Tahukah anda ada beberapa bahan semula jadi yang boleh jadikan 'deodoran' yang pastinya lebih selamat dan berkesan.
1. Tea Tree Oil
Campurkan 2 titis minyak ini dengan dua sudu air. Kemudian sapukan pada bahagian ketiak. Ia mengandungi antiseptik dan aktibakteria serta memiliki haruman yang segar.
2. Minyak kelapa
Asid laurik dalam minyak kelapa membantu membasmi bakteria penyebab bau badan. Ia juga melembutkan kulit dan menghilangkan tompok hitam pada ketiak.
3. Cuka epal
Banyak manfaat cuka epal. tuangkan sedikit cuka epal pada kapas dan oleskan pada ketiak. Ia berfungsi sebagai antipespirant yang mengawal produksi peluh anda. Turut mampu mengimbangi kadar pH kulit.
4. Baking soda dan lemon
Campurkan dengan lemon dan sapukan pada ketiak. Ia sangat menyegarkan dan menghilangkan bau badan sama sekali. - CARI Infonet