CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 13358|Reply: 127

Tolong! BF aku high maintenance!

[Copy link]
Post time 18-2-2016 04:14 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Hai forumers semua, aku ada cerita nak minta pendapat uolls semua.

Cerita dia cm ni, aku ni dh lama bercinta dgn bf aku ni so kitorang pun tengah plan untuk tunang la. Tp yg jd masalahnya bf aku tu family boy sgt dan manja. Bf aku ni degree student lg, tp dah last sem dah while aku dah kerja. Bf aku jenis yg tak reti buat keputusan sendiri sampai semua benda kena tanya parents dia. And parents dia mmg manjakan anak2 dia. Bf aku anak ke2 dari 3 org adik beradik. Semua lelaki. Ada banyak kejadian yg buat aku fikir banyak kali kalau nk kawin dgn dia.
Baru2 ni, bf aku tak sihat. Telinga dia problem, dia rasa mcm berdengung. So aku advice dia pergi klinik 1malaysia dulu untuk check sebab ye la kan student nnti klau pergi private tetiba kena sampai beratus kesian la pulak. So malam tu dia pun pergi MA ckp ada infection. Esoknya dia call aku dlm pukul 11pg cakap nk pg klinik private sebab tak lega lg. Aku cakap la, la sabar la jap kan baru letak ubat sekali je. Dia degil, dia pg jugak. Lantak ko la duit ko. Lepas tu ptg tu dia call aku dgn cemasnye cakap dia ckp nak balik kampung sebab parents dia suruh balik pergi klinik sana. Aku ckp dlm hati "ko dah kenapa, kl ni tak dak klinik ke, anak ko ada kelas lg, pastu nk drive plak dgn tlinga mcm tu". Then aku cakap kt bf aku, alaa mengada la awak ni sakit sikit pun sampai call mak nk balik kampung bagai. Pastu dia marah aku ckp dah ayah suruh balik. Cara dia ckp tu mcm aku ni mempertikai keputusan parents dia. Aku cuma kesian dia, nk balik kampung 5jam drive. Kalau naik bas 6,7 jam. Dah sampai rumah dia, dia pun pergi la cek kat private klinik. Doc pun ckp infection biasa, and mayb ambil masa 4,5 hari untuk lega. Aku mmg bengang la benda simple pun kau tak boleh nk handle lain la kalau kau sakit yg mmg serius ke apa. Settle part tu.

Ada lagi perangai dia yg aku try untuk ubah tp masih tak berjaya. Bf aku ni datang dri keluarga yg mewahkan anak, tp tak de la kaya raya. Ayah dia pegawai gomen. Dia dgn adik dia masih belajar tp dah dapat kereta sendiri. Aku pulak dtg dari family buat bisnes. Aku tak dimewahkan mcm dia walaupun parents aku mampu. Adik aku pergi kelas naik moto je.
Bf aku ni ada sifat yg sgt boros. Aku try nk educate dia supaya jimat tp dia mcm tu jgak. Dia dapat allowance bulanan 700+ then parents bg lg. Mmg kira hidup dia mewah la walaupun student. Allowance dia tu dia guna utk enjoy je sebab duit utk belajar parents dia bg. Makan pun tempat hebat. Dia selalu beli baju kasut yg tengah in la kononya. Tp yg buat aku geram bila time allowance dia belom masuk, dia akan mntak pinjam duit aku nk beli kasut la, kemeja la, jam la. Aku rasa mcm ya Allah kau ni dah tak duit x payah la beli bukan penting pun. Mmg dia bayar balik duit tu tp aku tak suka perangai dia yg boros. Tetiap bulan beli barang baru. Jd student pun nk beli mcm2 nnti dah keja lg laa boros sakan. Dia penah ckp kat aku, "saya jarang tgk awak shopping awak kedekut ke?"  Aku ni jenis shopping bila sale je, and aku shopping dgn kawan aku sebab klau dengan bf aku mmg dia akan complain mcm2. Aku jenis yg berjimat, duit gaji aku mmg aku simpan untuk beli rumah.  Tp aku bukan kedekut, aku makan jugak tempat mahal bila gaji, klau belum gaji mkan kedai biasa je. beli jugak handbeg mahal 5,6 ratus walaupun setahun sekali. Aku tak beli benda yg tak penting. Pasal kereta plak, aku guna kereta ayah aku saga flx. Ayah aku ada kereta lain, so dia bg aku guna la tp bulanan aku bayar la. Bf aku ni asyik suruh aku beli kereta baru, mcm jazz ke swift ke aku ckp la mahal la monthly. Dia ckp aku tak reti enjoy masa muda. Kalau dating mmg aku yg keluar duit semua sebab aku faham dia students. Aku ikhlas tak penah mengungkit. Tp bila tringat dia enjoy aku jd geram. Bukan dia x pernah belanja aku tp jarang la. Kekadang rasa mcm dia nak ambik kesempatan plak sebab aku ni dah kerja. Aku dah puas nasihat dia suruh jimat tp susah la bila parents pun manjakan sgt. Hari tu dia ada dapat duit apa entah, aku tak ingat plak rasanya duit tunggakan elaun bulanan sem pertama. Dia dapat masa sem2, so banyak la nk dekat 5ribu. Dlm x sampai sebulan dia habiskan. Dia tukar rim kereta sampai 2ribu. Pastu yg aku ingat dia belanja aku makan je. Bukan la aku ni mengharap sgt pun duit dia. Aku cuma takut nnti kawin perangai dia tak ubah. Aku nak hidup senang kawin nnti, aku taknak bergaduh pasal duit bila kawin nnti. Aku selalu bergaduh dgn dia pasal dia boros and selalu bergaduh sebab dia complain life aku yg jenis x reti enjoy walaupun dah kerja. Hidup aku normal je bukan sampai tahap kedekut, atp mungkin bg dia aku ni kena naik kereta hebat, phone mahal shopping tetiap minggu baru la dikatakan pandai enjoy masa muda. Aku pakai iphone5s pun dia complain suruh tukar baru. So korang rasa aku patut belah ke try  lg ajar dia jimat cermat. Yg aku suka dia ni mmg baik, hormat family aku, tak pernah curang, tak pernah tengking or baran, dan dia ni jenis sembahyang. Apa pendapat korang? Korang rasa aku patut buat apa lg?

