View: 10945|Reply: 47
|
Kawan baik aku hidup susah...
[Copy link]
|
|
Edited by wds at 11-1-2016 03:35 PM
Salam semua,
Aku (lelaki, melayu) ada kawan baik (lelaki, india). Dia ni cukup baik (bukan majoriti india2 yang korang selalu tahu dekat luar sana nun) dan dia suka tolong orang susah (dia pernah tolong aku ketika aku hidup susah dulu). Disebabkan dia ni baik, jadi ahli keluarga dia terutamanya kakaknya selalu mempergunakan dia untuk kepentingan sendiri sehinggakan dia jatuh miskin. Sekarang hidup dia susah tak cukup duit utk bayar segala bil2 dan ada tunggakan EPF selama 2 bulan. Untuk pengetahuan korang kawan aku ni ada submit EPF setiap bulan tujuan untuk buat pinjaman dari pihak bank supaya dapat beli rumah yang dia duduki sekarang ni (rumah atas nama dia dan adik beradik 4 orang). Harga pasaran rumah dia tu dalam 400k++ dan adik beradik dia setuju nak jual rumah tu RM 20k setiap orang. Maknanya kawan aku perlukan 80k utk bayar adik beradik dia supaya dapat amik alih rumah dia duduk sekarang ni.
Sekarang ni pulak pihak KWSP ada call pasal tunggakan 2 bulan tu dan due date lak sampai 15.01.2016 maknanya 4 hari je tinggal lagi. Kalo tidak selesaikan tunggakan pihak KWSP akan saman. Tadi dia call dia nak pinjam sejumlah duit dari aku dan kebetulan aku tngh pokai.
Aku sangat2 perlukan pendapat dari forumer mcm mn nak selesaikan masalah kawan aku ni... Kalo boleh bagi idea mcm mn kawan aku ni boleh takeover rumah yang dia duduk sekarang ni. Aku tak nak tngk dia susah.
Terima Kasih.
|
|
|
|
|
|
|
|
So dia nk mtk financial utk cover tunggakan EPF 2bln ke atau yg 80K tu? |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by wds at 11-1-2016 05:19 PM
Main objective dia nak cari 80k utk takeover rumah dia dari adik beradik dia tu. Skrg ni dia tngh sangkut pasal tunggakan EPF 2 bulan. Dia ingat nak cantikkan EPF statement utk memudahkan dia utk lulus pinjaman bank 80k tu. Tu pasal dia susah sebab tunggakan EPF dan tambahan pulak pihak KWSP telefon kena jelaskan sebelum 15.01.2015 supaya tidak dikenakan saman.
So mcm mn nak buat ni?.. Aku pun dah pening sampai terpaksa mintak idea dengan para forumer.
Skrg dia nak solve pasal tunggakan EPF dulu.
|
|
|
|
|
|
|
|
beliau majikan ke yang kena bayar EPF?
ataupun mencarum sendiri? |
|
|
|
|
|
|
|
Mencarum sendiri dengan menggunakan syarikat kakak dia... Lebih kurang mcm dia pekerja kakak dia.
|
|
|
|
|
|
|
|
Tangguhkan aje la pembelian tu. Kasi cantik balik epf. |
|
|
|
|
|
|
|
Selagi EPF tak cantik selagi tu la tak boleh buat loan bank utk pembelian rumah tu... Skrg dia sangkut EPF 2 bulan. Nak kena cari jalan penyelesaian sebelum 15.01.2016...
|
|
|
|
|
|
|
|
Em.. berat jgk masalah kwn ko ni sbb nak pakai duit cepat. ada adik beradik pun xbleh pakai. ape kata ko call kwsp mintak extend date ke ape ke. Anyway, byk sgt ke tunggakan? |
|
|
|
|
|
|
|
soh je kawan ko tu amik loan RHB yg pantas tuh...just utk top up EPF dia..pas tu..proceed dgn rumah tu.. |
|
|
|
|
|
|
|
Nt aku suruh dia call kwsp utk extendkan lagi due date tu. Jumlah tunggakan tu aku tak tahu sbb tak tanya dia.
|
|
|
|
|
|
|
|
Kawan aku dah cuba RHB tapi tidak diluluskan.
|
|
|
|
|
|
|
|
klu payah sangat, jual je rumah tu..
bagi-bagi sama adik beradik..
dengan duit dia dapat tu, buat down payment rumah lain..
atau cari je rumah yang boleh beli cash.. |
|
|
|
|
|
|
|
Jual?... Aku rasa tak mungkin. Rumah tu adalah satu2-nya peninggalan arwah mak ayah dia. Dia sngt sayangkan rumah tu. Lagipun rumah dia sangat dekat bandar Klang (hanya 2 kilometer dari pusat bandar). Ni coordinate dia --> 3.057159, 101.457953
Tambahan pulak mesti adik beradik dia tidak setuju nak jual rumah tu dekat orang luar.
|
|
|
|
|
|
|
|
kalau adik beradik tak nak jual, kenapa dia perlu beli rumah tu dari adik-beradik sendiri? rumah ru sekarang duduk beramai-ramai ke macam mana?
so dia nak suruh adik beradik yang lain keluar so dia boleh duduk rumah tu sendiri?
|
|
|
|
|
|
|
|
Baiklah, biar aku terangkan lebih details.
