View: 5928|Reply: 4
|
Keunikan atau Kepelikan Politik Terengganu
[Copy link]
|
|
Edited by matabelalang at 25-4-2016 10:50 PM
Salam....
Dalam banyak-banyak negeri dalam Malaysia ini, aku lihat politik di Terengganu ada keunikan tapi banyak kepelikan ...
1. Gelaran Dato Seri kepada MB Terengganu ditarik balik.
2. Mungkin YAB Ahmad Razif Abd. Rahman menjadi MB terpendek dalam sejarah.
3. MB Terengganu bertukar individu dari Dato Seri Ahmad Said kepada YAB Ahmad Razif selepas 2 tahun PRU13.
4. Semasa pergolakan MB Terengganu pada 2014, 3 ADUN mengumumkan keluar UMNO. Menarik balik keputusan selepas 2 hari pergolakan.
5. Dalam satu penggal, 3 MB telah mentadbir kerajaan negeri (jika MB sekarang bertukar)
6. Puak2 UMNO bertelagah sesama sendiri. ADUN Kijal buat undi tidak percaya terhadap MB Terengganu. Ketua UMNO Dungun tidak sebulu dengan YB ADUN Bukit Besi. Bekas Ketua UMNO Dungun juga tidak sebulu dengan Ketua UMNO sekarang.
7. BN 17 kerusi Pembangkang 15 kerusi
8. Keadaan BN tidak stabil
9. Pernah diperintah oleh Pembangkang pada tahun 2001.
10. Campurtangan Istana dalam petadbiran negeri.
11. Bencana alam atau malapetaka berlaku ikut MB tu dari DUN mana ... tahun 2013, daerah Kemaman paling teruk dilanda banjir dan tahun 2014 pula daerah Kuala Terengganu/Kuala Nerus pula teruk dilanda banjir.
12. Kawasan MB tersebut akan lebih maju tahap gaban dari daerah lain.
13. LAIN2 YANG FORUMERS BOLEH TAMBAH ... |
|
|
|
|
|
|
|
Terengganu besar kemungkinan akan berhadapan dengan Pilihan Raya Negeri (PRN) selepas PRN Sarawak apabila berlaku krisis Menteri Besar, Ahmad Razif Abdul Rahman dengan istana di samping kedudukan kerajaan negeri yang tidak stabil kerana jumlah Adun kerajaan dan pembangkang hampir sama.
Menurut sumber, kata sepakat hampir dicapai agar PRN diadakan bagi menyelesaikan kemelut yang ada di negeri itu. Namun, Ahmad Razif dikatakan tidak akan bertanding lagi dalam pilihan raya ini.
"Possible (mungkin)," kata Adun Batu Burok, Dr Syed Azman Ahmad Nawawi ketika diminta mengulas apa yang berlaku di negeri ini.
Jumaat kelmarin, Menteri Besar Ahmad Razif hilang semua anugerah kebesarannya apabila Istana Terengganu murka kepada beliau dan meminta agar semua anugerah itu diserahkan.
Ia berlaku ketika tidak ada pihak yang mempunyai majoriti dalam Dewan Undangan Negeri Terengganu apabila tiga Adun Umno yang diketuai bekas menteri besar Datuk Seri Ahmad Said dikatakan menjadi Adun Bebas.
BN kini tinggal 14 Adun, PAS (14) manakala PKR (1) dalam DUN yang mempunyai 32 ahli itu.
8 Mac lepas, Ahmad Said mengemukakan usul tidak percaya kepada Menteri Besar Ahmad Razif Abdul Rahman namun usul itu ditolak oleh Speaker dari dibahas apatah lagi diundi.
Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pula mengarahkan Adun-adun PAS agar jangan masuk campur dalam isu ini (tidak menyokong usul Ahmad Said) manakala jentera PAS Terengganu pula diminta bersedia untuk hadapi pilihan raya.
Menurut Bernama, Pas Terengganu berada dalam keadaan siap sedia untuk menghadapi kemungkinan Pilihan Raya Negeri dalam masa terdekat.
Timbalan Pesuruhjaya Pas Negeri, Dr. Alias Razak berkata, parti itu kini berada pada kedudukan yang sangat kukuh untuk menghadapi sesiapa sahaja dalam pilihan raya tersebut.
Menurutnya, Pas sedia hadapi tentangan sengit Barisan Nasional (BN) dan pendatang baru dalam pilihan raya iaitu Parti Amanah Negara.
"Walaupun kali ini Pas bersendirian tanpa PKR dan DAP, dengan keadaan UMNO dan BN yang makin celaru ini, kita yakin kita boleh menang dengan selesa sekali gus menawan semula Terengganu.
