CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: syrzreen

[Penerbit] ** BUKU PRIMA **

[Copy link]
Post time 24-10-2012 10:21 PM | Show all posts
chit_ana posted on 13-10-2012 09:32 PM
Novel Terbaru Buku Prima

Tajuk: Dia Bukan Suamiku

siapa dah baca buku ni? sinopsis macam ok, apa komen?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-10-2012 06:34 PM | Show all posts


Nantikan novel terbaru SAYAP PESONA RATU karya novelis Amanda Aniqah selepas BETULKAH? pada Disember 2012 akan datang! Tungguuuu......

Tajuk: Sayap Pesona Ratu
Penulis : Amanda Aniqah
Harga: RM 22.90
ISBN : 978-967-0342-82-5
Halaman: ~576
Terbitan: Buku Prima

Sinopsis:
Ini bukan versi kisah Raja Sulaiman-Ratu Balqis. Ini hanya coretan insan biasa yang tak punya apa-apa.
Edisi Sulaiman Yunus-Balqis Salam yang dipertemukan dalam satu bilik dan di bawah bumbung yang sama. Ibu suruh kahwin. Ayah nak dia tamatkan zaman bujang. Si ratu bukannya tidak suka perkahwinan. Tapi dia tidak suka dengan pasangan yang dipasangkan untuknya yang dikenali sejak zaman purba lagi. Nak cari calon, tak ada lagi kenalannya yang sudi pinang. Terpaksalah terima sebuah perkahwinan walau tak rela. Bertahun terpisah, bertemu semula dalam sebuah perkahwinan. Sebenarnya, semua orang tidak tahu tentang sejarah antara dia dan si pemilik tulang rusuknya itu. Si dia pula tersenyum dengan cadangan superb emak! Si penakluk hati menjadi miliknya. Tidak sabar untuk menebarkan sayap mendakap sang ratu. Walau lelah menunggu agar pintu hati itu terbuka, namun dia tetap bersabar kerana baginya si dia memang dipasangkan untuknya! Sampai bilakah? Adakah sampai terputusnya nyawa dari badan?
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2012 06:34 PM | Show all posts


Tajuk: Mak Datin Isteri Cikgu
Penulis: Dannie Sofea
Harga: RM 19.90
ISBN: 978-967-0342-92-4
~496 hlm
Bahasa Melayu
Tarikh Terbit: 8 Nov 2012
Terbitan: Buku Prima

Sinopsis
Ayra, seorang gadis yang ceria mula berubah sikap dengan kehadiran SMS daripada seseorang yang tidak dikenali. SMS yang diterimanya itu jelas menunjukkan bahawa si pengirim itu mengetahui kisah silamnya yang cuba dilenyapkan dari kotak ingatan. Dia bukan pembunuh! Itu hanyalah satu kemalangan! Dia tidak akan membiarkan lelaki itu berlumuran darah dan menanggung kesakitan jika lelaki itu tidak melayannya bak seorang tawanan. Segalanya sudah terlambat. Jalan penyelesaiannya ialah dengan melarikan diri dan cuba membina hidup baru di perantauan. Kehadiran seorang lelaki seiras wajah insan yang paling dibencinya suatu ketika dulu mengeruhkan lagi keadaan. Sudikah Ayra menerima Shahin Adiy kembali setelah segala kekusutan dileraikan? Sanggupkah dia melukakan hati Nadira, teman yang telah banyak membantunya?
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2012 12:39 AM | Show all posts
chit_ana posted on 25-10-2012 06:34 PM
Nantikan novel terbaru SAYAP PESONA RATU karya novelis Amanda Aniqah selepas BETULKAH? pada Dise ...

adakah karya ni kisah sulaiman dgn balqis kt forum.
kalau betul, memang akan cari nanti
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2012 04:37 PM | Show all posts


