Diet Sihat.Untuk kulit dan wajah yang tetap cantik ketika usia makin bertambah, anda perlu menjaga kesihatan terutama dalam menjaga diet sihat. Ada banyak cara semulajadi, termasuk diet sihat yang boleh menunda sedikit proses penuaan anda tanpa membahayakan tubuh. Selain melakukan diet sihat, ada beberapa kebiasaan sihat yang boleh anda jadikan rutin dalam kehidupan anda seharian. Lagipun seiring bertambahnya usia, tubuh semakin mudah terkena gangguan kesihatan.
1. Jangan Abaikan Senaman Bersenam adalah cara terbaik untuk mencegah penuaan. Sungguhpun begitu, jangan terburu-buru untuk memulakannya dengan aktiviti yang tinggi ataupun terlalu ekstrem. Lebih-lebih lagi anda jarang sekali bersenam atau melakukan aktiviti fizikal. Sebagai permulaan, lebih baik jika anda melakukan senaman ringan, namun kerap dan dijadikan rutin dalam kehidupan.Bagi anda yang gemar melakukan senaman berat, jangan lupa makan dan minum dengan betul sebelum dan sesudah bersenam agar anda terhindar daripada terhidrasi.
2. Jauhi Pencemaran Masalah kesihatan yang berkaitan dengan penuaan, salah satunya adalah berpunca daripada racun di udara. Nikmatilah udara segar dengan meluangkan waktu untuk bersiar-siar, berjogging atau berbasikal pada pagi hari sebelum sinaran mentari semakin meninggi. Terkena paparan sinaran matahari yang terlalu kerap dan lama boleh mengakibatkan kasner kulit dan menimbulkan tanda-tanda penuaan seperti keduatan. Agar kulit sihat dan namak mudah lebih lama, sebaiknya anda hindari berada di bawah cahaya matahari dan selalu gunakan ‘sunblock’, topi ataupun kacamata hitam untuk melindunginya.
3. Tarik Nafas Dalam-Dalam Banyak penyebab penuaan semulajadi yang berpunca daripada stress. Relakskan diri serta minda anda dengan menarik nafas dalam-dalam. Tindakan ini boleh mengembangkan paru-paru ke bentuk yang maksimum sehingga membantu sistem saraf beristirahat.
Wajah anda berjerawat? Terdapat lingkaran hitam di bawah mata anda? Tidur adalah cara terbaik untuk menyembuhkan atau meredakannya. Regenerasi kelenjar adrenal terjadi ketika tubuh memiliki masa yang cukup untuk berehat dan tidur. Daya ketahanan tubuh pun menjadi lemah apabila anda tidak mempunyai waktu yang cukup untuk berehat dan tidur.
5. Makan Makan Berkhasiat Khasiat tinggi yang terdapat dalam pelbagai jenis sayuran hijau boleh membantu sel-sel kulit agar tetap segar. Makanlah sebanyak mungkin sayur-sayuran serta buah-buahan.
Makan makanan yang tinggi antioksidan boleh mengatasi radikal bebas yang beredar dalam tubuh sebagai penyebab penuaan.Makanlah buah-buahan dan sayur-sayuran seperti berry, kacang(walnut dan biji labu). Kunyit,kayu manis dan oregano merupakan rempah ratus yang sangat bagus untuk tubuh. Suplemen yang mengandungi Gingko Biloba atau makan makanan seperti ginseng juga dikatakan mampu menajamkan daya ingatan. Nutrisi lain, yang boleh meningkatkan memori adalah karbohidrat kompleks yang terdapat pada barli, Omega-3 dan vitamin D.Pengambilan makan ini secara rutin mampu mempertahankan daya ingatan yang kuat hingga anda tua.
7. Kurangkan Pengambilan Kafein Kopi dan minuman keras boleh mengundang dehidrasi dan penuaan. Wajah anda akan mempunyai banyak kedutan jika sel tubuh mengalami dehidrasi. Pengambilan buah-buahan serta sayuran segar yang kaya dengan kandungan air serta minum air putih dalam jumlah yang mencukupi dapat membantu menyelamatkan anda daripada nampak tua!
8.Tidak Merokok Tiada ada sedikit pun kebaikan daripada merokok! Bahkan zat-zat berbahaya yang terkandung dalam sebatang rokok hnya akan merosakkan organ dalaman anda serta penampilan fizikal anda. Kebiasaan buruk ini boleh membuatkan kulit anda menjadi kusam, berkedut serta menampakkan kulit wajah yang tidak sihat.Merokok juga dikatakan menganggu perjalanan darah dan menyekat oksigen serta nutrisi menuju ke kulit.
http://www.wom.my
|