"Kita telah keluarkan arahan agar jentera di peringkat tertinggi hingga peringkat paling bawah bersiap sedia," katanya yang juga Adun Bukit Tunggal ketika dihubungi Bernama 18 April lepas.
PAS juga sedang menghadapi masalah untuk menang kerana parti itu berpecah membentuk Parti Amanah Negara (AMANAH) selepas pemimpin progresif dan profesionalnya ditewaskan secara blok dalam Muktamar PAS tahun lalu.
Walaupun PAS Terengganu masih kuat tetapi sebahagian ahli mereka sudah meninggalkannya untuk menyertai Amanah.
Ahli Parlimen PAS Kuala Terengganu, Datuk Raja Bahrin Shah sudah meninggalkan PAS dan menjadi Pengerusi AMANAH negeri Terengganu.
Beliau disertai oleh beberapa bekas Adun PAS manakala beberapa Adun PAS sekarang dikatakan menyokong Amanah secara diam-diam.
Umno juga berpecah di Terengganu. Ahmad Said dan rakan-rakannya dikatakan menyertai Tun Dr Mahathir Mohamad dalam gerakan Selamatkan Malaysia yang berkempen mahu Datuk Seri Najib berundur dari kerusi perdana menterinya. |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 24-4-2016 10:29 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
Sabtu, 23 April 2016
Terengganu dalam krisis, Istana tarik balik semua gelaran MB
Adun Seberang Takir, Ahmad Razif Abdul Rahman kini tidak mempunyai sebarang gelaran kebesaran lagi selepas semuanya ditarik balik petang Jumaat kelmarin, kata satu sumber dari Kuala Terengganu.
Ia akan memungkinkan beliau menjadi Menteri Besar Terengganu paling singkat dalam sejarah Terengganu apabila beliau kini berkrisis dengan istana Terengganu selepas tidak sampai setahun dilantik menjadi menteri besar bagi menggantikan Datuk Seri Ahmad Said Mei tahun lepas (2015).
Menurut sumber, Razif menyerahkan semua darjah dan bintang kebesarannya petang semalam (Jumaat) selepas dimurkai oleh pihak Istana ketika beliau mengiringi Tuanku Sultan Terengganu menunaikan solat Jumaat.
Ketika dihubungi, seorang pemimpin Umno dari Terengganu yang mempunyai hubungan yang baik dengan Istana Terengganu mengesahkan berita ini.
"Comfirm. Cuma belum ada kenyataan rasmi dari istana sahaja.
"Tuanku murka dengan ucapan MB ketika mengiringi Baginda solat Jumaat semalam. Lepas Jumaat beliau serah semua darjah kebesaran," kata beliau ketika di hubungi.
Hari ini, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dikatakan berada di Terengganu bagi menguruskan perkara ini. Zahid dilihat berada di lapangan terbang Kuala Terengganu.
Dengan apa yang berlaku sekarang, sumber Umno itu berkata, Umno mempunyai tiga pilihan untuk dibuat.
"Pertama bubarkan Dun dengan mengadakan pilihan raya semula. Yang kedua menukar MB kepada Adun yang lain.
"Ketiga adalah Umno membuat kerajaan perpaduan dengan PAS di Terengganu," kata beliau kepada Malaysia Dateline dengan menyifatkan ia adalah pilihan yang dikehendaki oleh Datuk Seri Najib Razak, Presiden Umno bagi menstabilkan kerajaan negeri.
Umno mempunyai 17 Adun di Terengganu manakala PAS (14) dan PKR (1).
8 Mac lalu, bekas MB yang juga Adun Kijal, Datuk Seri Ahmad Said membuat usul tidak percaya kepada Razif namun ditolak usul itu oleh Speaker, Datuk Mohd Zubir Embong.
Dua hari lepas, sumber dari Terengganu mendakwa, dua lagi Adun Umno akan menyertai Ahmad Said untuk menjadi Adun Bebas.
Ini menjadikan Umno (BN) mempunyai 14 Adun, PAS (14), Bebas (3) dan PKR (1).
Jika kumpulan Ahmad Said bergabung dengan pembangkang (PAS dan PKR), kerajaan negeri Terengganu yang ada akan jatuh.
Namun, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebelum ini meminta Adun-adun PAS tidak campur tangan atau memihak dalam isu ini.
Ini menjadikan besar kemungkinan PAS akan bersama Umno untuk membentuk kerajaan perpaduan di Terengganu.
RAKYAT MARHAENat4/23/2016 11:14:00 |
|
|
|
|
|
|
|
Aik? Mana pegi thread awal td? |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 25-4-2016 07:01 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Dah pindah ke Isu-Isu Semasa .... |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|