Tajuk: I LOVE U CIKGU
Penulis: Imanisa Riana
Harga: RM25.90
Terbitan: Buku Prima

Sinopsis: Kehadiran Sara Raihana, seorang guru baru di sebuah sekolah menarik minat Chan Chee Hong alias Muhamad Nur Iman untuk mendekati dan menawan hatinya. Kejadian malang yang menimpa Sara Raihana menambah rasa simpati dan kasih Iman terhadapnya. Pelbagai usaha dilakukan untuk memikat Sara Raihana. Bagi Sara Raihana, Iman hanyalah pelajar dan adik angkatnya sahaja. Cintanya telah berkubur bersama-sama jasad orang tersayang. Fitnah yang melanda hubungan mereka membuatkan Sara Raihana malu dan mulai menjauhkan diri daripada Iman. Iman terpaksa menyimpan hasratnya untuk memiliki gadis idaman sehinggalah dia telah berjaya bekerja. Kehadiran Farid telah membuka satu dimensi baru dalam hidup Sara Raihana. Adakah Sara Raihana akan menerima pinangan Farid dan melukakan hati Iman? Adakah Iman berjaya memiliki gadis idaman hatinya? Berbaloikah sebuah penantian?
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2012 04:37 PM | Show all posts


Tajuk: HELO BAHAYA!
Penulis: EMIR ADAM
Harga: RM 15.00
ISBN: 978-967-0342-90-0
~260 hlm
Bahasa Melayu
Tarikh Terbit: 15 Dis 2012
Terbitan: Buku Prima

Sinopsis
Danial, Nurul Hazwani, Rajesh dan Ah Guan menaiki bot dari Pengkalan Batu menuju ke Lubuk Neraka. Tujuan mereka hanyalah untuk memancing udang. Muzafar pula terpaksa membantu Tok Man menoreh getah.

“Apa bahaya? Helo! helo! Helo…” Rajesh cuba mengulang suaranya, “Terputus,” dia memandang Danial.

Semua menjadi cemas. Siapa sangka akhirnya, Nurul Hazwani terpisah. Danial, Ah Guan dan Rajesh ditawan penjahat.

“Budak-budak ni aku dah beri mereka ubat tidur dalam minuman dan makanan mereka. Paling kurang 8 jam barulah mereka sedar. Semua sudah dimasukkan dalam keranda tu. Sempatlah untuk bawa ke seberang dan jual mereka,” kata Jack.

“Hah, abang Danial, Rajesh dan Ah Guan dalam keranda? Apakah mereka sudah mati? Macam mana ni? Macam mana nak selamatkan diri?” bisik Nurul Hazwani yang mengintai dari luar pondok.

Apakah yang berlaku seterusnya? Ketahui kisah lima sekawan iaitu Danial, Nurul Hazwani, Rajesh dan Muzafar menghadapi peristiwa penuh dramatik sewaktu cuti sekolah.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-12-2012 06:09 PM | Show all posts


OPS! ZULAIKHA... ini dia novel akan datang dari penulis HASRUDI JAWAWI. Pasti ramai tertunggu-tunggu novel baru penulis 'Cucur Bawang & Kopi O' ni kan... Tentang apa ya.. cerita ni?

OPS! ZULAIKHA...
RM27.90
752 muka surat

ZULAIKHA akhirnya terperangkap di antara kerjaya dan cinta. Dalam satu kes besar melibatkan dadah yang perlu disiasat, Zulaikha terjebak dalam cinta dua orang lelaki. Kedua-duanya merupakan suspek utama. Sebagai seorang anggota polis yang berpangkat inspektor, dia perlu mengasingkan hal peribadi dan kerja. Tapi soal hati sukar diduga. Hatinya sudah terpaut pada salah seorang suspeknya sendiri. Jadi, siapa pilihan Zulaikha? Sama ada Darwish ataupun Qadir? Di antara keduanya, siapa suspek sebenar kes yang disiasat? Atau dia menolak kedua-duanya dan memilih Kamal, rakan setugasnya yang telah menaruh hati kepadanya sejak sekian lama.
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2012 04:34 PM | Show all posts


Chocolate mouse vs cheese cake
Syahirah Ibrahim


RM 19.90
ISBN: 978-967-0342-98-6
~512 hlm
Bahasa Melayu
Tarikh Terbit: 21 Dis 2012


