CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Fieza-mira

Betul ke roh balik rumah??

  [Copy link]
Post time 5-1-2011 04:56 PM | Show all posts
Reply   makanan roh ialah cerita2 rohani dan alam akhirat
Fieza-mira Post at 5-1-2011 13:37



    mel nak betul kan sikit..ni ape yg mel belajar dan dpt info kat sini..makanan roh adelah zikrullah..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 5-1-2011 05:33 PM | Show all posts
mel nak betul kan sikit..ni ape yg mel belajar dan dpt info kat sini..makanan roh adelah z ...
melinda_gordon Post at 5-1-2011 16:56



    Makanan roh ialah perkara2 bersifat kerohanian seperti perbincangan agama, membaca buku2 agama, mendengar ceramah agama, menonton cerita berunsur Islam yang boleh beri pengajaran dan keinsafan, mengaji Al-quran, menunaikan ibadah, berzikir, berbincang dan bercerita tentang mati & akhirat dan apa saja yang berkaitan dengan kerohanian.
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2011 05:34 PM | Show all posts
Makanan roh ialah perkara2 bersifat kerohanian seperti perbincangan agama, membaca buku2 a ...
Fieza-mira Post at 5-1-2011 17:33



    ye..betul jugak..
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2011 06:40 PM | Show all posts
baguslah br nk celik mata, kalau zamsn khalifah dulu org2 begini diperangi terus kerana kuatir akan mempengaruhi umat islam lain, memesongkan aqidah org islam

kalau bljr sejarah islam akan come accross tindslan yg diambil ole para khalifah ats mrk yg cuba memesongkan aqidah umay islam

allah hanya memberi kefahaman tentamg agama kpd org2 yg mencarinya
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2011 08:43 PM | Show all posts
Marah adalah salah satu sifat mazmumah yang tidak sepatutnya ada pada seorang muslim mukmin. Justeru usaha untuk mengelakkan diri dari sifat marah menjadi satu kewajipan. Sifat marah yang wajib dibuang dari diri seseorang ialah sifat marah yang dilarang. Tidak semua sifat marah dilarang ada kalanya wajib kita marah dan terkadang diharuskan kita marah. Kemampuan kita mengurus kemarahan akan membawa kita kepada situasi yang tenang dan membahagiakan.


Sifat marah dari sudut hukum boleh dibahagikan kepada tiga bahagian





1. Marah yang dipuji ( al-ghadhab al-mahmud )

Perasaan marah dituntut apabila berlakunya pencabulan dan perlanggaran terhadap larangan-larangan Allah s.w.t. Sifat ini adalah hasil dari keimanan yang kuat terhadap Allah swt kerana orang yang tidak marah terhadap pencabulan dan pelanggaran larangan Allah dianggap sebagai orang yang lemah iman.


Suatu ketika Rasulullah s.a.w melihat para sahabat bertelagah berkaitan keimanan dengan qadr lalu berubah air muka Rasulullah s.a.w kerana marah lalu berkata;

بهذا أمرتم ؟ أو لهذا خلقتم ؟ تضربون القرآن بعضه ببعض بهذا هلكت الأمم قبلكم )

Maksudnya; Inikah yang kamu disuruh? Atau untuk inikah kamu dijadikan memperdebatkan al-quran dengan al-quran, ingatlah dengan sebabini umat terdahulu dibinasakan.



Sabda Rasulullah s.a.w;

من رأى منكم منكراً فليغيره بيده ، فإن لم يستطع فبلسانه ، فإن لم يستطع فبقلبه ، وذلك أضعف الإيمان.



Maksudnya; Sesiapa yang melihat kemungkaran hendaklah ia ubah dengan tangan (kekuasaan) sekiranya tidak mampu ubah dengan lidahnya, sekiranya tidak mampu juga maka ubah dengan hati, itulah selemah-lemah iman.


Sikap untuk mengubah, menegur atau rasa tidak suka tidak akan timbul pada diri seseorang sekiranya tidak ada perasaan marah terhadap sesutau perkara. Kecantikan Islam dalam marah ialah apabila kira dapat mengurus sifat marah dengan cara hikmah dan bijaksana bukan dengan cara mengikut perasaan dan nafsu seperti memaki hamun, mencerca, memukul atau tidakan-tindakan yang negatif.