Sorry kalau panjang sgt
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-2-2016 04:41 PM | Show all posts
pada pendapat aku, ada 2 kemungkinan:-

1- Dia boros skang sbb senang dapat duit. so, senang masuk, senang keluar. bila dia dah keje nanti, mungkin dia akan lebih berjimat, terasa susah nak dapat duit sbb kena cari sendiri.

2- Dia kekal dgn perangai sekarang, sng cakap motto hidup dia duit untuk dibelanjakan, bukan untuk disimpan. even masa dah keje pun dia tak rasa susah cari duit sbb parents dia akan tolong bagi duit and kalo tak cukup gak mesti dia akan mintak dari ko.

tapi, serius aku cakap kalo korang kawin dalam masa terdekat ni, mesti dia still dgn sikap boros dia.

dia ada mention ko tak pandai enjoy masa muda, yg dia tu mmg asyik enjoy jek. ko tanya dia, masa umur berapa dah tak perlu enjoy mcm skang? kalo dia kata masa umur 40thn, mmg confirm dia akan berhemah dlm belanja. so, time tu baru ko kawin ngan dia. kalo sblm umur tu ko nak kawin gak ngan dia, for sure ko ssh hati cam ko rasa skang. tapi kalo ko takleh tunggu, takyah buang masa.

orang kata, duit saje takleh membawa kebahagiaan. tapi kalo tak cukup duit pun derita weh.
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2016 04:55 PM | Show all posts
memang lah muda cuma sekali..takkan dari muda nak perabis duit..dari mudalah simpan duit untuk hari tua...cakap kat dia cemtu..kalau taknak berubah gak..uols sendiri boleh menilainya..lagipun kalau dia jenis anak mak yg boleh berdikari..takde bermewah2 ni kira ok lagi..tapi kalau dah boros takut bila dah kawen nanti..makan hati berulam jantung...
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2016 05:01 PM From the mobile phone | Show all posts
bila da biasa hidup dgn duit, gitu la jd nya..mcm ni la, apa kata awk stop bg dia duit bila dia mnta, lg 1 klu kluar dgn dia, jgn belanja dia, biar dia yg byr..tgk apa reaksi dia..
silap dri parents dia, x ajar anak hidup susah, nt esok da kawen dgn awk, r u sure dia boleh manage his financial? lg 1, r u sure dia akan tunaikan tanggungjawab dia? takut nt dia lpskn pd awk since awk bekerja..
ex sy dlu boros gak, tgh bulan xde duit, mnta kt sy, bila sy x bg, ckp xde duit, dimakinya & dia prnh ckp "kalau aku kawen, gaji aku, duit aku, gaji ko byr semua bnda"...ayat dia tu, buat sy berpaling & no turning back..
while husband sy, wktu sy menganggur, dia bg sy duit, henset sy rosak, semua dia bg, sy x prnh kluarkan duit & x mnta lngsg, even wktu sy kje, wallet sy ada rm5, dia bg sy duit sedangkan sy simpan duit dlm rumah (ni wktu bercinta dlu)..sy x kata husband sy ni bgs, tp ada beza antara yg boros & penting diri dgn org yg x pentingkan diri. btw husband sy pun boros tp dia akan utamakan yg pntg
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2016 05:06 PM | Show all posts
ko lagi tua dari dia ke? bg aku dia tak matang. tapi kalo ko still hadap dia, teruskan lahh tapi nanti jgn meroyan masuk bod luahan lagi yer..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-2-2016 05:53 PM From the mobile phone | Show all posts
sabar_sabariah replied at 18-2-2016 04:41 PM
pada pendapat aku, ada 2 kemungkinan:-

1- Dia boros skang sbb senang dapat duit. so, senang masuk ...

