CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1415|Reply: 0

Salah Cara Cakap, Laki Bini Perang Dingin

[Copy link]
Post time 31-12-2015 10:53 PM | Show all posts |Read mode

Asam garam perhubungan dan rumah tangga memang banyak yang perlu dilalui. Kalau orang-orang tua kata, mereka dah banyak makan garam, orang-orang muda pula kata, mereka dah banyak makan serbuk serba guna pula!

Adat rumah tangga atau dalam perhubungan cinta banyak dugaannya dan jika tidak dijaga akan berlaku perselisihan faham dan membawa kepada ‘peperangan’ dalam perhubungan. Antara perang rumah tangga yang paling disebut-sebut sentiasa adalah perang dingin di mana pasangan bertindak sejuk beku dan tidak berkata-kata dan berbicara seperti sewajarnya.


Ada suami meluah, “Saya ni paling marah kalau isteri melancarkan perang dingin. Apa taknya, ditanya sepatah jawab sepatah, dijawab berpatah-patah dia diam tanpa patah perkataan. Muka muncung, monyok, masam dan menjeling-jeling.Kalau tak ingatkan anak-anak, dah lama saya angkat kaki.”


Bukan pihak suami saja bengang dan bingung dengan perang dingin, isteri pun sama kerana perang dingin ini membuat hati si isteri makan hati, sakit hati, cemburu hati dan boleh bawa mati hati nanti
dalam rumah tangga.

Ada kes perang dingin yang kronik di mana si isteri duduk tingkat atas (rumah dua tingkat) dan si suami duduk tingkat bawah. Kereta bawa masingmasing, pergi balik kerja asing-asing, makan minum terasing dan tidur berasingan dan jadi pasangan seperti orang asing. Akhirnya jadi pendatang asing dalam rumah tangga! Siapa nak jawab tu? Sendiri mahu fikirlah!


Rumah Tangga Atau Perhubungan?
Kenapa perang dingin berlaku dalam rumah tangga atau perhubungan?

Haaa... sikap bersendirian masa bujang masih terbawa-bawa dalam alam rumah tangga, makan sendirian depan TV, tidak suka berbual mesra dengan pasangan kerana beranggapan pasangan tidak kisah kerana telah berkahwin, keluar rumah pun jarang-jarang beritahu pasangan atau cium mesra kerana tidak biasa. Hari-hari istimewa pasangan juga jika tidak diberitahu, tidak diberi perhatian atau tidak ambil kisah.


Sikap dan perlakuan seperti inilah yang menjadikan si isteri selalu menjadi pelancar perang dingin kerana sensitiviti dan emosi isteri yang cukup tertekan dengan sikap suami. Suami pula tidak peka dan buat pekak saja dengan perang dingin yang dilancarkan oleh si isteri kerana bersikap dingin dan selamba telah menjadi sebahagian hidupnya.


Bagaimana mengatasi perang dingin beku dalam perkahwinan atau perhubungan kerana jika tidak diatasi akan menjadi perpecahan dan perpisahan.

KOMUNIKASI antara suami dan isteri sangat penting dalam rumah tangga. Apa yang suami atau isteri tidak suka, cakap dengan jelas dan ikhlas. Beri sebabnya, jangan simpan dalam hati atau berdiam diri kerana pasangan anda tidak tahu apa yang bersarang di hati.



1. Berkomunikasilah dengan pelbagai cara, cakap berdepan mata bertentang mata, lidah terus berkata-kata, Whatsapp atau e-mel serta luahkan isi hati anda kepada pasangan dengan ikhlas, kenapa anda
tidak suka pada sikap dan kata-katanya.

2. Boleh telefon dan ‘dating’ dengan pasangan anda di restoran ke atau ‘check-in’ di hotel seperti mana masa bulan madu dulu untuk spesifik dalam berkomunikasi akan masalah dan ketegangan dalam hubungan.

3. Walaupun apa yang dikatakan itu akan menyakitkan hati, marah, kecewa dan tidak rela tetapi dengarlah.

4. Berkata-katalah dengan benar dan sebenar-benarnya kerana itu yang paling baik daripada perang dingin yang akhirnya mengeras seperti ice-berg!


Perpisahan yang berlaku antara suami isteri banyak disebabkan oleh masalah komunikasi dan interpretasi komunikasi yang disalah ertikan hingga akhirnya menimbulkan persepsi negatif pada suami isteri dan mencetuskan implikasi hingga membawa perpisahan dan perceraian. Hentikan perang dingin dan kembalikan semanis cinta dalam perkahwinan dan perhubungan anda!

mingguanwanita


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Cinta & Perhubungan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-12-2024 12:12 PM GMT+8 , Processed in 0.753993 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list