Sinopsis

Rasa cinta Amnani pada Hakimi yang sudah lama terpendam akhirnya terbalas setelah Hakimi melamarnya. Namun semua itu hanya mimpi bila Hakimi sebenarnya berniat untuk mengkhianatinya sehingga dia terpaksa hidup merempat. Kehadiran Zhafri, lelaki yang pernah dijumpainya sebelum ini datang menghulurkan bantuan tapi dengan syarat; dia harus mengahwini lelaki itu. Apakan daya, dia tak mampu menolak biarpun dia benci pada lelaki itu. Huluran Zhafri disambut tanpa dia sedari yang lelaki itu sebenarnya mempunyai agenda tersendiri. Ketenangan hidupnya diganggu Hakimi bila lelaki itu datang semula menghulurkan kemaafan dan menagih kasih padanya. Hatinya berbelah bagi hendak memilih satu antara dua. Antara cinta pertama atau kewajipannya sebagai seorang isteri. Antara Chocolate Mousse atau Cheese Cake. Mana satukah pilihannya?

Amnani terngadah. Dia terkebil-kebil memandang ke arah Zhafri. Lorr… aku dah salah faham ke? Aisey! Macam mana boleh tersilap ni! Wait a minute! Isteri? Siapa isteri kau? No way! Tak ingin aku nak jadi isteri kau laa! ~ Amnani

Lagi abang suka sebab isteri abang sendiri sanggup pinangkan wanita lain untuk abang. Tak payahlah susah-susah nak suruh orang lain. Bertuah abang dapat isteri sporting macam Nani ni. Isteri solehahlah katakan. ~ Zhafri

“Niat abang baik. Abang nak jaga Nani seumur hidup abang. Lagipun, abang rasa Nanilah yang terbaik buat abang.” - Hakimi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-1-2013 01:38 AM | Show all posts


Tajuk: Dia Hero Hatiku
Penulis: Eina Afrina
ISBN: 978-967-0535-04-3
Harga: RM22.90
Halaman: 602
Terbitan: Buku Prima
Sinopsis: Lutfi Badriz yang selalu on off dalam hidup Zoey betul-betul buat Zoey berada di zon confuse. Pemuda yang cukup pakej itu ramai pula peminatnya. Runsingnya Zoey bila jantungnya asyik berdebar setiap kali bertemu Lutfi. Mampukah lelaki seperti Lutfi setia pada yang satu? Macam tak percaya saja!

Zed pula best friend Zoey sejak kecil. Mereka ada keserasian walaupun macam anjing dengan kucing. Zed bukan mat cintan-cintun dan kewujudannya bagaikan tidak penting. Sayangnya, Zed selalu lambat dalam segala hal termasuklah soal cinta. Pertunangan Zoey dan Lutfi sudah dimeterai maka ia harus ditepati. Antara kemahuan Zed dan kecurangan Lutfi, Zoey tersepit dalam konflik diri.

“Kau orang berdua ni memang elok sangat berkawan baik. Dua-dua penganggur terhormat. Sekejap bergaduh, sekejap berbaik, lepas tu bergaduh lagi. Perangai macam budak-budak sekolah tadika. Apa kata kalau mak kahwinkan aje kau dengan Zed tu? Habis cerita.” - Mak Zarah

“Kau lain, Lutfi lain. Walaupun aku cintakan Lutfi tapi aku tak pernah rasa happy seperti aku bersama kau. Aku rasa lebih terbuka bila bersama kau berbanding Lutfi. Banyak yang aku kongsi dengan kau, tapi tidak dengan Lutfi.” - Zoey

“Zoey, aku kecewa dengan kau. Betul-betul kecewa. Perkara penting macam tu kau tak beritahu aku. Selama ni aku tak pernah sembunyikan apa-apa dari kau. Semua aku cerita pada kau. Sampai aci cuci toilet kat tempat kerja aku pun, aku cerita kat kau. Tapi kau senyap-senyap couple dengan Lutfi dan aku langsung tak tahu apa-apa.” - Zed
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2013 01:38 AM | Show all posts


Novel BUKU PRIMA Feb 2013

Tajuk: Cinta Sambal Belacan
Penulis: Junie Octovian
ISBN: 978-967-0342-95-5
Harga: RM22.90
Halaman: 560
Terbitan: Buku Prima
Sinopsis:
Pelbagai taktik yang dilakukan Tengku Azri untuk membuli Lily Athira yang telah diambil Puan Adila menjadi anak angkat apabila ibunya, Mak Esah meninggal dunia akibat darah tinggi. Bagi menguji kepandaian dan kecekapan gadis itu, Tengku Azri sanggup merujuk majalah resipi dan meminta gadis itu memasak menu pilihannya termasuklah membuat segala bagai jenis sambal belacan walaupun dia sendiri tidak pandai memakannya.

