CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 7552|Reply: 39

POLITIK KERJA YANG MENYEKSAKAN

[Copy link]
Post time 7-4-2016 05:32 PM | Show all posts |Read mode
Edited by liliadam at 7-4-2016 05:40 PM

Hai semua....
I have a problem now. Lili tahu ramai dalam forum ni yang berkerjaya dan berpengalaman dalam pekerjaan. Masalah lili sekarang berkaitan dengan alam pekerjaan.
Lili tamat belajar pada 2007. Selepas tamat,macam macam kerja yang Lili buat sementara dapat pekerjaan tetap. Pernah mengajar tuition, jadi salesgirl kat pasaraya dan last sekali jadi kerani kt syarikat IT tapi hanyalah pekerja kontrak. Lepas 3 bulan kat syarikat tu, lili ditawarkan sebagai pekerja tetap. Alhamdulillah sebab lili suka sangat kerja kat sana. Mungkin skop kerja yang banyak berjumpa dengan customer dan klien. Setiap hari jumpa dengan orang yang berbeza so lili tak ada rasa bosan.

Hampir 5 tahun lili kerja dengan kelayakan spm. Walaupun ada degree tapi disebabkan lili suka dengan kerja tang lili buat tu, tak terfikir untuk cari pekerjaan yang setaraf dengan kelayakan yang lili ada.lagipun lili dah rapat dengan housemate dan kami sekepala.kalau dapat kerja lain susah hugak nak cari rumah sewa.

Mungkin dah ditakdirkan rezeki lili kat syarikat tu,bulan januari lalu lili dapat naik pangkat atas kelayakan yang lili ada. Lili sangat gembira atas kerja ikhlas dan pengorbanan selama ni tertunai apabila ditawarkan position sebagai eksekutif. Namun rupanya dalam kegembiraan itu,lili jadi mangsa tohmahan rakan rakan sepejabat. Ada yang menuduh lili membodek boss,pujuk boss utk bagi jawatan tu pada lili.ada pula yang tuduh lili tak layak sebab lili perempuan dan degree lili adalah dalam bidang pentadbiran awam. Macam macam lagi tuduhan yang tak berasas.

Lili rasa sangat down dan hilang motivasi untuk kerja.ada beberapa senior yang dulunya sangat baik dengan lili sudah mula jauhkan diri dan tak bertegur sapa. Lili tak pasti mereka bertindak demikian kerana cemburu atau termakan hasutan rakan rakan pejabat yang lain. Kalau bertembung ada yang buat dunno aje. Kalau dalam meeting , ada yang perli dan sindir lili disebabkan tugas baru lili. Sampaikan ada yang mempertikaikan apa yang lili buat. Katanya lili tak de upaya untuk selesaikan tugasan, malas, kerja lembap dan macam macam lagi. Lili tak dapat nak lari daripada berhadapan dengan mereka sebab skop kerja lili banyak berurusan dengan mereka. Kalau dulu masa jadi kerani hanya berurusan dengan customer. Tapi sekarang berurusan dengan boss dari lain lain department dan juga senior senior eksekutif yang lain.

Lili rasa sangat tertekan dengan keadaan ini. Lili nak keadaan seperti dulu. Benarlah kata orang, kita tak mampu nak puaskan hati semua orang dan setiap apa yang kita buat sentiasa dipandang salah pada mata yang tidak senang dengan kita. Lili cuba kuatkan semangat untuk terus bekerja dan cari rezeki di syarikat sekarang. Lili nak tanya pendapat forumer macam mana nak menghadapi situasi yang sebegini apabila ada yang tidak senang dan cemburu dengan kita.nak tak nak kena hadap juga dengan mereka sebab hari hari jumpa.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-4-2016 08:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Matlamat kt tmpt kje nk cari pndptn ke nk cari kawan? Kna kurangkn ber emosi.huhu
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2016 08:11 PM From the mobile phone | Show all posts
U buat aje keje u. Bergaul light2 aje jangan create musuh. Kalau orang nak gossip2 ke u cari alasan nak siapkan keje u. Keje mana2 pun akan ada pressure i tell u. U kena act very +ve as if u xtau/xkisah orang bercakap pasal u. Then lagi satu never ever share problem pasal office politic ni with anybody in the office. Kadang orang ni kita nampak macam concern pada kita tapi sebenarnya nak korekrahsia u and sebarkan kat ofis. Bertabahlah ye.
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2016 08:36 PM | Show all posts
kuatkan semangat

rajinkan diri
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2016 08:51 PM | Show all posts
Just ignore them... diorg jeles dgn TT... buat je tugas baru TT. Semoga TT cemerlang dengan tugas dan skop kerja TT yang baru
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-4-2016 09:09 PM From the mobile phone | Show all posts
tiramisuu replied at 7-4-2016 08:01 PM
Matlamat kt tmpt kje nk cari pndptn ke nk cari kawan? Kna kurangkn ber emosi.huhu

Matlamat dah jelas. Untuk cari pendapatan yang hala untuk menanggung famili. Tapi bila dalam keadaan tertekan,saya rasa macam tak ade motivasi untuk kerja.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 7-4-2016 09:12 PM From the mobile phone | Show all posts
oak.balustrade replied at 7-4-2016 08:11 PM
U buat aje keje u. Bergaul light2 aje jangan create musuh. Kalau orang nak gossip2 ke u cari alasan  ...

