|
Oleh Adib Za
Suami cepat sentap? Sikit-sikit nak merajuk?
Itu tandanya dia seorang yang romantik tau. Memang ramai juga isteri mengeluh kerana suami asyik merajuk dan tak nak bercakap.
Tapi, cuba ada selidik, apa puncanya?
Tak mahu peluk?
Ya faham, kadang kala anda sedang sibuk memasak atau mengemas rumah. Tiba-tiba suami datang dan memeluk dari belakang, jangan sesekali menepisnya. Ini boleh menyebabkan dia tersinggung.
Tinggikan suara
Walaupun sedang bergaduh atau marah, elakkan meninggikan suara kepada si dia. Ini boleh menjatuhkan maruah suami sekaligus menyebabkan si dia 'sentap'.
Peramah dengan lelaki lain
Ada sesetengah wanita memang peramah orangnya. Namun, elakkan anda berbual atau melayan lelaki lain bila di depan suami. Walaupun dengan tujuan baik, namun suami boleh berasa cemburu, lalu akhirnya tak bercakap selamat seminggu? -
(Sumber foto: Carian google)
Tak teman makan bersama
Wanita memang selalu nak berdiet dan kurang makan malam. Namun, ini bukan alasan anda untuk tidak menemani suami makan bersama. Layani suami sebaiknya, masakan kegemarannya dan segala keperluan di meja makan. - CARI Infonet |
|