Puan Adila yang sudah jatuh hati dengan gadis lepasan SPM itu berkeras mahukan gadis itu sebagai menantu. Tengku Azri yang memang tidak pernah melawan cakap mamanya menerima sahaja walaupun di sebalik itu ada perjanjian. Namun, akhirnya perjanjian yang dibuat itu memakan diri. Lily Athira kini telah dibebaskan, walaupun patah sayapnya namun dia mampu terbang tinggi. Dapatkah Tengku Azri memikatnya kembali?
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2013 10:46 PM | Show all posts


Sekolah Banyak Penunggu ~ Nurul Syahida
Harga: RM 15.00
ISBN: 978-967-0342-97-9
~232 hlm
Bahasa Melayu
Tarikh Terbit: 1 Feb 2013


Sinopsis

Shikin, Dinie dan Dot merupakan tiga pelajar tingkatan satu yang ditempatkan sebagai ahli-ahli baru bilik asrama 32, yang diketuai Kak Salna. Kak Umie dan Kak Nad pula merupakan dua orang pelajar senior tingkatan tiga yang nakal dan hanya mahu mengusik pelajar baru dengan kisah seram di asrama mereka. Namun Kak Umie dan Kak Nad tidak tahu, mereka bakal mengalami kisah seram mereka sendiri. Adakah cerita itu berakhir di situ sahaja? Rahsianya dalam Sekolah Banyak Penunggu!

“Orang kata dulu ada seorang budak yang suka panjat tangga sambil mengira. Tapi satu hari tu, dia tergelincir dan jatuh dari tangga. Tak ada siapa sempat selamatkan dia. Jadi sejak dari tu, orang asyik dengar suara budak mengira anak tangga.”- Deq Nor.

“Bangunlah kau orang. Tolonglah bangun. Aku takut.”- Hanis
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2013 10:46 PM | Show all posts


Aduhai, Mat Skema ~ Levis Delisya
RM 19.90
ISBN: 978-967-0342-99-3
~512 hlm
Bahasa Melayu
Tarikh Terbit: 12 Feb 2013


Sinopsis

Fariz ibarat buku teks bergerak yang sentiasa mendukung peraturan. Nur Hanna pula si samseng sekolah yang sukakan cabaran. Dalam kalangan teman, mereka disanjung dan dijadikan ikutan. Namun antara mereka terjalin permusuhan. Seorang digelar Mamat Skema, seorang lagi Miss Troublemaker. Mereka terus bercakaran dan bersabung pendapat. Akhirnya masing-masing membawa haluan yang berbeza arah tujunya. Fariz, si penegak keadilan menjadi polis. Nur Hanna, si perusuh peraturan pula menjadi novelis. Segalanya bermula tatkala Nur Hanna menyaksikan satu pembunuhan. Kebetulan Fariz pula yang ditugaskan untuk memberi perlindungan. Dapatkah mereka tamatkan persengketaan atau akan bermulakah sebuah kisah percintaan? Salam perkenalan yang dihulurkan lelaki kacak dan kaya, Aizat Inderawan pula telah membuatkan Nur Hanna semakin keliru kerana baru sahaja mengenali lelaki itu.Akhirnya, Nur Hanna memberikan syarat sesiapa yang terlebih dahulu melamar dengan memberikan cincin kepadanya akan dipilih sebagai kekasih hatinya.Antara Mamat Skema dan Aizat Inderawan, siapakah yang berjaya menjadi pilihan Nur Hanna?

