CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3167|Reply: 6

Suami Isteri: 3 Cara Bertengkar Yang Lebih Dewasa

[Copy link]
Post time 1-4-2016 11:07 AM | Show all posts |Read mode
Oleh Adib Za

Pergaduhan atau berselisih faham dalam rumah tangga bukanlah perkara pelik. Jika sebelum ini ada yang menyarankan suami isteri agar bertengkar seminggu sekali untuk 'refresh' alam rumah tangga anda.


Namun, jangan dilupa cara bertengkar itu, jangan sehingga menyebabkan kesan buruk pada perkahwinan anda. Sebab itu, jika bertengkarlah dengan cara dewasa, dan bukannya keanak-anakan serta penuh emosi. Lihat tips di bawah:








1. Pemilihan kata


Perkataan yang kasar dan tajam boleh mengguris hati pasangan. Jika anda tak puas hati pun, elakkan perkataan yang kasar itu. Ingat, terlajak kata memang beri kesan buruk.


Bila anda menggunakan kata mengikut emosi, maka jalan penyelesaian semakin sukar dicari.










2. Bicara dari hati ke hati


Ketika anda cuba berlapang dada dan berbicara secara jujur apa yang terbuku di hati, ia mampu membawa kesan yang sangat besar dalam komunikasi kalian. Meskipun anda bertengkar, jangan sampai perbahasan anda itu hanya menegakkan perkara yang sama berulang kali.


Sudah tentu ia menyebabkan kedua belah pihak enggan berlaku jujur dalam soal hati mereka antara satu sama lain.





(Sumber foto: Carian google)



3. Tiada yang menang atau kalah


Bila bertengkar, ingatlah bukan nak menentukan siapa menang atau kalah. Sebaliknya lebih kepada mencari solusi. Kerana itulah yang menjadi faktor kebahagiaan hubungan kalian akhirnya.


Jika ego yang dijadikan paksa, ia ibarat anda sedang mempertaruh hubungan anda dengan pasangat. Belajarlah untuk kompromi. - CARI Infonet
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-4-2016 12:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Bila nak bebincang terus hilang, senyap jer


Yeahhhhh real mature
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2016 06:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Matured lah snagat
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2016 12:21 PM | Show all posts
Bila nak bebincang terus hilang, senyap jer


Yeahhhhh real mature
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2016 01:51 PM | Show all posts
kalau dah nama bertengkar tu mestilah ada menang kalah.. masing2 pun ade ego

yg lelaki nak buktikan dia makhluk dominan.. ketua keluarga.. takkan nak biar pmpuan pijak kepala laki plak..

yg pmpuan plak takkan nak biarkan diri tu sentiasa lemah dan dibuli.. sekarangkan zaman kesamarataan gender..
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2016 12:21 AM | Show all posts
Hey bro! Hi kawan2!!


Unlimited Deposit Bonus hanya untuk anda!!!


Deposit minimum MYR100 keatas dan dapatkan bonus anda sekarang!!!



Hari2 miskin, bila la nak kaya!!!
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-9-2016 02:43 AM From the mobile phone | Show all posts
Bila gaduh laki pilih menjauhkan diri sebab tak nak keruhkan keadaan. Mungkin ada baiknya begitu, bila dah tenang baru bersemuka & berbincang.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Cinta & Perhubungan


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-12-2024 06:28 AM GMT+8 , Processed in 0.219191 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list