Dah tak ade nak datang dan bercerita dengan saya. Semua orang macam nak larikan diri dari saya. Mungkin ada di kalangan mereka yang termakan dengan tuduhan2 tu. Pdahal saya bukan seorang yang kaki bodek. Saya datang kerja berkawan dan buat kerja betul2. Tak ade pun pancing boss dalam kamus hidup saya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-4-2016 09:15 PM From the mobile phone | Show all posts
CiliPadiSedap replied at 7-4-2016 08:36 PM
kuatkan semangat

rajinkan diri

Iye hampir 4 bulan kat tempat baru. Cuba untuk kuatkan diri. Tapi kadang2 rasa macam loser. Macam tak ade yang menyokong saya. Kalau boleh teringin nak buat ala ala press conference membetulkan keadaan. Sekarang seolah olah saya betul2 naik pangkat sebab pancing boss.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-4-2016 09:18 PM From the mobile phone | Show all posts
liliadam replied at 7-4-2016 09:09 PM
Matlamat dah jelas. Untuk cari pendapatan yang hala untuk menanggung famili. Tapi bila dalam keada ...

Kita bkn blh please semua org..bila org komen kje x siap,slow etc..dptkn pandangan dr org yg sepatutnya dlm organisasi..nk mengata org,semua org blh buat..tp nk bg pndgn yg berkualiti..hanya org yg tertentu saje..klau dh buat kje elok,knp nk terasa dgn ckp2 blkg..abaikn je..klau nk ambik tahu semua bnde negatif..sampai bila2 ko down..sbb x abis2 mikir psl org lain..last2 kje pn ter agak2 sbb duk mikir pndgn org lain dulu
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2016 09:19 PM From the mobile phone | Show all posts
liliadam replied at 7-4-2016 09:12 PM
Dah tak ade nak datang dan bercerita dengan saya. Semua orang macam nak larikan diri dari saya. Mu ...

Takpe anggap aje ni 1 phase dalam bekerja & semua orang akan melalui phase ni dik. U kena kuatkan semangat. Keep yourself busy, cari hobi baru, make new friends of out workplace & hang out dengan kawan2 / bf after work. It'll help u trust me..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-4-2016 09:22 PM From the mobile phone | Show all posts
seeriesagain replied at 7-4-2016 08:51 PM
Just ignore them... diorg jeles dgn TT... buat je tugas baru TT. Semoga TT cemerlang dengan tugas da ...

Ye saya yakin memang ada si kalangan mereka yang dengki. Memang ada yang seolah olah tak puas hati bila saya dinaikkan pangkat. Yelah,mereka pun kerani macam saya dan lebih lama berkerja di syarikat tapi saya pulak yang terpilih dinaikkan pangkat. Pasal itulah mereka iri hati dan buat cerita yang bukan bukan pasal saya. Kadang kadang saya tak nak jumpa semua orang dan fokus buat kerja. Tapi terpaksa jugak la berhubung dengan mereka atas dasar kerja. Masa tu lah mereka dok memerli saya sampaikan ada yang langsung taknak bercakap dengan saya. Rasa terhina dan dimalukan depan depan staff lain. Sedih tau sebab selama ni kami semua mesra dan saya tak ade masalah dari segi perhubungan sesama staff. Bila dah jadi macam ni, terus rasa tak ade semangat nak kerja. Sampaikan saya bagitau mak nak berhenti kerja dan balik kampung. Tapi bukan senang nak cari kerja zaman sekarang ni.
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2016 10:08 PM From the mobile phone | Show all posts
liliadam replied at 7-4-2016 09:09 PM
Matlamat dah jelas. Untuk cari pendapatan yang hala untuk menanggung famili. Tapi bila dalam keada ...

Ko krja je seikhlas hati dik.tiao pagi tanam niat keje kerana Allah.psl ofis jgn ngadu lnsg kat kolig ko.ramai mulut tempayan zama skang.ko buktikan yg ko deserve that position..lama2 derang diam lah.xnk tegur takpe..janji jgn gaduh
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-4-2016 10:25 PM From the mobile phone | Show all posts
mokcikKSKB replied at 7-4-2016 10:08 PM
Ko krja je seikhlas hati dik.tiao pagi tanam niat keje kerana Allah.psl ofis jgn ngadu lnsg kat ko ...

