View: 1927|Reply: 0
|
DIY Masker Oatmeal, Untuk Kulit Lembap & Tegang
[Copy link]
|
|
oleh AdibZA
Pening-pening nak membuat masker terbaik untuk wajah anda? Hanya gunakan oatmeal pun sudah boleh cantik!
Campuran beberapa bahan seperti minyak zaitun, putih telur dan juga oatmeal sangat membantu menegangkan kulit.
Selain mengandungi bahan yang tinggi antioksidan, vitamin dan protein, masker ini turut membantu melembapkan kulit.
Bahan-bahan:
1 sudu oatmeal
1 biji putih telur
1 sudu minyak zaitun
Cara-caranya:
1. Campurkan semua bahan dalam mangkuk sehingga sebati.
2. Sapukan pada wajah menggunakan jari atau berus dan biarkan selama 15 minit.
3. Bilas dengan air suam sehingga bersih. - CARI Infonet
(Sumber foto: Carian google) |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Wanita & Lelaki
|