Selain dari family yg manjakan dia, dia pun dikelilingi kawan2 yg loaded jugak that's why aku rasa dia susah nak jimat. Dia ada mention nak bertunang hujung tahun ni, tp tengok dengan perangai dia aku mcm takut plak nak setuju.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 18-2-2016 05:55 PM From the mobile phone | Show all posts
azie5zoe replied at 18-2-2016 04:55 PM
memang lah muda cuma sekali..takkan dari muda nak perabis duit..dari mudalah simpan duit untuk hari  ...

Aku ada nasihat dia jgn boros, dia cakap dia bukan boros cuma teringin je. Dia cakap kalau tak beli benda dia teringin rasa tak senang duduk. Seminggu aku bergaduh.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-2-2016 05:56 PM From the mobile phone | Show all posts
ciskek.leleh replied at 18-2-2016 05:01 PM
bila da biasa hidup dgn duit, gitu la jd nya..mcm ni la, apa kata awk stop bg dia duit bila dia mnta ...

Aku harap sangat aku boleh biar dia bayar je time dating. Tp aku rasa mcm entahlah, rasa kesian, then takut dia malu kat aku kot dia tak de duit ke. Masalah aku ni aku jenis cepat lembut hati
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-2-2016 05:58 PM | Show all posts
banyak dah saya baca kat FD dan lain2..
lelaki jenis gini, bila kawin dia bawa hal dia (kewangan)
awak (isteri) bela/sara la diri sendiri anak2 dan segala2nya..
dia hanya belanja utk diri dia je..
mungkin rumah kete dia beli la

ttg hal klga tu sampi kawin dia akn dgr ckp klga dia..
kalau awak tegur, awak yg kena..

xpayah perbetul sikap orng la..xdenya dia nk berubah,xpayah jadi superwomen..

bab curang tu, skrg tak lagi sbb duit xcukup byk,lg pun sibuk dgn blajar
n xde pompuan yg dok hegeh kat dia
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-2-2016 06:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Jajabeans replied at 18-2-2016 05:06 PM
ko lagi tua dari dia ke? bg aku dia tak matang. tapi kalo ko still hadap dia, teruskan lahh tapi nan ...

Tak la, sama umur. 23. Aku dah keja 2tahun lebih. Setahun lebih kat gomen, then dapat offer kat bank. Aku pg je la dari kusut kepala study.  Aku dapat kerja yg aku rasa stable, so aku accept je. Bf aku dapat sambung degree. Sebab mayb dia ingat dia belum kerja so dia tak da income and dia rasa dia tak da tanggungjawab lg.  Pening la.
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2016 06:08 PM | Show all posts
ciklaser replied at 18-2-2016 05:55 PM
Aku ada nasihat dia jgn boros, dia cakap dia bukan boros cuma teringin je. Dia cakap kalau tak bel ...

Time belum kawin ni seminggu je la gaduhnya. pas kawin kang, ko gaduh pastu jumpa muka dia hari2 plak. ko larat ke..
ko test dia, tengok dia boleh berubah tak utk jadi tak boros.
kalo dia boleh berubah, ko teruskan je la plan nak tunang hujung thn tu.
tp takut jugak weh. takut perubahannya bersifat sementara je.
lagi2 persekitarannya tak membantu dia utk berubah.
dgn family yg manjakan dgn kemewahan, dgn kengkawannya lagi..
fikir masak2 tau
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-2-2016 06:15 PM From the mobile phone | Show all posts
mak_wa95 replied at 18-2-2016 05:58 PM
banyak dah saya baca kat FD dan lain2..
lelaki jenis gini, bila kawin dia bawa hal dia (kewangan)
...

Tu la yg aku takutkan, takut kawin nanti dia abai tanggungjawab dia sebab aku ni dah terbiasa berlembut dengan dia. Hmm teruk jugak kalau dah tersayang ni. Serba tak kena aku ni
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-2-2016 06:22 PM From the mobile phone | Show all posts
sabar_sabariah replied at 18-2-2016 06:08 PM
Time belum kawin ni seminggu je la gaduhnya. pas kawin kang, ko gaduh pastu jumpa muka dia hari2 p ...

