? takde sound pun?

Teringat kenangan lame.
Alahaiii ni memang susah sikit nak halang. pergi mana-mana teringat, kat situ tempat pertemuan lah, tempat makan tomyam same-same lah..tempat bercuti sama-sama lah, tempat karaoke sama-sama lah, every little things pun dah boleh buat korang teringat. apatah lagi bila kita masih menyimpan barang or hadiah dari dia, mesti susah nak ignore perasaan teringat. lepastu tengah drive, pasang radio, keluar plak lagu yang korang pernah nyanyi same-same time bercinta dulu, hahh sudah,, berjuraian airmata! hewhew. Perempuan ni sentimental sikit. ape-ape pun ade sentimen buat die. even tempat duduk kat dalam restoran yang korang pernah makan bersama pun perempuan akan ingat. thats why, semakin kenangan lame bermain kat dalam otak, semakin kita menguatkan lagi ingatan kita pada dia. lagi parah bile ade yang suke pergi ke tempat tempat yang dia pernah pergi dengan ex die. nak melepaskan rindu, sanggup drive jauh jauh, mengimbau semua manisnye detik detik tu. ceewah!  its not easy nak buang kenangan lagi lagi kenangan tu manis. setiap kali teringat boleh buat kita tersenyum. but AGAIN, orang belah sana ade ke teringat pasal kenangan korang? ade?

Masih sayang.
kalau time berpisah tu adalah kerna sebab yang tak dapat di elakkan, bukan sebab membenci satu sama lain, sudah pasti lah hati masih sayang. bila hati masih sayang lagi susah la nak melupakan bekas kekasih. orang kata, lame lame nanti lupa la sayang tu. yeke?

Still mengharap
Selepas semua yang berlaku, kita dah sama sama mendoakan kebaikan dan kegembiraan hidup antara satu sama lain. sama-sama redha dengan perpisahan, and kita pun nak yang terbaik untuk die. tapi jauh di sudut hati, semua yang kite ucap kat bibir tu langsung tak sama. sebenarnye perasaan mengharap tu masih tebal di dalam hati. mengharap yang one day dia akan text kite, tanye khabar, or one day dia akan call, cakap kat kita yang dia rindu, or mengharap yang dia akan datang balik pada kita and semua akan kembali seperti waktu waktu happy dahulu. Perasaan mengharap ni boleh membunuh, bila kita mengharap, kita berhadapan dengan samada kegembiraan, atau kehampaan. Kita sepatutnye sedar, bila kita sepatutnye berhenti berharap. Sebab, lebih kita berharap, lebih sedih kita nanti. Lebih sakit kita nanti. Mungkin dia betul betul dah move on, dah bahagia bersama orang yang dia sayang.

Okayyy, tapi katalah, sukar nak lupakan ex kita, tapi memang bukan sebab perasaan cinta dah,

Tak dapat terima kenyataan.
Mungkin bukan sebab pentingkan diri sendiri. mungkin kerana kita dah berusaha berhempas pulas, untuk bersama sama fight for the relationship, tapi after dah buat macam macam, hubungan berkecai jugak. Some people tak dapat menerima kenyataan bila mana die fikir dia dah lakukan yang terbaik, dah berkorban macam macam untuk kekasih dia. Seeloknya, belajarlah menerima kenyataan. Tak semua ape yang kite rancang akan menjadi.

Banyak persoalan
Time korang break up dulu, kali terakhir korang berhubung, korang bergaduh besar. sudahnya, banyak persoalan dalam kepala otak korang yang belum terjawab. why this? why this? why this? trust me, even aku pun kalau boleh ade 1000 persoalan yang aku still nak kan penjelasan. so, hari hari pun kita still dibayangi dengan persoalan demi persoalan. masih ade rase tidak puas hati. mencari di mana silapnya dalam hubungan korang yang lepas.

Perasaan benci dan marah.
Sebenarnye perasaan benci dan marah ni tak elok, sebab lagi kite benci, lagi kite berdendam, lagi kita susah nak lupakan bekas kekasih kita. Memaafkan itu lebih mulia. tapi, tahu, bukan lah senang hendak memaafkan lagi lagi bila korang lah mangsa.

Ini daripada pemerhatian and pengalaman aku je lah. tak ade lah buat research paper betul betul pun. Ape pun, kita kena sentiasa sedar, jika tuhan betul betul ingin menyatukan kita dengan orang tu, in shaa Allah satu hari nanti pasti akan bersama jugak. jika ada jodoh, satu hari nanti akan bertemu kembali jugak. kalau betul sudah tak ade keizinan Allah untuk bertemu lagi, doakan saja lah dari jauh. semoga kesihatan nya terjaga, dan hidupnya baik baik saja..

"hanya satu pintaku, untukmu dan hidupmu..baik baik sayang.. ada aku untukmu.."

haha.. wali band gituuu!

Belajarlah dari kesilapan, don't give your 100% dalam bercinta, sudahnya bila apa apa jadi, kita frust tak sudah. kan sendiri yang sakit.

'Coz when a heart breaks
no it don't break even,


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Cinta & Perhubungan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-12-2024 12:24 PM GMT+8 , Processed in 0.170938 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list