Kesemua adik beradik dia sudah berkahwin dan ada rumah sendiri. Rumah yang kawan aku duduk ni adalah rumah tunggal mereka adik beradik ketika ibu bapa dia masih hidup dan kini dia tinggal seorang diri. Rumah ni dinamakan atas 5 adik beradik (termasuk kawan aku ni) oleh arwah ibu bapa mereka. Segala kos rumah termasuk cukai 100% kawan aku ni tanggung tanpa bantuan adik beradik (adik beradik dia mmg selfish). Pengorbanan dia dan ibubapanya terhadap rumah ni cukup tinggi dan rumahnya cantik (conner lot). Kenangan pun bnyk sebab membesar di rumah tu. Sebab tu adik beradik dia sanggup terima 20k seorang utk jual rumah tu dekat kawan aku ni sebab adik beradik dia tidak keluar sesen pun utk kos rumah tersebut.
Kenapa dia nak beli rumah tu jugak dari adik beradik dia?.
1. Supaya adik beradik tidak masuk campur urusan rumah tu apabila dah jadi hak milik dia 100%.
2. Dia risau satu masa nanti akan jadi masalah besar sebab rumah tu ada share setiap adik beradik sedangkan kawan aku ni tanggung segala kos rumah A sampai Z. Bayangkan kalo adik beradik dia meninggal dunia, secara automatik anak si adik beradik ada kuasa terhadap rumah tu.
3. Sekarang ni adik beradik dia setuju terima 20k seorang, jadi kawan aku ni kalo boleh nak cepat2 takeover rumah ni sebelum adik beradik dia ubah fikiran di kemudian hari sebab harga rumah semakin meningkat setiap tahun.
Kenapa adik beradik tak nak jual rumah dekat orang luar?.. Bro, aku nak tanya engkau la. Sanggupkah ko jual rumah peninggalan ibu bapa engkau dekat orang luar?..
Lagipun nak beli rumah yang fully furnished dekat dengan bandar Klang dengan harga 400k - 500k jangan mimpi la.
Kalo ko asal usul orang miskin dan memahami pengorbanan ibu bapa, ko akan faham la kenapa tak mau jual rumah dekat orang luar.
|
|
|
|
|
|
|
|
kalau dari awal terangkan macam ni kan senang..
takde la orang tertanya-tanya apa ceritanya..
pokok pangkal masalah adalah duit kan..
kalau dia tak ada duit lagi, slow talk la dengan adik beradik..
or buat surat perjanjian dan minta tempoh sampai sekian masa untuk langsaikan 80k tu..
kalau ikut cerita, adik beradik beliau takde la selfish mana..
boleh lagi bertolak ansur dan terima nilai 20k sorang berbanding nilai rumah..
|
|
|
|
|
|
|
|
Adik beradik dia mmg selfish... Aku penah nampak depan mata aku sendiri... Pasal 20k tu dah lama berjanji lebih dari 5 tahun. Kawan aku telah melakukan kesilapan yang besar sebab bnyk berhabiskan duit untuk tolong adik beradik dia terutamanya kakak dia tu.
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
puncanya duit...aku rasa ko pun tak bijak juga nak guna nama wife apply kedit kad bagi dia pinjam bagai..
macam mana duit boleh kucar kacirkan keluarga, ni kan pula ko yang hanya sebagai kawan baik..
kalu dia tak terbayar kedit kad tu, ko kena pulak buka thread 'aku gaduh dengan bini pasal kawan tak bayar hutang'..
kalau betul dia nak beli rumah tu, dia kena la all out naik turun bank..
atau pun dia gi cari personal loan yg senang dapat tapi mahal giler insterest macam AEON, rhbeasy, CIMB ke apa yg express cash untuk settlekan epf tu..
tapi kena ingat, once dia dah amik personal loan, bank akan capture personal loan tu sebagai liabiliti yg akan effect bila dia apply housing loan..
|
|
|
|
|
|
|
|
Aku tak harapkan nak dia bayar balik. Dia dah bnyk tolong aku dulu. Skrg aku nak balas balik jasa dia. Pasal credit card aku boleh bayar sendiri. Wife aku pun setuju jika guna credit card utk tolong kawan aku ni.
|
|
|
|
|
|
|
|
ok.. kira selesai la masalah kewangan dia kan.. |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Cinta & Perhubungan
|