2. Marah yang dicela ( al-ghadhab al-mazmum )



Marah yang dilarang dan dicela ialah apabila marah terhadap pelaksanaan perintah Allah swt atau marah yang didorong oleh perasaan dan hawa nafsu seperti marah dan tidak suka dengan pelaksanaan hukum-hukum Allah s.w.t, marah dengan usaha dakwah, marah dengan pelaksanaan syiar Islam dan lain-lain.


Sifat marah dalam kategori ini dicela dan dilarang kerana ia adalah sifat orang-orang kafir yang sentiasa tidak suka dan tidak senang apabila orang mengamalkan dan menghayati Islam. Mereka nenunjukkan perasaan mereka dengan menunjukkan rasa marah apabila ajaran-ajaran Islam diamalkan dalam kehidupan manusia.




3. Marah yang diharuskan ( al-ghadhab al-mubah )


Marah yang diharuskan ialah marah yang tidak melanggar perintah Allah s.w.t dan tidak melampaui batasan. Sebab itulah orang yang dapat mengawal perasaan ini disukai oleh Allah s.w.t. seperti marah apabila tidak tahu perkara yang sepatutnya diketahui, marah apabila tidak melakukan pekerjaan dengan baik dan lain-lain.



Firman Allah s,w,t;

وَالْكَاظِمِينَ الْغَيْظَ وَالْعَافِينَ عَنِ النَّاسِ وَاللَّهُ يُحِبُّ الْمُحْسِنِينَ



Maksudnya; Dan orang yang mengekang kemarahan dan memberi kemaafan kepada orang lain, dan Allah suka kepada orang-orang yang baik.


Kesimpulannya wajib marah apabila hak Allah dilanggar, haram marah apabila hak-hak agama dilaksanakan dan harus marah pada perkara-perkara berkaitan kehidupan dengan syarat tidak melampaui batasan dan berakhlak bertujuan untuk memperbaiki kekurangan yang ada.
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2011 09:04 PM | Show all posts
kenapa sy marah dgn thread ni

-sbb anda telah memesongkan ayat quran, padahal jelas ayat mengenai rih ni tertulis dgn terang dan nyata. kalau anda org islam wajarkah anda buat cerita tahyul semua ni? kalau umar masih hidup pasti dia lbh naik hangin lg. dgn unar no compromise sesapa yg memesongkan ayat quran, hukum islam pasti diperangi utk menjaga keagongan islam

-look at yr statement, dari datok sampai cucu? masih xde pembaikan diri utk lbh berilmu, namti sambung to yr children pulak..

- alquran iti x dipelajari, x dihayati mcm mana nk diamalkan? ask yr self . malu lah dgn allah

- thread mcm ni dh ada sblm ni dh di etulkan  n yet sia2 je, it keep repeating again

slps nabi saw wafat diganti era sahabat, umar yg byk mengambil tindakan drastic banding dgn abu bakar. umar sendiri yg mahu org yg enggan byr zakat diperangi kerana mrk telah memesongksn ayat quran tentamg kewajiban zakat. masa tu zaman pemerintahan abu bakar.

nabi saw pernah berkata, jika ada nabi slps ku maka umarlah yg layak. kenapa x abu bakar?sbb umar dikenali sbg singa islam tdk akn ada belas kasihan pd org yg menghina agama islam.
yg sesat diperangi, hukum islam ditegakkan sekukuhnya hingga ank sendiri berzina pun dilaksanakan hukum hudud serta merta meskipun dirayu sang isteri dan sahabat! seoeg wanita islam yg ditertawan sekumpulan lelaki yahudi di pasar kerana lainnya yg yerselak ditiup angin pun, umar hamtar sekumpulan tentera utk memerangi pemuda yahudi tu.

ni kan pula org yg memesongkn ayat quran

dont tell me about berdakwah ni, saya memamg berdakwah dikalamgan muallaf, sbb volunteers di perkim yg blh speaking london x ramai, so they pass my numbers to any muallaf .
tp tgk irg islam sendiri lbh tak berilmu dr muallaf, u should be ashamed of yrselves. and that make me so devastated
tamda2 org beriman itu antaramya dia lbh berilmu

wallahualam, i rest my case
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-1-2011 11:32 PM | Show all posts
tunggu mati br tau !!!
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2011 09:20 AM | Show all posts
As-salam & selamat pagi semua..

Hmm tak perlu la nak marah2 or wut soever..selagi kite manusia..byk lagi benda kite kena belajar..Kalu kite rasa diri kite bagus..duduk & pk balik ..byk mana sgt la ilmu kite ni?

Sebab tu saya nak tepekkan satu artikel yg pada saya sgt berguna..Tajuk dia " Orang Alim Masuk Neraka, Orang Jahil Masuk Syurga"..nanti la saya usahakan..

