Walaupun negara Malaysia sebuah negara yang aman damai, tetapi tahukah anda rakyatnya paling banyak menghadapi penyakit obesiti. Jadi, sebab itulah betapa pentingnya kita semua mengetahui nilai kalori makanan dan memastikan jangan mengambilnya lebih dari had yang dicadangkan. Jika ianya melebihi hadnya kemungkinan anda boleh menghadapi masalah yang sama di masa akan datang.
Post ini berkaitan pengetahuan kita berkaitan nilai kalori dalam makanan di Malaysia.
Kategori – Minuman – Minuman berkabonat 1 tin 285g = 120 kal
-Minuman kotak 250g = 105 kal
-Susu tepung penuh krim 1 sudu makan = 33 kal
-Susu tepung tanpa lemak 1 sudu makan = 25 kal
–Aiskrim 2 skop= 390 kal
-Susu pekat manis 1 sudu makan = 71 kal
-Yogurt rendah lemak 1 cawan = 90 kal
-Mentega 2 sudu teh = 75 kal
-Keju cheddar 1 keping =58 kal
–Tembikai (sepotong) = 20 kalori
–Betik (sepotong) = 45 kalori
-Pisang emas (2 biji) = 76 kalori
-Durian (5 ulas) = 64 kalori
–Limau (sebiji) = 42 kalori
-Jambu batu (sebiji) = 110 kalori
–Nenas (sepotong) = 59 kalori
–Epal (sebiji) = 63 kalori
–Ciku (sebiji) = 44 kalori
–Mangga (sebiji) = 103 kalori
Kategori – Makanan Segera
~ Paha ayam goreng (satu) = 130 kalori
~ Nugget ayam (satu) = 60 kalori
~ Kentang lecek (satu tub kecil) = 90 kalori
~ Sayur kobis hancur (satu tub) = 75 kalori
~ Burger keju (satu) = 425 kalori
~ Kentang goreng (satu kantung kecil) = 405 kalori
~ Satay ayam (secucuk) = 35 kalori
~ Pizza berkeju (sepotong) = 240 kalori
Kategori – Makanan Rutin ~ Nasi putih (satu setengah cawan) = 260 kalori
~ Nasi lemak bersambal (sepinggan) = 400 kalori
~ Nasi goreng bertelur (sepinggan) = 635 kalori
~ Nasi briyani berayam (sepinggan) = 880 kalori
~ Nasi minyak kosong (sepinggan) = 445 kalori
~ Nasi ayam kosong (sepinggan) = 300 kalori
~ Mee goreng kosong (sepinggan) = 660 kalori
~ Mee sup (semangkuk) = 380 kalori
~ Mee hoon goreng (sepinggan) = 550 kalori
~ Roti putih (2 keping) = 156 kalori
~ Roti canai kosong tanpa kuah (sekeping) = 200 kalori
~ Capati tanpa kuah (sekeping) = 180 kalori
~ Pau ayam (sebiji) = 203 kalori
~ Emping jagung kosong (secawan) =160 kalori
Kategori – Lauk-lauk malaysia ~ Ikan kembong kari berkuah (seekor) = 85 kalori
~ Ikan tenggiri goreng bercili (sepotong) = 142 kalori
~ Ikan kembong goreng (seekor) = 140 kalori
~ Ikan senangin masam manis berkuah (sepotong) = 210 kalori
~ Daging lembu kari berkuah (2 kotak mancis) = 130 kalori
~ Ayam kari berkuah (sepotong) = 250 kalori
~ Ayam goreng (sepotong) = 255 kalori
~ Ayam tandoori (sepotong) = 220 kalori
~ Sambal udang (setengah cawan) = 70 kalori
~ Sambal sotong (setengah cawan) = 55 kalori
~ Telur goreng (sebiji) = 110 kalori
~ Tauhu goreng (sekeping) = 110 kalori
~ Kacang panggang dalam tin (2 sudu makan) = 40 kalori
Kategori -Kuih Muih ~ Kuih lapis (sekeping) = 130 kalori
~ Bingka ubi (sekeping) = 220 kalori
~ Cekodok Pisang (sebiji sederhana) = 180 kalori
~ Popia goreng (satu) = 130 kalori
~ Popia basah (satu) = 95 kalori
~ Pisang goreng (sekeping) = 170 kalori
~ Kek biasa tanpa krim (sepotong) = 87 kalori
~ Karipap (sebiji) = 130 kalori
~ Sandwich sardin (sekeping) = 70 kalori
~ Bubur kacang (semangkuk) = 100 kalori
Anda perlu tahu setiap nilai setiap kalori dalam makanan jika anda hendak mengamalkan amalan diet seimbang. Lakukan senaman setiap hari agar anda kekal cergas sepanjang masa.
http://www.wom.my
|