View: 2850|Reply: 5
|
3 Hotel Mewah Di Kawasan Terbuka Untuk Si Pencinta Keindahan Alam
[Copy link]
|
|
Oleh Izzah Abbasy
Biasanya, hotel yang menjadi pilihan pelancong haruslah selesa dan ala-ala 3, 4, 5 bintang dan ke atas.
Tetapi untuk tiga hotel mewah ini, ia sangat berbeza dengan hotel yang sedia ada. Pendek kata lain daripada yang lain kerana dibina dikelilingi keindahan alam semula jadi. Jom, kenali tiga hotel mewah ini. Mana tahu, anda akan sampai ke sini suatu hari nanti. - CARI Infonet
1) Taman Negara Kruger, Afrika Selatan
Pengunjung melihat hidupan liar seperti singa, gajah, harimau bintang secara semula jadi.
Beberapa hotel unik di seluruh dunia menawarkan pengalaman menginap di bilik-bilik yang dibina di kawasan terbuka sambil menyaksikan keindahan alam semula jadi.
Hotel-hotel itu ada yang dibina di atas pokok, di dalam hutan dan lereng bukit untuk memberikan pengalaman berbeza kepada pelancong.
Beberapa gambar yang dimuat naik di internet menunjukkan sebuah hotel mewah lima bintang dibina di atas beberapa batang pokok di Kruger National Park atau dikenali juga sebagai Taman Negara Kruger, Afrika Selatan.
Hotel itu dibina di atas pokok untuk membolehkan pengunjung melihat hidupan liar seperti singa, gajah, harimau bintang secara semula jadi.
Bilik hotel itu dilengkapi dengan sebuah katil, sofa dan meja makan.
2) Hotel L’Albereta Relais & Chateaux
Sementara itu, Hotel L’Albereta Relais & Chateaux di Erbusco, Itali pula menyediakan bilik yang tidak berbumbung.
Pengunjung Hotel L’Albereta Relais & Chateaux akan tidur berbumbungkan langit sambil memerhatikan kerlipan bintang.
Hotel unik itu mampu menimbulkan suasana romantis pada waktu malam khusus untuk pasangan yang berbulan madu. Pengunjung akan tidur berbumbungkan langit sambil memerhatikan kerlipan bintang.
3) Rumah Pokok Bangkok, Thailand
Bangkok Tree House atau Rumah Pokok Bangkok di Thailand pula memberi peluang kepada pelancong untuk menyaksikan keindahan alam semula jadi.
Para pelancong boleh menginap di atas pokok serta mandi-manda di sebuah kolam semula jadi di tengah hutan.
Malah, Rumah Pokok Bangkok itu mempunyai peraturan untuk mengeluarkan 1 kilogram sampah dari Sungai Chao Phraya setiap kali menerima tempahan.
Kredit Info : Agensi
|
|
|
|
|
|
|
|
sangat sangat cantik |
|
|
|
|
|
|
|
dah kalau hujan tgh tido..xke naya |
|
|
|
|
|
|
|
Gambar ke3 utk Hotel L’Albereta Relais & Chateaux tu..
senang je org skodeng..hehee
tp cantik...huhuu |
|
|
|
|
|
|
|
ntahnya, tak masuk akal betul
agaknya blm ada lagi kejadian ujan kut
|
|
|
|
|
|
|
|
yg aku tertanya2, mana lobby, mana receptionist, mana pekerja2 hotel nak kemas2 ni?
aku tak nampak semua tu |
|
|
|
|
|
|
| |
|