Xperlu la kite nak menyakiti hati satu sama lain..lagipun buat apa nak menyakiti hati saudara kite yg sesama Islam, jika ada salah silap, tegur la cara yg lebih berhikmah..Kite kena ingat, dosa sesama manusia, kite kena minta maaf dgn individu tu sendiri..Malu aje pada org yg berlainan agama tgk kite yg sesama Islam nih bergaduh..

Apa yg saya tulis nih, bukan la berbentuk provokasi...tapi sekadar berkongsi ilmu sesama saudara seIslam..ingat, bersatu kite teguh, bercerai kite roboh..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-1-2011 09:33 AM | Show all posts
Post Last Edit by berrygurl at 6-1-2011 09:34

Petikan dari magazine MILENIA

Cerita pertama

Seorang yang sangat alim dan mustajab doa nya pada zaman Nabi Musa a.s mati masuk neraka.Puncanya kerana orang alim itu telah menyalahgunakan kemustajaban doa nya untuk tujuan tidak baik kerana terperangkap oleh taktik Firaun dalam usaha memusibahkan Nabi Musa a.s. Firaun mendapat tahu ttg beliau telah memerintah pesuruhnya supaya meminta orang alim itu mendoakan Nabi Musa a.s sesat di padang pasir.Bila dimaklumkan perkara itu kepada Firaun maka diperintahkan supaya orang alim yang hidup susah diberi upah 10 kati emas.Bagaimanapun ia menolak kerana dia tidak mahu mengkhianati persuruh ALLAH itu..

Cerita kedua

Seorang yang mengisi masa hidup nya dengan maksiat.Bagi nya adalah pelik pelaku maksiat dipilih sebagai penghuni syurga.Jadi ditayangkanlah kebaikan yang dilakukan nya semasa hidup.. Semua kerja kebaikan nya dilakukan kerna ALLAH tanpa mengharapkan balasan.Sewaktu dia kehausan di padang pasir beliau terjumpa satu perigi.Dengan lahap nya dia menceduk air dengan kasut nya untuk diminum tetapi tiba2 dia ternampak seekor anjing yang lemah dan tidak bermaya... Tinbul rasa kasihan dihati nya pada nya tidak mungkin anjing itu dapat mencedok air dalam perigi itu lalu sebelum dia hilangkan rasa haus nya terlebih dahulu dia telah memberi air yang dicedok dengan kasut nya kepada anjing itu dan anjing itupun segar.Selepas itu baru ia mencedok untuk diri nya sendiri.Disebabkan dia mendahulukan kebajikan anjing itu maka dia tersenarai sebagai ahli syurga...MAHA KUASA ALLAH s.w.t yg lebih mengetahui...

Cerita ketiga

Seorang lg lelaki yang hidup nya penuh dengan kejahatan juga hairan bin ajaib apabila selepas dia mati dia dipilih sebagai ahli syurga.Maka ditayangkanlah punca diri nya menjadi penghuni syurga. Semasa hidupnya dia pernah mengatur dua ketul batu sebagai tempat membuang air besar ketika orang terdesak.Batu itu dibiarkan dalam keadaan begitu dengan harapan orang lain pula dapat menggunakannya bila berlaku hal yang sama dengan mereka. Kebetulan tempat itu akhirnya telah menjadi tandas awam.Kerana sumbangan bakti tanpa mengharapkan balasan dan tidak disedari bahwa apa yang dilakukannya itu adalah satu bentuk kebajikan iaitu amal jariah dan lelaki berkenaan tersenarai sebagai ahli syurga..

Kesimpulannya...jgn la suka-suka kite nak melabelkan org jahil @ wut so ever..sebab kite sendiri tak tahu dimanakah tempat kite disisi Allah sebenarnya..X mustahil kerana menyakiti hati saudara Islam yg lain boleh menyebabkan kite tersingkir dari bau syurga kalu individu tu tak maafkan..

Sekadar berkongsi ilmu.."Sharing Is Caring"
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2011 09:49 AM | Show all posts
Post Last Edit by berrygurl at 6-1-2011 09:57

Budayakan Menegur Dengan Lemah-Lembut dan Bijaksana

Oleh Ad-Dimasyqi

Firman Allah ta`ala yang bermaksud: “Ajaklah (wahai Muhammad) mereka ke arah jalan Tuhanmu dengan hikmah dan nasihat yang elok dan berdebatlah dengan mereka dengan cara yang paling baik…..” (Surah An-Nahl: 125)

Sudah menjadi lumrah bagi setiap muslim yang benar-benar beriman kepada Tuhannya untuk merasa cemburu terhadap kemungkaran yang berlaku di hadapan mata. Begitulah sepatutnya yang perlu ada dalam setiap jiwa muslim hari ini. Merasa benci dan tidak setuju dengan ‘muhkhalafah syar`iyyah’ yang terjadi.