Ye mokcik. Saya cuba lawan perasaan tu.sedih giler bila diperlakukan macam saya tak ade perasaan. Apa salah saya pada mereka. Selama ni saya kkerja tak seikhlas hati. Saya tak susahkan kolig sampaikan ada masanya saya terpaksa siapkan tugasan sehingga pukul 6.30 petang sorang2 di pejabat. Tapi bila saya dapat jawatan baru ni, mereka mempertikaikan pula. Saya tahu masih ada yang bercakap cakap tentang saya sehingga kini. Bagi yang bertegur sapa saya hargai. Tapi saya tak tahu sejauh mana keihlasan mereka. Mungkin niat mereka nak bersembang tapi dalam fikiran mereka masih tanamkan yang tuduhan terhadap saya adalah benar. Kalau memang mreka betul2 ikhlas bertegur sapa dan bersembang, saya hargai mereka dan saya anggap mereka orang yang baik2 sebab tak mudah percaya mulut2 orang yang kuat iri hati.
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2016 10:32 PM From the mobile phone | Show all posts
liliadam replied at 7-4-2016 10:25 PM
Ye mokcik. Saya cuba lawan perasaan tu.sedih giler bila diperlakukan macam saya tak ade perasaan.  ...


Dek..yg paling penting skang jgnlah kesah ape org nk cakap dek.buat je kerja ko..lain2 tu serah kat Allah.doalah tiap hari dipermudah urusan..insyaAllah hati pon tenang dugaan pin kurang.
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2016 02:39 AM | Show all posts
kalau naik pangkat elokla di company lain, kalau company sedia ada mmg ramnai akan jeles boikot dengki kawan menjadi musuh. tapi kalau ko ada degree dan semua org tahu ko ada degree dan hasil kerja ko selama ini setaraf degree mmg layakla ko naik pangkat diorg x boleh pertikaikan lagi.
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2016 10:25 AM | Show all posts
aku ni dh 10 thn keje...dh alah bisa tegal biasa xde nk beriya buat kawan kt opis..kawan sebenar2 aku ialah laki aku je... dia je tmpt aku luah masalah ke gembira ke..x penting sgt pn berkwn2 beriya kt opis ni..jnji ko buat keje ko..n baik ngn direct report boss ngn team ko je..lantak la org x nk bertgur tu apa ke..x penting pn..janji keje ko jalan ko dpt gaji n reward..mulut org smpai bila xleh tutup...ko pikir tu je....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-4-2016 11:54 AM | Show all posts
tu la ko bt hal sendri je. xpayah berkawan kat opis. hal2 opis kena hati kering
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2016 09:51 PM | Show all posts
Stended semua tempat keje mmg gitu dik
Kalau ko tuka tempat lain pon ko jumpa camni gak, ntah2 lagi teruk
So the best nye ko harung je

Bak kate pepatah:
Ko buat pon orang mengata
Ko tak buat pon orang mengata

Hati orang lain2 dik
Mungkin ko ikhlas keje n semua orang kat tempat keje ko tu umpama famili kecik ko
Tapi hakikatnya tak macam tu
Dunia keje ni aneh
Ko geng ngan bos je lah

Mantan bos aku pena pesan kat aku
"Kat tempat keje ko nak glemer ke nak keje? Kalau nak glemer, nak orang suke ko p jadik artis.
Ni keje semua pon persaingan tapi bersaing secara sihat'
Ayat bos aku before die arwah.
Tq bos.....
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2016 11:37 PM | Show all posts
Aku pun x rapat n tak cdg nak lebih2 dgn sesapa kt tempat keja...tapi aku suka keja dgn cina..yg malay suka give up, mengata orang, mencucuk sana sini tapi habuk pun tarak..hujung2 meroyan kenapa dinilai not good..aku tau derang pun xsuka aku rapat dgn cina lebih2 lagi bos..no ofense yuols..

nak buat mcm mana..aku jenis rajin..susah to say no..

tt x boleh amik pot dgn kutukan2 derang ..sbb mulut orang xkan berenti becakap..buat bodoh ja..janji keja siap ikut time..pastu tgk yg duk mengata kt tt tu keja siap ka blum..asik mgata org jah...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-4-2016 03:30 PM From the mobile phone | Show all posts
mokcikKSKB replied at 7-4-2016 10:32 PM
Dek..yg paling penting skang jgnlah kesah ape org nk cakap dek.buat je kerja ko..lain2 tu serah  ...

Insyaallah mokcik. Saya selalu doa Allah kuatkan hari saya menghadapi masalah ini. Tak tahu lah akan datang macam mana saya nak hadapi semua ini
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Cinta & Perhubungan


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 04:21 PM GMT+8 , Processed in 0.134329 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list