“Awak kata awak cintakan saya. Tapi awak tak pernah cuba buat saya berhenti risaukan awak walaupun sesaat. Awak kata awak cinta pada saya, tapi tak sampai 24 jam awak cakap macam tu, awak dah keluar dengan lelaki tak guna tu. Beritahu saya macam mana saya nak yakin pada awak, Ana!” ~ Fariz

“Saya tahu yang cinta itu boleh buat saya masuk ke dalam dunia awak yang penuh pagar dan tembok penjara. Tapi cinta juga buat saya rasa bebas dan luas di dalamnya asalkan awak ada bersama-sama saya.” ~ Nur Hanna
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2013 10:47 PM | Show all posts


Pengantin Ekspres ~ Pitteriah Abdullah
RM 19.90
ISBN: 978-967-0535-07-4
~528 hlm
Bahasa Melayu
Tarikh Terbit: 11 Feb 2013


Sinopsis

Dia sebenarnya mahu berubah, tetapi mesti ada pendamping setia yang sabar menemaninya, iaitu seorang perempuan bergelar isteri. Itulah azam lelaki yang bernama Rayyan. Latar belakang keluarga yang tidak langsung mempedulikan hal-hal agama membuatkan dia menjadi anak yang liar dan suka berpeleseran tetapi dalam hati, dia sebenarnya mahu kembali ke pangkal jalan. Lalu dia mencari calon isteri yang berpendidikan agama yang boleh membimbingnya untuk mengenali ALLAH.Aleeya bukan calang-calang orang, seorang yang teliti dan pemilih dalam hal-hal bakal suami. Apabila berjumpa dengan Rayyan, daripada perasaan benci sudah bertukar menjadi sayang. Apa salahnya dia beralah atas dasar cinta dan kasih sayang. Walaupun digelar pengantin ekspres dan dituduh sudah terlanjur, Aleeya tidak peduli lagi kerana dia sudah nekad.Namun bukan senang untuk Rayyan berubah apatah lagi mamanya, Puan Sarah tidak merestui perkahwinannya. Dia mahu isteri Rayyan hidup sosial dan bebas seperti kehidupan mereka sekeluarga. Bagaimana Rayyan menghadapi mamanya yang garang itu? Kenapa Aleeya tetap bersabar dengan perangai suaminya yang punya ego setinggi Gunung Himalaya itu?

Aku kenal dia pun tak, dia lagilah tak kenal aku, tiba-tiba aje ajak aku kahwin. Mentang-mentanglah aku baru putus tunang dan tak jadi kahwin, dia ingat aku ni apa? - Aleeya

Bertuah kahwin dengan anak pak alim ni. Marah pun suara lembut aje. Tak berani nak tinggikan suara dengan suami sebab berdosa. Kalau perempuan lain, mesti dah jadi singa sebab melihat suami berkepit dengan perempuan lain. He...he...he... - Rayyan
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2013 07:48 PM | Show all posts
owhhhh macam best jah novel Pitteriah Abdullah nih... tak penah baca novel2 dia sebelum nih...
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2013 11:16 PM | Show all posts
baca sinopsis kat atas macam banyak yang menarik..........
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2013 11:02 AM | Show all posts
Novel keluaran Buku Prima tak mengecewakan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-2-2013 04:27 PM | Show all posts
chit_ana posted on 25-10-2012 06:34 PM
Tajuk: Mak Datin Isteri Cikgu
Penulis: Dannie Sofea
Harga: RM 19.90

best novel ni
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2013 06:12 PM | Show all posts
karya dari BP ni mmg banyak kat library kulim... tapi ksall belum pernah try sebab tak tahu nak try citer apa dari penulis mana.... thats why ksall masuk sini.. nampaknya banyak juga yg tak mnegecewakan mengikut forumers.. ksall akan try
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2013 11:04 PM | Show all posts


Pudina Cinta
A. Darwisy


RM 22.90
ISBN: 978-967-0535-06-7
~592 hlm
Bahasa Melayu
Tarikh Terbit: 1 Mac 2013