Kita semua juga mengetahui sepotong hadis Rasulullah s.a.w yang popular yang menyuruh kita merobah dan memperbetulkan kesalahan dan kemungkaran dengan tangan atau kuasa jika kita punya kemampuan. Jika tidak, maka dengan lidah dan jika tidak mampu dengan pertuturan, maka dengan kebencian hati terhadap kemungkaran tersebut.

Namun persoalan yang timbul ialah adakah seseorang da`ei itu boleh menegur sesuatu kesalahan dengan semberono begitu sahaja tanpa memperdulikan adab-adab persaudaraan sesama muslim sewaktu menegur? Mari kita kembali kepada maksud ayat di awal penulisan ini.

Jika merujuk kepada tafsiran Imam al-Qurtubi, beliau menyebut bahawa ayat ini menyuruh para da`ei supaya menyebarkan dakwah dan memberikan nasihat kepada ‘orang-orang Islam’ secara khususnya dengan cara yang penuh bijaksana, lemah lembut dan penuh strategi. Para da`ei mestilah menjauhi sifat kasar dan keras ketika menegur dan memberikan nasihat agar orang yang ditegur tidak merasa malu dan melarikan diri sekaligus matlamat dakwah menjadi realiti dan terlaksana.

Al-Qurtubi menambah lagi bahawa hukum menasihati dan menegur sesama muslim secara lemah-lembut dan bijaksana ini kekal sehingga hari kiamat. Namun hukum ini tidak berjalan ke atas golongan kafir kerana cara untuk ‘bermuamalah’ dengan mereka telah diterangkan oleh ayat-ayat yang menyuruh kita memerangi mereka (ayat Qital).

Beginilah yang sepatutnya berlaku terhadap para da`ei ketika mereka menjalankan kerja-kerja mulia ini. Apabila mereka berhadapan dengan orang-orang yang melakukan kesalahan atau maksiat di kalangan saudara mereka sesama muslim, mereka perlulah menggunakan pendekatan positif dan bijaksana agar pihak yang ditegur mereka berhenti dan menginsafi atas kesalahan mereka.
Janganlah kita menggunakan ‘teguran’ atau ‘nasihat’ itu sebagai jalan untuk membalas dendam kepada seseorang. Bukankah itu menunjukkan yang kita sedang menunggu-nunggu kesalahan orang? Sedangkan di dalam Islam, kita dituntut untuk sentiasa bersikap ikhlas dan amanah dalam setiap nasihat dan teguran yang dibuat. Apabila menegur, janganlah sekali-kali kita menggunakan bahasa dan nada yang kasar. Jauhilah dari menegur seseorang itu di khalayak ramai. Kerana ini akan memalukan dan mengaibkan pihak yang ditegur. Carilah waktu yang sesuai untuk menegur. Bersemukalah dengan pihak berkenaan dan gunakan kata-kata lembut dan gaya bahasa yang boleh menawan hati dan perasaannya. Perlu diingati bahawa walaupun Islam menggalakkan budaya tegur menegur di kalangan kita, tetapi itu tidak bermakna bahawa teguran itu mesti dibuat secara langsung apabila sesuatu kesalahan itu berlaku. Lihatlah situasi dan keadaan. Gunakakan uslub yang boleh menawan hati dan jauhi dari cara menegur yang membuatkan orang lari.


Jadikanlah Rasulullah s.a.w sebagai role model kita. Lihatlah bagaimana sewaktu baginda didatangi oleh seorang lelaki yang meminta izin dari baginda untuk berzina. Lalu apakah respon baginda? Adakah Rasulullah mencerca atau memukul atau memaki-hamun lelaki tersebut? Bahkan Rasulullah bertanya lelali itu kembali, “Adakah engkau suka lelaki lain berzina dengan ibumu atau kakakmu atau adik perempuanmu?” Jawab lelaki itu: “Aku tidak suka ya Rasulullah,” Lantas baginda berkata dengan lembut: “Begitu juga dengan orang lain, mereka jua tidak suka jika engkau berzina dengan mana-mana wanita di kalangan kerabat mereka.”

