Edited by CARI-MAMS at 3-2-2016 03:22 PM
Oleh Adib ZA
(Sumber foto: Instagram)
Sejak kebelakangan ini, produk berasaskan marula oil semakin mendapat tempat di kalangan wanita.
Misalnya produk rambut daripada pelakon Anzalna, yang dipanggil Anzel Hair sangat laku 'keras' di kalangan pengguna.
Jadi, apa yang bagus sangat dengan marula oil ini? Tahukah anda minyak marula datangnya daripada buah marula, sejenis buah yang berasal dari Afrika.
---> Kelebihannya, ia mampu melembapkan kulit dan rambut tanpa menyekat liang roma. Marula oil juga kaya dengan asid lemak yang mirip dengan minyak semula jadi pada permukaan kulit manusia.
----> Dari segi kandungannya, tinggi antioksidan, vitamin C, vitamin E dan flavonoids. Memetik laman Yahoo, marula oil mengandungi antioksidan 60 peratus lebih tinggi daripada argan dan juga biji anggur!
-----> Kandungan vitamin C dan E pula melindungi kulit dan rambut daripada pancaran cahaya matahari dan juga pencemaran.
(Sumber foto: Carian google)
Oleh itu, secara amnya untuk kecantikan rambut, marula oil berfungsi seperti berikut:
1. Melindungi
Rambut sering terdedah dengan cahaya UV dan juga penggunaan pelurus rambut. Minyak ini mampu menutup rambut daripada kerosakan kerana ia sangat kaya dengan antioksidan dan juga mineral.
2. Melembap
Dari hujung rambut hingga ke akarnya, minyak ini mampu melembapkan dan mengembalikan kelembutan pada rambut, juga kerana kaya dengan mineral dan antioksidan.
3. Mudah menyerap
Marula oil adalah minyak yang dikategorikan sebagai 'nonoily' kerana sangat mudah menyerap ke dalam kulit dan rambut. Ia mengelakkan rambut kusut, kejung dan juga mengerbang. - CARI Infonet
(Sumber foto: Carian google) |