Tu la sekarang ni aku nk siasat, kalau dia keluar dgn kawan dia, dia kedekut ke x. Selalu belanja ke x. Kalau kawan dia tumpang keta balik kampung dia minta duit x. Kalau dengan kawan dia tak kisah pasal duit, tak kedekut. Mmg aku nak angkat kaki je. Huhu.
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2016 06:28 PM | Show all posts
ciklaser replied at 18-2-2016 06:15 PM
Tu la yg aku takutkan, takut kawin nanti dia abai tanggungjawab dia sebab aku ni dah terbiasa berl ...

baca kat FD sana, depa kata pompuan ni nk jadi superwoman...semua dia nk buat..dari sebesar2 benda hingga benda2 remeh..
suami rasa selesa,senang,ada byk masa, mencurang la..
kewangan pun bini dh byk bantu..

dan katanya lelaki kebanyakan pompuan mengharapkan suami akan berubah lepas kawin..
dia ingat dia hebat dan mampu merubah suaminya..

bf ko ni sakit telinga pun dgr kata makpak,makpak pun bongok, ank sakit nk soh drive jauh..
bodo ka depa dok ingat klinik tmpt depa je terbaik..
nanti ko kawin ko bkn yg terbaik pd depa..

jenuh la ko nak bela jantan xmatang..
masa berbfgf ko dh stress, masa kawin berbillion2 stress

jantan skrg langsung xberkualiti



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-2-2016 06:35 PM From the mobile phone | Show all posts
mak_wa95 replied at 18-2-2016 06:28 PM
baca kat FD sana, depa kata pompuan ni nk jadi superwoman...semua dia nk buat..dari sebesar2 benda ...

Parents dia mmg jenis overly attached parents. Btw dia ada sorang abang, umur dlm 26 or 27 tp sampai sekarang tak kawin. Bercinta dh lama tp x kawin, kerja semua dh ok. Tu salah satu lg punca aku nk siasat kenapa x kawin lg. Adakah sebab family terlampau control, or adakah abg dia pun boros jugak  
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2016 06:42 PM | Show all posts
ciklaser replied at 18-2-2016 06:35 PM
Parents dia mmg jenis overly attached parents. Btw dia ada sorang abang, umur dlm 26 or 27 tp samp ...

payah bila keluarga terlalu melindungi anak sampai tahap control..
kat FD sana ada akak tu,kawin,suami dia asyik balik rumah parent sampai berminggu2 xbalik rmh sendiri..
tinggal la dia dgn anak2..pi mana2 pun dgn parent dia, tinggal anak bini juga..
hingga abang ipar dia pn bercerai sbb isteri dia xtahan dgn cara hidup gitu..
semua anak dia ajak balik kat dia, dia lg suka menantu xbalik
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-2-2016 06:46 PM From the mobile phone | Show all posts
ciklaser replied at 18-2-2016 05:56 PM
Aku harap sangat aku boleh biar dia bayar je time dating. Tp aku rasa mcm entahlah, rasa kesian, t ...

sbb lembut hati tu akan kena pijak..cuba bertegas dgn dia..xkn la smpai da kawen nk amalkan mcm tu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-2-2016 06:52 PM From the mobile phone | Show all posts
ciskek.leleh replied at 18-2-2016 06:46 PM
sbb lembut hati tu akan kena pijak..cuba bertegas dgn dia..xkn la smpai da kawen nk amalkan mcm tu

Baik ciskek, akan ku ikut caramu itu  btw thank you
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-2-2016 06:55 PM From the mobile phone | Show all posts
mak_wa95 replied at 18-2-2016 06:42 PM
payah bila keluarga terlalu melindungi anak sampai tahap control..
kat FD sana ada akak tu,kawin, ...

Mudah mudahan mak ayah bf aku tak mcm tu. Sebab sekarang ni dia selalu je jemput aku pg makan sana, masak sesama, jalan sesama. Tp tak tahu la kan lepas kawin nnti dia berubah. Seraam jugak kalau tetiba jd cm tu.
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2016 07:00 PM | Show all posts
ciklaser replied at 18-2-2016 06:55 PM
Mudah mudahan mak ayah bf aku tak mcm tu. Sebab sekarang ni dia selalu je jemput aku pg makan sana ...

blm jadi orng xakan tunjuk true colour..

dah jadi, dah dapat..xde rahsia lagi..jadi la yg sebenar..

kita ni jenis nak yg terbaik rela berubah..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Cinta & Perhubungan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-12-2024 06:03 AM GMT+8 , Processed in 0.058375 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list