CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4156|Reply: 4

Pelan telefon dari syarikat telco tu macam mana?

[Copy link]
Post time 27-12-2015 06:39 PM | Show all posts |Read mode
Hi kawan-kawan semua.. Niat dihati saya nak tukar handphone dari Sony Xperia Z ke handphone yang lebih power sebab lepas saya update lollipop terus camera jadi gelap walaupun 13mp.  Bila tanya kedai phone diorang cakap sebab lens lama jadi impossible lah kalau nak tukar lens ke apa kan. So sekarang nak tukar phone yang memudahkan kerja dan tahan lama sebab sayang gila kot asyik tukar phone je. Skarang sy eyeeing Iphone 6s atau samsung Note 5. kawan2 cakap baik ambil pelan telefon + internet sebab lebih murah tapi terikat komitmen 12 atau 24 bulan kan. boleh tak sesiapa terangkan pelan tu macam mana?  

Okay ni contoh bagi Digi



Boleh tak terangkan upfront payment tu sy kena bayar berapa? untuk registration berapa.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-12-2015 07:37 AM | Show all posts
Harga iphone kalau beli dekat Apple store/ Machine/ i-world RM2,998. Tapi kalau ambil pakej phone + internet dari Digi ni, harga phone jd RM2,280 (discount)

Plan internet awak harga RM78 sebulan. Dapat internet 3GB, 200min call free all network, 200min sms all network. Lepas habis quota, internet jadi slow, lepas habis quota call/sms, kena caj macam biasa.

Ada 2 choice utk awak beli phone ni dari Digi.

1. Bayar deposit plan internet sebulan RM78 + upfront payment RM480 + harga iphone lepas discount RM2,280. Total RM2,838. Bayar total ni on the spot, baru dapat bawa balik iphone tu. Upfront payment ni sama macam deposit juga, nanti tiap bulan dia akan creditkan balik dalam bil. Kontrak 2tahun.

Expected monthly bil, RM78 - upfront payment + gst = RM80

2. Tak payah bayar apa cuma bayar tiap bulan RM121.90 selama 2tahun(kontrak) utk phone tu. (sama konsep buat loan)
Untuk loan ni, Maxis ada pakej Zerolution, Umobile ada pakej u-micro credit, Celcom pon ada. Senang cerita setiap telco sekarang ada kemudahan buat loan utk beli phone. Phone lain pon ada, bukan hanya iphone.

Expected monthly bil, RM121.90 + RM78 + gst = RM220

p/s1 : Mana2 telco pon ada 2cara ni utk beli phone. Sama je konsep dia. Yang beza, pakej internet/call/sms tu and harga.
p/s2: Kalau jarang tukar phone and nk pakai phone tu lama, berbaloi ambil pakej phone + internet ni. Sebab dapat harga discount tu. Tapi kalau jenis tukar phone and/or tk nk pakai bil, beli phone asing, langgan internet asing.
p/s3: Salah tolong betulkan.
p/s4 : Gigih aku explain ni, tolong belanja makan. Tq.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-12-2015 08:22 AM | Show all posts
karot replied at 28-12-2015 07:37 AM
Harga iphone kalau beli dekat Apple store/ Machine/ i-world RM2,998. Tapi kalau ambil pakej phone +  ...

wahhhhh!! Terima kasih karot
dua tiga hari ni penat study sendiri tak paham. nak gi center tak berkesempatan lagi.

Yang RM121.90 tu memang harga yang ditetapkan oleh telco ke?

Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2015 07:56 PM | Show all posts
mai-shi replied at 28-12-2015 08:22 AM
wahhhhh!! Terima kasih karot  
dua tiga hari ni penat study sendiri tak paham.  ...

ya, ditetapkan oleh telco. Itu utk 24bulan, kalau 12bulan lagi tinggi monthly. Kalau model 64GB pon harga lain
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-12-2015 10:59 PM From the mobile phone | Show all posts
karot replied at 28-12-2015 07:56 PM
ya, ditetapkan oleh telco. Itu utk 24bulan, kalau 12bulan lagi tinggi monthly. Kalau model 64GB po ...

i see.. terima kasih karot ;)
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 03:30 AM GMT+8 , Processed in 0.319477 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list