Itulah dia antara uslub Rasulullah menegur dan berdakwah kepada orang lain. Lalu mengapa kita sering ketepikan tips-tips yang diajarkan oleh Rasulullah s.a.w? Kenapa kita sering ‘berkasar’ ketika menegur saudara-saudari kita sesama muslim? Gunakan budaya menegur sebagai perantaraan untuk menambah kawan dan taulan bukan untuk mencari musuh dan pergaduhan.

So kesimpulan dari artikel di atas, kalu nak tegur sesama muslim, biar la dgn cara yg bijaksana & lemah lembut..jika berhadapan ngan yg bukan Islam, itu yg patut diperangi..jgn terkeliru..sebab itu FAKTA sebenarnya..
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2011 10:16 AM | Show all posts
roh ada dua
jasad dikongsi
ying yang
satu malam
satu siang
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2011 12:16 PM | Show all posts
atleast kalau mimpi sal arwah boleh terubat rindu..me plak dah 5 tahun abah meninggal tapi abah xpenah datang dalam mimpi..kdg rase teringin sbb rindu kat die sesangat..sekejap pu jadila..agaknya abah de menda yang xpuas ati kot ngan me..
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2011 01:47 PM | Show all posts
soklan pada TT.. sowee bru nk tanya.. naper TT tk gie knduri arwah mak TT, kan dekat jer umah TT dgn umah kakak tuh..  naper dok umah tgk tv instead of pegi knduri and aminkan baca doa ke apa yg patut.. huhuh..
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2011 01:57 PM | Show all posts
kenapa sy marah dgn thread ni

-sbb anda telah memesongkan ayat quran, padahal jelas ayat mengenai rih ni tertulis dgn terang dan nyata. kalau anda org islam wajarkah anda buat cerita tahyul semua ni? kalau umar masih hidup pasti dia lbh naik hangin lg. dgn unar no compromise sesapa yg memesongkan ayat quran, hukum islam pasti diperangi utk menjaga keagongan islam

-look at yr statement, dari datok sampai cucu? masih xde pembaikan diri utk lbh berilmu, namti sambung to yr children pulak..

- alquran iti x dipelajari, x dihayati mcm mana nk diamalkan? ask yr self . malu lah dgn allah

- thread mcm ni dh ada sblm ni dh di etulkan  n yet sia2 je, it keep repeating again

slps nabi saw wafat diganti era sahabat, umar yg byk mengambil tindakan drastic banding dgn abu bakar. umar sendiri yg mahu org yg enggan byr zakat diperangi kerana mrk telah memesongksn ayat quran tentamg kewajiban zakat. masa tu zaman pemerintahan abu bakar.

nabi saw pernah berkata, jika ada nabi slps ku maka umarlah yg layak. kenapa x abu bakar?sbb umar dikenali sbg singa islam tdk akn ada belas kasihan pd org yg menghina agama islam.
yg sesat diperangi, hukum islam ditegakkan sekukuhnya hingga ank sendiri berzina pun dilaksanakan hukum hudud serta merta meskipun dirayu sang isteri dan sahabat! seoeg wanita islam yg ditertawan sekumpulan lelaki yahudi di pasar kerana lainnya yg yerselak ditiup angin pun, umar hamtar sekumpulan tentera utk memerangi pemuda yahudi tu.

ni kan pula org yg memesongkn ayat quran

dont tell me about berdakwah ni, saya memamg berdakwah dikalamgan muallaf, sbb volunteers di perkim yg blh speaking london x ramai, so they pass my numbers to any muallaf .
tp tgk irg islam sendiri lbh tak berilmu dr muallaf, u should be ashamed of yrselves. and that make me so devastated
tamda2 org beriman itu antaramya dia lbh berilmu

wallahualam, i rest my case
marufie Post at 5-1-2011 21:04
Minta penjelasan ayat AlQuran mana yg telah dipesongkan oleh TT?

Kalau sesaorang boleh bertemu direct dengan roh sesaorang yg telah meninggal dunia, katalah roh para nabi dan para wali, adakah roh tersebut hanya jin yg menyerupa?


Ayat AlQuran mana yg mengatakan secara jelas semua roh manusia yg telah meninggal dapat masuk ke Alam barzakh?




