CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1472|Reply: 0

5 Punca Putus Cinta

[Copy link]
Post time 10-12-2015 03:01 PM | Show all posts |Read mode
5 Punca Putus Cinta



Tempoh percintaan yang panjang bukanlah perkara yang menjanjikan cinta kekal selamanya. Hubungan ini boleh putus pada bila-bila masa sahaja. Ada banyak faktor terputusnya hubungan cinta. Dilampir dari Majalah Wanita, berikut adalah lima punca yang jadi penyebab utama berlakunya putus cinta.

Tidak Serasi Setiap manusia mempunyai karakter sendiri. Apabila dua individu cuba mempunyai hubungan, tidak mustahil akan ada yang terasa sukar untuk bersama kerana berbeza karakter dan perangai. Ketidakserasian ini menyebabkan mereka bosan dan akhirnya memutuskan hubungan cinta. Anda boleh cuba meningkatkan keserasian.

Namun jika si dia tidak sama-sama mencuba, maka tidak mustahil hubungan anda berdua putus di tengah jalan. Curang Kes menduakan kekasih menjadi faktor utama putus cinta apabila anda begitu cemburu dan sakit hati terhadap si dia.

walaupun anda boleh memaafkannya naum tahap kepercayaan itu sudah pasti berkurangan. Oleh itu, memutuskan hubungan cinta menjadi pilihan terakhir. Berubah Sikap Ada kala sikap seseorang boleh berubah apabila berlaku sesuatu pada dirinya.

Misalnya dahulu si dia baik dan lembut tutur katanya. Namun apabila si dia tiba-tiba menjadi kaya atau naik pangkat, sikapnya berubah sombong dan bercakap meninggi diri. Pada ketika itu seleranya mungkin sudah tinggi dan mahukan kekasih yang moden lalu melupakan anda. Justeru hal ini boleh membawa kepada putus cinta.

Tidak Sehaluan Apabila bercinta pasti adan keinginan untuk berkahwin. Justeru apabila ketika bercinta pun masih sukar mendapat persefahaman akibat daripada tidak sehaluan, adakah masih mahu meneruskan percintaan? Jika si dia selalu sukar untuk memberi kerjasama, maka putus cinta menjadi pilihan tepat.

Keserasian Palsu Faktor keserasian palsu selalu berlaku apabila hubungan cinta itu berlangsung terlalu lama. Anda cuba mewujudkan keserasian kerana menyayangi hubungan cinta yang telah lama.

Sehingga ada kala anda masih cuba beranggapan bahawa apa yang dilakukannya itu tidak mendatangkan maslaah. Akhirnya apabila sudah tidak tahan, segala-galanya meletup dan hubungan anda berakhir dengna perpisahan.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Cinta & Perhubungan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-12-2024 12:45 PM GMT+8 , Processed in 0.424715 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list