View: 3183|Reply: 2
|
Bro, Tidur Awal Banyak Kelebihannya!Kenapa Pula Suka Lewat Tidur?
[Copy link]
|
|
Oleh : TS LOO
Kita selalu disyorkan untuk tidur tujuh hingga lapan jam setiap hari, atau tidur lebih awal dan bangun lebih cepat. Namun entah kenapa, sukar sekali melaksanakan kebiasaan tidur yang teratur. Padahal, cadangan ini diberikan bukan tanpa alasan.
Bila mengetahui bahawa tidur lebih cepat menawarkan banyak keuntungan seperti menurunkan berat badan atau membuat anda lebih produktif di pejabat, masakan anda masih tidak mahu mengusahakannya? Bila tak percaya, cuba lihat beberapa keuntungan mengelakkan tidur larut malam ini ini
Berat Badan Turun
Orang yang suka berjaga malam akan cenderung makan hingga larut malam, dan makan pun sebenarnya tidak kerana lapar,” kata Evelyn Tribole, MS, RD. Ia memberi amaran bahawa makan lewat dari jam makan malam akan menyebabkan kalori disimpan di dalam tubuh.
Di samping itu, apabila anda ingin menikmati makanan tertentu pada malam hari, biasanya anda akan melewatkan sarapan pada esok harinya. Akibatnya tenaga anda akan berkurangan dan cenderung akan makan berlebihan pada siang harinya, demikian menurut Rafael Pelayo, MD, seorang profesor dari Sleep Medicine di Stanford University.
Tidur Lebih Mudah
Pelbagai kajian menunjukkan bahawa kebiasaan tidur larut malam, apalagi hingga dini hari, boleh menyebabkan insomnia. Selain jadi lebih susah untuk tidur, anda juga menjadi lebih sukar tetap dalam keadaan tidur. Sangat tidak menyenangkan bukan, ketika anda terbangun pada malam hari dan mengalami kesukaran untuk kembali tidur?
Lebih Produktif Pada Pagi Hari
Anda boleh saja mengaku sudah biasa berjaga, namun tak seorang pun diprogramkan secara biologi untuk berjaga hingga larut malam, demikian menurut Pelayo. Dengan tidur lebih cepat, anda pun akan bangun dengan keadaan segar dan dengan tenaga yang lebih tinggi. Keadaan ini tentu membuat anda mampu melakukan apa- apa aktiviti anda dengan lebih produktif.
Jantung Yang Lebih Sihat
Para penyelidik di Misao Health Clinic di Gifu, Jepun, mengatakan bahawa sukarelawan dalam sebuah kajian yang baru tidur setelah lewat tengah malam diketahui mempunyai pengerasan pembuluh darah daripada mereka yang terbiasa tidur lebih awal. Sekadar info, pengerasan pembuluh darah arteri merupakan salah satu gejala awal penyakit jantung.
Lebih Bertenaga
Menurut Kathy R. Gromer, MD, dari Minnesota Sleep Institute, pekerja shift malam sebenarnya tidak pernah benar--benar biasa dengan kitaran hidupnya, kerapkali mereka hanya tidur selama dua atau tiga jam pada pagi hari, dan bukannya mengalami fasa tidur lelap yang panjang.
Jadi, setelah mengetahui kebaikan lebih banyak daripada keburukan, haruslah kita khususnya ibu bapa wajar menunjukkan contoh teladan yang baik kepada anak-anak dengan mengamalkan tabiat tidur awal, lebih-lebih lagi mempunyai anak yang bersekolah pada sebelah waktu pagi.
sumber info: lelakisihat.com |
|
|
|
|
|
|
|
Early to bed early to rise
Make you healthy wealthy and wise |
|
|
|
|
|
|
|
klau yang terlajak tido mcm mana lak? |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Wanita & Lelaki
|