Sinopsis

Rabunah, heroin cerita ini. Eh! Eh! Jangan pandang rendah dengan namanya biarpun tak komersial mana. Dia ini bakal doktor gigi dan kemaruk pula dengan ubat gigi perasa pudina. Aneh-aneh saja bukan? Hendak kata lawa, boleh tahanlah juga. Kalau tidak, mana mungkin empunya diri boleh menambat hati putera idaman yang menjadi rebutan. Tapi... dia berpegang pada satu prinsip. Tak mahu couple sebelum ada ikatan yang sah. Habis, menikah teruslah jawabnya? Nama pun cinta, perasaan halus itu tetap menjalar dalam diri tetapi tidaklah dia layankan sangat. Apatah lagi dia terpaksa menghadap Natasha Giselle, perempuan berlagak diva keturunan Genghis Khan, yang turut menaruh perasaan terhadap lelaki yang serupa. Sakit jiwa hendak melayan! Nasib baiklah dia punya kawan-kawan sekepala, iaitu Wawa, Alin dan Azlie yang sengal-sengal ubi otak mereka. Sentiasa ada bersamanya saat gembira mahupun duka. Kawan-kawan yang punya cerita dan masalah mereka sendiri. Dunia persahabatan yang indah tetapi mungkinkah dunia percintaan untuk dirinya lebih indah daripada itu?

“You don’t love a woman because she is beautiful, she is beautiful because you love her. And I really really love you. Awak nak tengok saya buat kerja gila?” – Ally

“Saya tidak ada apa-apa yang istimewa. Awak sebenarnya boleh pilih yang lebih baik, lebih cantik dari saya...” - Rabunah

“Aku simbah asid dekat muka perempuan tu! Kau sendiri tahu bukan, aku boleh buat lebih kejam dari itu!” – Natasha Giselle
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2013 11:04 PM | Show all posts


Akan datang April 2013 ini..

3 Hati
liza nur, nurul syahida, zara amani


RM 27.90
ISBN: 9789670535128
~752 hlm
Bahasa Melayu
Tarikh Terbit: 6 Mac 2013

Sinopsis

Ceritera Lea bermula dengan tragis. Dia yang sepatutnya dinikahkan di rumahnya terpaksa menanggung aib apabila pengantin lelaki yang sudah bergelar kekasihnya selama lebih 7 tahun, Imran tidak menunjukkan muka. Lea sedar cinta tanpa lafaz akad nikah hanyalah satu destinasi yang tidak ada kepastian. Dia mahu cinta berhenti setakat itu. Jangan ada cinta yang menjengah lagi. Noah hadir bersama seribu satu misteri, cuba melembutkan hati yang kononnya sudah menjadi sekeras kerikil. Sayang, ada dusta disebalik ungkapan rasa. Mampukah Lea mencari jalan keluar dari puzzle cinta itu?
Buat Wulan pula, dia tidak inginkan yang lain selain mengikuti sistem dan aturan yang telah dia tetapkan dalam hidup secara auto-pilot; bekerja dengan aman, menjaga si ibu yang sudah lama bersendirian dan menghabiskan waktunya dengan perkara-perkara yang mungkin tidak menarik bagi orang lain, tetapi cukup memuaskan hidupnya. Apabila Neal, si peguam yang menggelar dirinya ‘relationship freelancer’ muncul dan begitu bijak menarik perhatiannya, semua aturan yang diciptanya menjadi huru-hara. Buat pertama kalinya Wulan jatuh cinta dan untuk pertama kalinya juga dia dikecewakan dengan hebat. Namun Wulan bukan gadis biasa yang akan menangis air mata darah kerana putus cinta dan kerana itulah dia mencari Henry untuk membantunya. Tapi membantunya dari segi apa?
Nini juga tidak lari daripada masalah peribadi yang membelenggu dirinya sekian lama. Saban hari meniti waktu dengan hati yang tidak rela, membuatkan jiwanya memberontak. Bicara yang tidak pernah terluah, akhirnya terlepas dan menjadikan dia seorang insan yang lebih redha dan kuat. Dalam melayari kehidupan sesudah berputus kasih, dia memberanikan diri untuk mencuba sekali lagi dalam percintaan. Atas sokongan dan dorongan rakan-rakan, Nini menggagahkan diri menjadi yang terindah di mata Achik, pemuda yang terlalu sempurna untuknya. Dugaan demi dugaan, tekaan demi tekaan, hatinya yang rapuh tidak mampu meneruskan lagi percubaan gila dalam menjadikan Achik miliknya. Redha dan sabar, gadis itu memberanikan diri. Antara malu dan benar, mampukah dia mendahului medan itu?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-6-2024 07:10 PM GMT+8 , Processed in 0.065144 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list