[size=14.6667px][Nota dari tt: Karangan panjang berjela dekat bawah ni sebenarnya adalah unpublished confession yang tt hantar pada page IIUMC]
Tipulah kalau aku kata aku tak rasa sedikit depressed bila tengok satu persatu kawan seusia dah melangkah masuk ke fasa hidup mereka yang seterusnya (baca: berkeluarga). Dan walaupun pada luarannya aku nampak macam ala-ala takde perasaan je bila orang sekeliling cakap pasal bab bina keluarga,berpasangan, jodoh, etc. ni, sebenarnya aku ada je fikir pasal benda tui. Yalah, aku ni belajar pun dah habis (alhamdulillah, I’m a proud IIUM alumni, heh), kerja pun dah dekat nak dua tahun. Jadi macam tak pelik la kan kalau aku fikir pasal hal nak berkeluarga ni.
Dan disebabkan itulah, aku pun mula lah serius nak mencari kenalan sejak dari tahun lepas. Memandangkan aku ni amatlah tak ramai kenalan dan kurang bersosial (ya, dulu waktu zaman belajar aku selalu melepak dekat mahallah je, jarang sangat nak join program) aku pun ambil keputusan untuk cari kenalan menerusi satu laman web cari jodoh ni.
Hasil?
So far, mengecewakan.
Entah apa yang silapnya, orang yang cuba nak kenal-kenal dengan aku end up hilang. I mean, we started off fine, tanya pasal hal diri masing-masing bla bla bla. Tapi tak sampai berapa hari berhubungan dekat website tu (or ada setengah tu mampu bertahan sampai dua-tiga bulan je), semua lelaki, I mean SEMUA lelaki yang pernah pm aku dekat sana terus MIA (missing in action).
So, I come to this conclusion, MIA = dia tak berminat nak terus berkawan. Dan memandangkan aku ni memang bukan minah yang jenis suka terhegeh-hegeh pada orang, aku pun terus move on, malas nak lingering, sebab aku tak kuasa nak terhegeh-hegeh nak sibuk pm tanya kenapa mereka menghilang. Sebab pada aku, buat apa kita nak tersua-sua kalau orang tak sudi. Kalau kita je yang sibuk ambil kisah, tapi dia langsung tak ambil port, macam sia-sia juga. Jadi, dari buang masa invest pada hubungan yang nampak macam langsung tak ada harapan, baik kita undur diri. Itu lebih baik.
Banyak kali juga aku tanya diri sendiri, aku ni tak pandai nak berkawan ke sampai masing-masing MIA macam tu je? Ke aku nampak aloof dan terlampau straightforward dengan dia orang sampai dia orang jadi takut? Tapi kalau dalam in real life pun, aku memang sangat-sangat AWKWARD bila nak bersembang dengan lelaki. I don’t know, nak kata segan, tak jugak. Sebab kalau segan, dalam kelas yang tergroup dengan classmate lelaki, okay je aku bagi idea/pendapat etc. Tapi kalau nak bersembang hal selain kelas memang macam hopeless sikit.
Anyway, melihatkan situasi nak berkawan/kenalan aku yang dah macam lost cause ni, aku ambil keputusan untuk fokus balik pada benda lain, macam nak tambah lagi jumlah saving aku dan fokus cari kerja lain yang lebih membawa kepuasan hati (I’m currently lack of new challenges to keep me motivated at work =.=’)
Hal berkeluarga?
Ah, malaslah nak fikir. Kalau ada, adalah. Kalau tak ada, maybe jumpa orang tu dekat syurga je lah. Baik lagi kalau aku fokus pada bekalan nak dibawa ke’sana’, ye dop? Lagipun bila difikir-fikir aku ni serba serbi kurang, maka moleklah kalau aku guna masa single aku ni untuk perbaiki diri.
Dah aku tak tahu apa lagi aku nak confess. Rasa macam panjang sangat aku merepek dekat atas.
Terima kasih pada yang sudi luangkan masa membaca confession aku yang tak seberapa ni.
*45 degree bow*
[tamat confession]
So, nak tanya dekat sini. Agaknya apalah masalah saya sampai macam payah sangat nak kekal ber'kawan' dengan orang?
|