Bagaimanapun, keadaan beliau dan kenderaan yang dinaiki jenis Lexus 350 dilaporkan dalam keadaan selamat.
Menurut Pegawai Media Ketua Menteri Melaka, Shahnor Samsudin, ketika kejadian, rombongan Ab. Rauf yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Tanjung Bidara sedang melalui kawasan tersebut untuk menghadiri satu urusan rasmi di ibu kota.
“Rombongan kami (Ketua Menteri) sebanyak empat kenderaan baru sahaja tiba dari Melaka. Kejadian tu betul-betul berlaku depan mata. Selang sebuah kereta sahaja.
“Kereta Ketua Menteri terselamat tetapi kereta pengiring polis jenis Proton X70 yang berada hadapan sekali turut terkena pokok yang tumbang.
“Setakat ini anggota dalam kenderaan terselamat, cuma cermin belakang kereta pengiring itu habis pecah. Keadaan belakang kereta juga kemek,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.
Tambah Shahnor, sebelum kejadian, dia dan pegawai-pegawai yang lain di dalam kenderaan terdengar satu bunyi kuat, seakan-akan sesuatu mahu jatuh dan tumbang.
“Kebetulan ketika kejadian saya dan pegawai lain memang sedang berborak tentang pokok tumbang sebab keadaan masa tu memang hujan yang sangat lebat.
“Sekelip mata sahaja betul-betul jadi depan mata dan terkena kereta jenis MPV Vellfire warna merah depan kami. Bagaimanapun, kenderaan itu bukan salah satu daripada rombongan kami.
“Mula-mula panik ingat kereta Ketua Menteri turut kena, tetapi alhamdulillah beliau selamat. Kami juga selamat,” katanya. – KOSMO! ONLINE
KUALA LUMPUR – Sebuah pokok dilaporkan telah tumbang dipercayai menghempap kenderaan di Jalan Pinang, hadapan Kuwait Bank, di sini, hari ini.
Susulan kejadian itu, laluan tersebut terpaksa ditutup sementara bagi proses pembersihan.
Menerusi video tular di laman Facebook, dimaklumkan sebuah kenderaan turut dihempap dalam kejadian tersebut.
Bagaimanapun, pihak Kosmo! masih mendapatkan pengesahan dari pihak berkuasa mengenai kejadian itu. – KOSMO! ONLINE.