Aku ingat lagi, dimusim panas di atas rumput di padang hijau luas yang beralun 25 tahun yang lalu,kau tenung mataku seolah ingin masuk ke dalam nya. Dari sini, bangunan sekolahhanya sayup sayup dikejauhan, dan Headmaster tidak akan mencari kesini. Akuingat sangat pipi mu yang merah menyala; bibir pun serupa juga. Indah semuanya diwaktu remaja, Bersama mu malam gelap pekat selalu menjadi seindah syurga.Tetapi ada sesuatu tentang mu. Selalu resah, selalu gelisah, dan signalsbercampur aduk. Engkau hendak kesini kah, atau kesana? Bersama aku, atau yanglain? Dengan bangsamu, atau denganku? Akhirnya semuanya menyejuk lalu sepi.Tapi tak apa lah; aku sebenarnya, agak lega juga. Biar yang lain menangani mu;aku rasa, agak bijak juga aku membiar mu, walau ngilu bila kau menjeling padakudipangkuan yang lain.
Ya Allahu ya Rahman,Ya Allahu ya Raheem; ampunkan lah segala dosaku, ameen ya Rabb.
|