|
daiman posted on 26-8-2012 04:39 PM ![](static/image/common/back.gif)
celah mana yg ensem nya mamat ni..??
ntahnya.saje je nak mengundang laharan org...
|
|
|
|
|
|
|
|
nurulcomfykid posted on 25-8-2012 12:54 AM ![](static/image/common/back.gif)
Adakah ini ropanya retis lelaki berhijrah?
Nurul.....lama menyepi?
Selamat hari raya........![](static/image/smiley/default/handshake.gif)
|
|
|
|
|
|
|
|
semoga jd lebih baik jah ![](static/image/smiley/default/pompom.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
nie fesyen apa plak nie... terang skit, aku kurang paham. |
|
|
|
|
|
|
|
Iqram Lupakan Dunia Glamor
![](http://i.imgur.com/bGYFu.jpg)
Iqram Lupakan Dunia Glamor - PERNAH suatu ketika, melihat wanita yang tidak menutup aurat pun boleh mendatangkan rasa berdosa buat dirinya. Perasaan yang tiba-tiba melintas itu membuatkan dirinya berasa tidak selesa.
Tidak sekadar didatangi perasaan pelik yang langsung tidak pernah dibayangkan olehnya, pelakon yang popular dengan imej metroseksual itu bagaimanapun mengakui:
“Rasanya imej saya sekarang tidak mendatangkan masalah. Asalkan bersih, kemas dan menutup aurat. Masa mula-mula didatangi perasaan mahu berhijrah dahulu, saya lagi teruk”.
“Saya pernah rasa nak muntah bila pakai minyak wangi, tolak ajakan ke acara hiburan. Tengok perempuan tak tutup aurat pun rasa berdosa. Benda-benda begitu juga buat saya jadi takut dan paranoid jika memikirkan saya masih belum belajar untuk kembali kepada fitrah,” jelas Iqram Dinzly saat merungkaikan situasi emosinya yang sedang dalam fasa perubahan sejak Ramadan lalu.
Ramadan lalu juga, Iqram pernah menyertai komuniti Fitrah yang ditubuhkan oleh beberapa orang artis lain yang mempunyai misi untuk belajar dan mendalami ilmu agama dengan lebih luas.
Jelas Iqram juga, selama beberapa bulan ini, dia menolak semua tawaran berlakon kecuali membuat penampilan istimewa dalam drama episod, Julia yang kini ditayangkan di TV3.
“Sekarang saya cuma terlibat dengan Jalan-Jalan Cari Makan. Saya terlibat dalam Julia pun hanya untuk dua hari penggambaran sahaja di Korea. Selebihnya saya hanya tolong-tolong bahagian penerbitan.
“Lepas pulang dari Korea, barulah saya dapat rasa semula Iqram Dinzly yang dahulu, tapi masih keliru dan masih banyak benda yang saya perlu belajar. Pernah sewaktu bulan puasa lalu saya berhasrat untuk berhenti daripada bidang lakonan,” katanya.
Secara sedar, Iqram menyifatkan peralihan kerohanian yang sedang berlaku terhadap dirinya seiring dengan peningkatan usia.
“Setiap orang ada zaman hitam, zaman nakal dan buat semua perkara ikut perasaan dan hanya memikirkan keseronokan. Saya pernah lalui fasa itu tapi sekarang, walaupun saya cuba untuk berhibur dengan cara pergi ke kelab malam, saya sudah tiada perasaan. Akhirnya baik lepak di luar kelab sahaja,” jelas Iqram yang masih mencari jawapan menterjemah kitaran hidupnya ketika ini.
Di sebalik hilang keterujaan untuk bersama rakan-rakan seperti dahulu, Iqram bersyukur kerana nikmat duniawi sebegitu yang ditarik oleh Allah SWT, itu nikmat yang tidak sepatutnya ada dalam diri saya pun. Saya juga tidak kesal kerana semua itu pasti satu pengalaman berguna buat saya.”
Tambah Iqram: “Saya tidak mahu bercakap banyak, takut orang salah anggap. Rasanya, apa sahaja yang akan berlaku kepada saya, semuanya akan berperingkat-peringkat. Saya juga terfikir soal jodoh dan serah hal itu kepada ibu bapa saya. Biar mereka cari jodoh yang sesuai untuk saya.”
Bercerita panjang soal gaya hidup yang semakin tenang ketika ini, Iqram baru sahaja dilantik sebagai ikon pelancongan Korea Winter Ski & Menjejak Lokasi-Lokasi Hebat Drama Korea anjuran Safirgotravel.com, Selasa lalu.
