|
Oleh Adib ZA
Hubungan intim suami isteri boleh terganggu jika anda melalui perkara tertentu. Seperti stress dan juga keletihan akibat beban kerja.
Dalam pada itu ada kajian mendapati hubungan intim suami isteri terganggu jika emosi salah seorang pasangan tidak stabil.
Misalnya pertengkaran yang berlaku boleh menyebabkan kedua pasangan berasa dingin dan hubungan yang tegang. Wanita pula lebih cenderung menitiskan air mata jika beremosi.
Bagi lelaki pula, air mata wanita boleh menyebabkan rasa bersalah dan simpati. Namun, tahukah anda situasi akan memberi pengaruh kepada hormon testosteron dan juga menurunkan ghairah lelaki?
Kajian yang dibuktikan oleh Profesor Noam Sobel mendapati mereka yang terkesan dengan tangisan wanita akan menunjukkan ekspresi lesu.
Malah, catatan MRI yang dilakukan menunjukkan aktiviti otak terhadap rangsangan seksual semakin berkurang.
Oleh itu, lelaki elakkan membuatkan wanita menangis kerana ia juga memberi kesan kepada hubungan intim kalian. Faham kan? - CARI Infonet
|
|