Jika kamu sanggup marah sebegitu, pastinya kamu dah ada jawapan atas persoalan yg aku utarakan!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-1-2011 05:00 PM | Show all posts
Post Last Edit by Fieza-mira at 6-1-2011 17:03
baguslah br nk celik mata, kalau zamsn khalifah dulu org2 begini diperangi terus kerana kuatir akan mempengaruhi umat islam lain, memesongkan aqidah org islam

kalau bljr sejarah islam akan come accross tindslan yg diambil ole para khalifah ats mrk yg cuba memesongkan aqidah umay islam

allah hanya memberi kefahaman tentamg agama kpd org2 yg mencarinya
marufie Post at 5-1-2011 18:40



Huish…...apasal nak berperang kat sini? Ini thread roh ka, thread perang?? Setahu sayalah khalifah Abu Bakar ke, Umar ke memerangi kaum kafir & kaum yang engkar…..takde pulak cerita perangi orang2 jahil. Orang jahil ni senang jer ubat dia, bagi tahu kat dia hilanglah jahilnya........takde perang2nya........kalau ada tolong khabarkan kat sini kisah Khalifah Umar berperang dengan orang yang jahil bab roh ni........

Satu lagi ye..........kalau setakat khalifah zaman dulu2 bukan semuanya arif bab agama Islam nih terutama khalifah zaman Umayyah, Abasiah, Andalus& Othmaniah........sama naik jer diorang dalam bab kemungkaran dan pemesongan akidah nih!!

Pernah dengar tak kisah Khalifah Al-Makmum zaman Abasid yang memerangi para wali kononnya wali2 Allah tu dah memesongkan akidah umat Islam zaman tu dengan ilmu diorang yang pelik2. Lepas apa jadi dengan tamaddun Islam Abasiyyah?? Berkubur ditangan bangsa Monggol yang zalim tu.......kan???

Alasannya ilmu para wali ni takde dalam Quran, bagi dia ilmu Allah tu terhad pada 30 juz tu jer. Kalau takde dalam kitab tu bukan dikira ilmu Allah........lebih kurang macam awak punya mentalitilah.......
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-1-2011 05:04 PM | Show all posts
Post Last Edit by Fieza-mira at 6-1-2011 17:24
kenapa sy marah dgn thread ni

-sbb anda telah memesongkan ayat quran, padahal jelas ayat mengenai ...
marufie Post at 5-1-2011 21:04


Kalau awak lebih tahu bab roh ni, silakan lah perturunkan ilmu awak pada kami yang jahil ni (terutamanya TT)…..jangan tahu nak marah2 jer……katanya pendakwah…..

Lagipun takkan thread ni jer awak marah beriya2….thread laintu macamana? Tak pesongkan akidah ker?

Ke awak menyirap sebab tajuk thread ala2 soalan orang jahil gitu….takde kelas dengan ilmu awak yang tinggi tu. Macam tu ker??

Silakan…kami pun nak tahu jugak cerita pasal roh yang ‘betul’ ikut versi awak pulak.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 6-1-2011 05:05 PM | Show all posts
Reply 128# berrygurl


   

mmm….saya tak pikir dia ni orang alim….takde ciri2 orang alimpun…..

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-1-2011 05:07 PM | Show all posts
roh ada dua
jasad dikongsi
ying yang
satu malam
satu siang
mr_evergreen Post at 6-1-2011 10:16



   

Mr. Evergreen,


Boleh tolong elaborate statement awak ni tak…..? 2 roh kongsi satu jasad......Macam pelik jer bunyi dia…..manarik jugak nih


Tapi dalam bod MPS ni takde apa yang pelikkan…..?

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-1-2011 05:10 PM | Show all posts
Post Last Edit by Fieza-mira at 6-1-2011 17:13
soklan pada TT.. sowee bru nk tanya.. naper TT tk gie knduri arwah mak TT, kan dekat jer umah TT dgn umah kakak tuh..  naper dok umah tgk tv instead of pegi knduri and aminkan baca doa ke apa yg patut.. huhuh..
lynbeezkut Post at 6-1-2011 13:47



   

Soalan yang bagus tu….Tengah pikir apa excuse nak bagi ni….??


Aaa…ok, masa tu saya tengah ‘period’ tu yang escape kenduri tu….lagi pun malam2 sebelumnya saya dah pergi, penat melayan orang masa kenduri, jadi malam tu escapelah….penatlah…hehehehe

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-1-2011 05:12 PM | Show all posts
Reply 134# hantukiller


   

Tulah….saya pun tertanya2 juga ayat Quran mana yang saya dahpesongkan nih??

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-6-2024 07:39 AM GMT+8 , Processed in 0.101218 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list