CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1489|Reply: 0

Kena Cuba! 4 Tips Maskara Tak Cepat Luntur

[Copy link]
Post time 10-12-2015 09:27 PM | Show all posts |Read mode

Kredit Foto: evoucher
Tips Maskara.Solekan wajah perlu diaplikasikan dengan cara yang tepat supaya mampu bertahan sepanjang hari.
Jika dahulu maskara dianggap sebagai pelengkap penampilan, tetapi sekarang ia adalah salah salah kosmetik yang wajib digunakan oleh wanita. Bulu mata si pemakai akan jadi lebih bervolume dan lentik. Semua ini  akan menyerlahkan lagi pesona wajah seorang wanita.
Penggunaan maskara mampu menghasilkan bulu mata yang lebih cantik dan efek volume yang lebih tebal di setiap sudut mata sehingga berjaya menghasilkan solekan yang glamor dan ekspresif dalam sekelip mata.
Meskipun maskara yang anda pilih dan pakai daripada jenis waterproof (anti-air), namun ini tidak bermakna ia tidak luntur ketika terkena air, wajah yang berminyak serta dibasahi peluh.Biasanya setiap produk kosmetik tidak tahan lama.
Maskara  sememangnya memiliki ‘kunci’ dalam menggubah mata agar nampak lebih mempesonakan dan dramatik. Tetapi maskara cenderung cepat luntur dan meninggalkan kesan-kesan kotor kehitaman di sekitar bawah mata yang akan mencacatkan penampilan anda. Ini yang leceh!

Okay, jangan risau kerana WOM.my tahu cara untuk mengatasi masalah ini.
Berikut cara mudah untuk mecegah maskara agar tidak mudah luntur.
1. Aplikasikan maskara selepas memakai alas bedak.
Gunakan maskara setelah alas bedak menyerap secara merata pada wajah anda. Ini adalah kerana formula yang terkandung pada alas bedak bersifat cair. Jika maskara dipakai tanpa menunggu alas bedak kering,boleh mengakibatkan gumpalan dan cenderung mudah luntur beberapa jam selepas itu.
Maskara ‘water-resistant’ lebih bagus daripada ‘mascara water-proof’ kerana teksturnya yang kurang keras. Nak tahu sejauhmana maskara tersebut bagus/tahan lama ataupun tidak, cuba uji maskara di bawah ‘shower’. Jika maskara bertahan/tidak luntur, bermakna ia bagus.

2. Tabur dengan bedak
Agar tidak mudah luntur, pastikan bahagian mata tidak terlalu berair atau berminyak. Untuk mencegahnya, anda boleh tabur bedak di sekitar mata sebelum mengaplikasikan maskara.

3. Pastikan semua bahagian kulit wajah kering
Waktu paling ideal memakai maskara adalah ketika seluruh solekan mata selesai diaplikasikan dan kering.

4. Pakai maskara dengan teknik yang betul
Ternyata memakai maskara juga tidak boleh ‘asal siap’. Ada trik khas yang boleh membuatkan maskara nampak lebih cantik di bulu mata.
  • Setiap kali mengaplikasi maskara, usah mengoncangnya dengan menggerakkan berus turun naik kerana ia akan membuatkan udara masuk ke dalam botol maskara.
  • Selain menyebabkan maskara menjadi kering, udara tersebut mempermudahkan bakteria membiak di dalamnya.
  • Memadai mencelupnya di dalam botol sebelum mengoleskannya. Kemudian lakukan gerakan zig-zag, mulakan dari pangkal bulu mata hingga ke hujungnya.
  • Sapukan ketika maskara dalam keadaan basah dan tunggu lima minit sebelum mengedipkan mata supaya tidak luntur.
  • Untuk mempertegaskan garisan mata, oleskan maskara pada bulu mata bahagian atas. Jika mahu, oles juga pada bulu mata bahagian bawah kerana ia akan memberikan kesan mata yang lebih ‘terbuka’/ galak.
  • Gunakan penyepit bulu mata sebelum menyapu maskara  bagi mengelakkan bulu mata bergumpal dan rosak. Maskara yang bergumpal boleh dibersihkan secara perlahan-lahan dengan ‘cotton bud’.

http://www.wom.my

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-2-2025 01:57 AM GMT+8 , Processed in 0.038033 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list