Meskipun akan berhadapan dengan pelbagai kemungkinan dan risiko, namun Angkasawan Negara, Dato' Dr. Sheikh Muszafar Shukor tetap mengambil peluang menjejakkan kaki ke Baitulmaqdis untuk membawa keluarganya termasuk anak kecilnya yang kini baru berusia sebulan ke sana.
Peluang keemasan itu diterima daripada Gotz Travel & Tour Sdn Bhd dengan kerjasama Angkasawan Communication menerusi pakej eksklusif, Jejak Sejarah Islam di Baitulmaqdis bersama Dato' Dr. Sheikh Muszafar Shukor yang dijadualkan bertolak pada 29 April ini.
"Alhamdulilah ini pertama kali buat saya untuk menjejakan kaki ke sana. Jadi bila peluang ini diberikan ia sangat menerujakan.
"Malah, saya tidak melepaskan peluang ini untuk membawa isteri dan dua orang anak saya walaupun anak saya yang kedua ini masih kecil.
"Saya tahu adalah risiko untuk membawa bayi kecil yang baru 2 bulan ke sana tetapi InsyaAllah saya harap semuanya selamat dan baik sahaja," katanya kepada murai.com.my ketika pelancaran Jejak Sejarah Islam di Baitulmaqdis bersama Dato' Dr. Sheikh Muszafar Shukor, petang semalam.
Sheikh Muszaphar yang mengahwini Dr. Halina Mohd Yusof baru sahaja dikurniakan anak kedua bernama Sophea Natasha Sheikh Muszaphar pada 19 Januari lalu selepas menimang cahaya mata pertama Sophea Isabella, 2.
Dalam pada itu, pakej eksklusif melawat serta beramal ibadah itu turut akan bersama 32 orang yang terawal mendaftar. Pakej 10 hari 11 malam itu bernilai RM7230 untuk dewasa dan RM6730 untuk kanak-kanak.
Program Jejak Sejarah Islam di Baitulmaqdis bersama Dato' Dr. Sheikh Muszafar Shukor itu adalah pakej termasuk penerbangan Royal Jordan Airlines, penginapan, tour-guide serta pakej makan dan minum.
Disamping itu, berpeluang ,melawat tempat-tempat menarik sekitar Amman, Jordan dan kemuncaknya ke Baitulmaqdis dan berpeluang melalukan amal ibdah di Masjidil Al-Aqsa.
Menurut Sheikh Muszaphar, pakej ini sangat menarik dan eksklusif untuk para peminatnya selain orang luar yang ingin merasa kenikmatan berada di Baitulmaqdis.
"Bukan sahaja kepada peminat saya tetapi pakej ini terbuka kepada semua. Saya akan bersama-sama dalam lawatan ini untuk berkongsi maklumat bersama pemandu pelancong yang lebih pakar dan berpengalamn di sana. "Saya pasti ianya pengalaman dan kenangan yang manis untuk diingati dalam hidup," luahnya lagi.
Pakej Jejak Sejarah Islam di Baitulmaqdis bersama Dato' Dr. Sheikh Muszafar Shukor masih lagi dibuka kepada sesiapa yang berminat. Bagi keterangan lanjut mengenai pakej boleh menghubungi Matt di talian 03 77270585/012 3019935 atau Wany Idris di talian 017 305 2663 selain boleh menghantarkan emel kepada mygotz@yahoo.com.sg
|