Pengarah Jualan dan Pemasaran Safirgotravel.com, Muhamad Abd. Latif menjelaskan, pemilihan Iqram sebagai ikon pakej dibuat berdasarkan keselesaan bekerjasama dan sikap peramah Iqram sendiri.
“Ini adalah kali kedua Iqram dipilih untuk mengikuti pakej pelancongan kami. Tahun lepas, Iqram jadi duta pakej kami ke Turki.
“Kami berpuas hati dengan sikapnya yang peramah dan rajin melayan kerenah delegasi yang lain. Dia bukan jenis sombong atau buat hal sendiri. Jadi, kami fikir kenapa tidak dia diberi peluang sekali lagi,” kata Muhamad berharap penampilan Iqram yang menambah nilai pakej yang bernilai RM4,299 hingga RM4,968 untuk seorang itu.
Mengulas pelantikan itu, Iqram sendiri berasa agak terkejut bagaimanapun gembira kerana masih diberi kepercayaan pihak agensi pelancongan terbabit.
“Saya pun baru sahaja diberitahu tentang perkara ini. Sebenarnya ia agak mengujakan sebab ia bakal jadi percutian pertama saya lokasi bersalji. Saya ke Korea untuk Julia pun sewaktu musim panas. Apa yang boleh saya lakukan ialah mengajak dan mempromosikan pakej itu seluas-luasnya menerusi Twitter dan Facebook kepada peminat saya,” beritahu Iqram berhubung percutian ke lebih 15 lokasi hebat di Korea Selatan menjelang 5 hingga 10 Disember nanti.
Antara lokasi yang bakal dilawati dalam pakej terhad untuk 60 orang itu termasuklah Incheon, Pulau Nami, Petite France dan Sungai Han, Ski Resort, Menara Seoul dan Muzium Teddy Bear. – Kosmo
|
|
|
|
|
|
|
|
tgh tgk iqram kat tv9 sekarang...
laen nye dia sekarang..
pertuturan yg berilmu... ![](static/image/smiley/default/smile.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Rasa cam sejuk je mata dan jiwo ku.taktala melihat retis lelaki behijrah bebanding retis pompuang...huhuhu |
|
|
|
|
|
|
|
md_nana posted on 25-11-2012 09:49 AM ![](static/image/common/back.gif)
tgh tgk iqram kat tv9 sekarang...
laen nye dia sekarang..
beb, ko tengok nasi lemak kopi O eh? Dia ada idea untuk bercakap kan..baguslah....cuma aku tak gemar betul nengok rambut dia walaupun dia cakap telah berhabis rm1000 sebulan untuk rambut sahaja...hasilnya nan hado jahhhh...
psssttt pengacara NLKO ni nape macam kartun? fizo kayu + kurang idea...luq tu okla tapi bila orang bergurau dia macam blur2 tah pape...AG je yang ok...
|
|
|
|
|
|
|
|
owh...dah berhijrah ke?
alhamduliallah...mudah2an kekal |
|
|
|
|
|
|
|
Iqram ni berlakon bknnya tak ok..tapi tetap watak pembantu je. tk cukup kuat utk jadi hero. apepun, perubahan yg baik diredhai Allah..ada hikmahnya.![](static/image/smiley/default/67.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
suka dia jawab soklan wartawan progpaganza... "x pelikkah penampilan dia sejak mendekati agama?" (lebih kurang giteww) lalu ID jawab " org yg x mendekati agamalah sebenarnya pelik apantah lg dgn usia makin meningkat" |
|
|
|
|
|
|
|
Alhamdulillah
kebanyakan yg dapat hidayah semua artis muda2... |
|
|
|
|
|
|
|
hyie posted on 25-11-2012 12:59 PM ![](static/image/common/back.gif)
beb, ko tengok nasi lemak kopi O eh? Dia ada idea untuk bercakap kan..baguslah....cuma aku tak gem ...
nape wei ngan rambot dia? aku tatau plak...
pengacara nasik lemak kopi o sume nye ntah ape2...aku rase aziz desa jek kot yg betol2 ok ![](static/image/smiley/default/smile.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
md_nana posted on 25-11-2012 10:27 PM ![](static/image/common/back.gif)
nape wei ngan rambot dia? aku tatau plak...
pengacara NLKO si Fizo Omar ngan Lukman tu kalau tanya soklan ntah apa2..mcm x study atau wat research sket... ada sekali dia tanya jemputan penah x jumpa org yg jakun2 dgn rombongan Cik Kiah... Jakon tu kan salah satu kaum org Asli....iskkk pastu kelaut tade idea 2 org tu....LOST |
|
|
|
|
|
|
| |
|