|
Oleh Adib ZA
Lelaki sering dikatakan tak pandai meluahkan rasa kasih sayang kepada isteri atau pasangan.
Mungkin kerana rasa malu atau ego, apa pun cuba praktikkan seperti yang dipaparkan di bawah. Pasti anda lebih bahagia selepas ini.
1. Berikan isteri rasa selamat, elakkan diri menjadi agresif.
2. Ucapkan "Assalamualaikum" ketika pulang ke rumah, Ia akan menghalang
syaitan masuk ke dalam rumah kita.
(Sumber foto: Carian google)
3. Sabda Rasulullah SAW : Wanita itu ibarat kayu bengkok yang rapuh, jika kita berkasar dengan nya ia akan patah. Jika kita biarkannya, ia tidak akan terus membengkok. Maka didiklah isteri dengan penuh kasih sayang dan kelembutan.
4. Apabila ingin menegur isteri, lakukan di tempat privasi dan tenang. Jangan sekali-kali menegur isteri dihadapan orang lain atau di tempat awam. Ia akan melukakan hati dan menjatuhka maruahnya.
5. Sentiasa berlembut hati kepada isteri kita. Ia akan membuatkan isteri bertambah sayang kepada kita.
6. Sentiasa didik di sebelah isteri, sentuh atau peluk badannya, ia akan membuatkan hatinya tenang.
7. Elakkan marah, caranya dengan sentiasa berwuduk. Maksud hadis, jika kamu marah pergilah berwuduk, jika belum reda, duduk, jika belum reda berbaring.
(Sumber foto: Carian google)
8. Sentiasa kemas dan wangi kerana wanita sukakan kebersihan.
9. Jangan bersikap keras dan kasar, ia akan merosakkan hubungan kita dan isteri.
10. Sentiasa mendengar luahan dan kata-kata isteri. Jadilah pendengar yang baik kepada isteri tercinta.
Sumber: Mekar Semilu |
|