CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9993|Reply: 86

Aku Juga Mahu Bahagia! (Keras Sangat Ke Hati Ini?)

[Copy link]
Post time 1-3-2016 11:22 PM | Show all posts |Read mode
Salam semua, biarlah saya "straight to the point" tentang kisah peribadi saya ini. Mukadimahnya, panggil saja saya Aswad, berumur 35 tahun mempunyai pekerjaan yang stabil di sebuah syarikat terkemuka di area Subang Jaya. Pendapatan Alhamdulillah agak lumayan jika dibandingkan dengan status bujang dan masih tinggal di rumah keluarga. Berkenderaan juga bermotosikal yang dibeli dengan hasil gaji sendiri.

Pengalaman bercinta sangat cetek, hanya pernah bercinta sekali di IPTA bersama seorang gadis dari pantai timur. Percintaan yang boleh dianggap sebagai "cinta monyet" kerana kurang berminat untuk "jiwang" dan sangat busy dengan aktiviti bersama rakan-rakan. Kisah cinta kami hanya seperti melepaskan batuk ditangga. Tengok orang bercinta, kita pun nak bercinta. Tiada kisah manis yang nak dikongsikan bersama anda semua pun.

Terus terang saya katakan, saya hanya jejaka biasa yang mempuyai paras rupa mungkin sekitar rating 7/10, kulit "fair", tinggi dan berbadan agak tegap. Boleh dibilang jadi berapa kali je di “approach” gadis-gadis kebanyakannya di pejabat. Bagi saya, itu semua hanyalah mainan dan gurauan sesama rakan pejabat. Dan saya juga tidak pernah try nak approach sesiapa pun, pelik kan? Free hair, tudung, hijabista, all none! Bukan takde hati tapi jiwa tidak ke arah itu.

Yang menjadi masalah utama sekarang, umur dan status saya seperti tidak selari (hati ini yang cakap). Sepatutnya pada umur saya sekarang ini, saya sudah boleh mempunyai sekurang-kurangnya kekasih/gf untuk dijadikan suri dihati. Tak perlu lah nak ikut kata kawan-kawan yang asyik ulang “Life Start at 40” hari-hari. Naik jemu dengar sampai kata hati saya ni cakap, SAYA MEMANG DAH READY! tapi kenapa masih membujang.

Kadang-kadang bila terbaca kisah-kisah dalam forum ini lebih-lebih lagi tentang cinta dan emosi, saya jadi takut, terkesima dan buntu sebab banyak sangat kisah yang menyayat hati berlaku. Memang tak dinafikan ada juga kisah yang berakhir dengan kebahagiaan, tetapi asam garam percintaan, pasti ada yang akan berduka dan tidak boleh lari dari kekecewaan.

Saya tak sanggup nak lalui semua itu, mungkin sebab perjalanan hidup saya penuh dengan kemanisan dan keseronokan. Setakat masalah kecil, selalu je berlaku tapi saya memang jenis yang ambil semua perkara positif. Untuk kesekian kalinya, hati ini sangat berbelah bahagi untuk memberi kepercayaan kepada diri ini dalam memulakan bibik-bibik percintaan. Jadi, saya nak minta pendapat semua, dengan umur dan keadaan diri dan hidup saya sekarang ini, perlukah saya memulakan kisah cinta saya? Atau teruskan hidup dalam suasana keadaan yang selesa tanpa perlu menangis dan kecewa? No women no cry? Jodoh itu rahsia Allah?

PS: Terus terang kata, hati ini ada terpikat dengan seseorang. Malu tapi mahu, tapi biarlah rahsia… Perlu ke saya kongsi?



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-3-2016 11:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Bersedialah untuk menerima bertubi2 PM dari wanita2 forum yang mahu berkenalan dengan kamu.
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2016 11:47 PM | Show all posts
Good luck bro
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2016 11:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Apalagi brader.. Mulakan serangan chenta anda!

Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2016 11:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Bibik bibik cinta?
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2016 12:03 AM From the mobile phone | Show all posts
Single macam sekarang ni tak bahagia ker nakkkk?

lain orang lain erti kebahagiaannyer

makcik tak sangka single pun boleh bahagia sebenarnyer
i'm on top of the world gituw perasaan makcik sekarang
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-3-2016 12:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Hahahaa can't stop smiling - sbb tt ada bibik bibik cinta

Maybe u blum jumpa the one...
Try la approach the girl yg u suka tu
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2016 12:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Iols same cam tt tang baca kisah2 kat forum or dari page fb pasal mslh rumah tangga. Tu pasal dh kertu camni iols dengan senang hati nye mengandartukan diri (tambah pulak takde sape nak )

tt share je yg pasal terpikat kat someone tu..dalam forum ni ramai doktor cinta
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-3-2016 01:09 AM From the mobile phone | Show all posts
gem15 replied at 2-3-2016 12:19 AM
Hahahaa can't stop smiling - sbb tt ada bibik bibik cinta

Maybe u blum jumpa the one...

Girl kew?

Ntah2 man.

Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2016 06:09 AM | Show all posts
chazey replied at 1-3-2016 11:42 PM
Bersedialah untuk menerima bertubi2 PM dari wanita2 forum yang mahu berkenalan dengan kamu.

rasanya inbox budak ni dah nak meletup dgn pm dr dara2 yg duk cari jodoh kat sini
selamat memilih tt.... akak hrp kad kawen bisa kamu share di sini ya
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2016 08:04 AM | Show all posts
hahahaha...bgtaw je
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2016 08:33 AM | Show all posts
ko jatuh cinta dgn bibik mana? hehehe
gudluck aswad
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2016 08:54 AM | Show all posts
aku paham sgt masalah tt ni sbb xperlu pegi jauh abg aku sendiri pon belum kawin walaupon umur dah 45
org macam ni selalunya income mmg stabil, rumah kereta motor semua ada dan suke berjalan, melancong pendek kata perabih duit...dan mereka selalunya dikelilingi org2 yg seangkatan dgnnya, kalo sorg je single mingle mcm tu aku rasa bosan jugak  
sbb dia rasa dah terlebih selesa xperlu tambah tanggungan dgn isteri dan anak2...nanti byk pulak kene fikir
selalunya org mcm ni jugak pandai masak, pandai buat home arrangement dan suke sgt pegi IKEA hehe

setuju dgn kwn2 tt kata life start at 40...sbb antara konsep sesetengah org ialah 20-30 cari pengalaman kerja, 31-40 kerja keras, 41-50 enjoy life dgn duit yg byk..tp persoalannya nak enjoy dgn siapa?
mmg selalunya camtula bila single dlm fikiran kata OK je dok sorg...tp bila dah kahwin nanti rasa bosan pulak dok sorg
aku sarankan tt cepat cari pasangan nanti dah kawin akan rasa manisnya berumahtangga

  
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2016 09:09 AM | Show all posts
mmg kebanyakan org yang berjaya lebih focus kepada karier.. semua ada kecuali suri hati

selagi kita hidup selagi itulah dugaan akan tetap datang tak kira dari segi apa... walaupun kita single atau berkeluarga..

kalau dah minat seseorang pi approach,,,  x de ruginya... bila dah kawen nanti tt akan ckp... ruginya aku tak kawen awal awal... hehehehe
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2016 09:13 AM | Show all posts
chazey replied at 1-3-2016 11:42 PM
Bersedialah untuk menerima bertubi2 PM dari wanita2 forum yang mahu berkenalan dengan kamu.

haha..u're right sis..baru nk komen cmni..
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2016 09:41 AM | Show all posts

dah confess jatuh hati kat seseorg...apalagi tunggu, teruskan memikat dia...sendiri nak kawen, tapi malu nak usaha....come on lah...be a man...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-3-2016 09:59 AM | Show all posts

oppsss hahahaaa
tt mention 'seseorg' je kan
tt, pls clarify..nnt kecewa gegirl2 yg PM

Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2016 10:02 AM | Show all posts
kesimpulannya baca je footnote tt..tu tujuan utama

g je la approach that girl

go go go
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2016 10:08 AM | Show all posts
tiramisuu replied at 2-3-2016 10:02 AM
kesimpulannya baca je footnote tt..tu tujuan utama

g je la approach that girl

owhhh that's the main point ke? yessss..go n be a gentleman..approach that seseorang
if not sure how to, ask around..kat sini ramai yg boleh bagi tips
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2016 10:11 AM | Show all posts
gem15 replied at 2-3-2016 10:08 AM
owhhh that's the main point ke? yessss..go n be a gentleman..approach that seseorang :loveliness ...

mahu bercerita tapi malu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Cinta & Perhubungan


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-12-2024 06:08 AM GMT+8 , Processed in 0.063743 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list