CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: SulurBidar

Gossip Artis era 60-an hingga 70-an

[Copy link]
Post time 18-5-2013 04:03 PM | Show all posts
Apa yang den tahu, P.Ramlee memang kaki minum kopi................ Tapi ada gak citer yg tak berapa enak yg aku dengar pasal P.Ramlee yg diceritakan oleh teman aku yg pernah berkerja di Pustaka Peringatan P.Ramlee Setapak. Tapi eloklah org yg dah pergi kita ceritakan kebaikannya, lagi pun ianya hanya buah mulut org.. Jadi elok kita bersangka baik aje lah......
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-5-2013 04:04 PM | Show all posts
tapi dalam artikel ni..tak sebut dia bertunang ngan kokesen tu..
kat rencana yg aku tengok tu ade dia cite
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2013 04:36 PM | Show all posts
highcastle posted on 18-5-2013 04:03 PM
Apa yang den tahu, P.Ramlee memang kaki minum kopi................ Tapi ada gak citer yg tak be ...

benarkah p ramlee pernah berkahwin dengan seorang perempuan india?? ini aku tanya betul2 ni...
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2013 06:08 PM | Show all posts
1. hmmm...nak tulis je lah. wpun taoo si saloma gilerkan si pi romli, tapi si mariani nehh..amboi kemain laagi nak try, cucuk daun..sampai saloma merajuk..(yang terlibat dalam kes nehh semua dah meninggal - saloma, pi romli, ayah ahkak ogy, kecuali mariani jahh yang idup laie)



Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2013 06:11 PM | Show all posts
Gossip 3:
Umum tahu bhwa Uji Rashid dgn Hail Amir selalu berduet.. ada sesiapa tahu gossip depa berdua?

tau pasai gosip laki uji rashid masa nak tawen ngan uji, kasi sebijik pulau. last2 laki dia kena tangkap sudah..
tokey dadah katanya



Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2013 06:12 PM | Show all posts
ninanoni posted on 18-5-2013 04:02 PM
artikel ni menarik HERE

based on that article:

Saloma pernah berkata kepada ibunya yang dia akan berkahwin dengan P Ramlee satu hari nanti. Nyata impiannya itu sudah dimakbulkan Tuhan pada 1961 selepas beberapa tahun menyimpan perasaan.
Saya pernah duduk dengan P Ramlee dan ketika itu Saloma lalu, P Ramlee cakap tidak suka tengok Saloma. Saya sendiri tidak tahu hatinya ketika itu tetapi mulutnya mengatakan benci Saloma.

aku pcaya ssgt, saloma mmg cinta sgguh2 kt p.ramlee.. tp sian, napelah arwah ckp gitu psl saloma kat org lain.. mcm saloma tu jahat sgt.. aku tgok dlm seniman bujang lapok tu, cara die pggil "abg ramli, li" mmg btul2 real lah...

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-5-2013 06:13 PM | Show all posts
pakwetizzaqyah posted on 17-5-2013 11:55 PM
korang tau tak saloma tu pernah jadi bini tompel??? hahahahhaha

tau.
saloma ngan tompel, dapat sorang anak

si armali

satu keluarga neh pung dah arwah..

armali dah kawen..

dok tampin ke mana... so saloma nehh ada cucu laa
tak silap 2 orang ke barapa anak si armali tuh
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2013 06:14 PM | Show all posts
highcastle posted on 18-5-2013 04:03 PM
Apa yang den tahu, P.Ramlee memang kaki minum kopi................ Tapi ada gak citer yg tak be ...

kata kawan yang keje kat Saloma Bistro, si bapak sarah resudin tuh pung
kaki minum kopi gak dedulu...

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-5-2013 06:16 PM | Show all posts
tepisket.. posted on 18-5-2013 06:12 PM
based on that article:

sangat-sangat chinta occay..
dia bela pi romli sampai sudah
pi romli msa tu orang tak pandang dahh
gemuk, takde job..
p rtm pung, orang buat dak jah
saloma nyanyi
pi romli dok kat kantin tunggu..
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2013 06:21 PM | Show all posts
ni plak, aku btul2 nak tau..
mak nani ngn mummy marianai ni x ngam ke???

Kisah Saloma Disaat Akhir Kematiannya |

RAMAI tidak tahu hubungan seniwati Rosnani Jamil dan Allahyarham Puan Sri Saloma bukanlah sekadar teman biasa dalam perjuangan seni tetapi kawan yang sama-sama ketawa dan menangis.Bagi Rosnani, kematian Saloma pada 25 April 1983 satu kehilangan yang amat peribadi.


Mengimbas kembali kenangannya bersama Biduan Negara itu, Rosnani yang membahasakan dirinya `Mak' berkata: "Mak dengan dia (Saloma) memang best friend. Tapi, selain Mak dan Saloma, seniwati Latifah Omar dan seorang lagi yang bukan anak wayang, Rokiah juga menjadi sahabat kami.

"Pendek kata, kami berempat ini memang sentiasa bersama," kata Mak Nani.Pun begitu, hubungan baik Mak Nani dan Saloma sebenarnya bermula sebelumMak Nani menjadi bintang filem lagi. Saloma ketika itu juga belum menjadi penyanyi.

Ketika kecil, mereka berdua sering mengaji al-Quran bersama di Jalan Sultan, Singapura.
Mereka kemudian berpisah selepas Saloma terpaksa mengikut bapanya berpindah ke Pontian, Johor selepas ibu dan ayahnya bercerai. Ketika usia mereka belasan tahun, Mak Nani bertemu kembali dengan Saloma, sekembalinya dia ke Singapura.

"Masa itu, Saloma dah aktif ikut kugiran. Mak pun masa itu ikut kugiran juga. Kami sama-sama jadi penyanyi. Selepas itu, kami berpisah lagi.Ketika itu, Mak dah jadi bintang filem dan Saloma pula dah
jadi penyanyi kelab malam.

"Kemudian dengan kuasa Tuhan, Saloma berkahwin dengan A R Tompel. Dia dapat duduk di berek di Boon Teck Road seperti mana Mak. Kebetulan pula kami berjiran."Dari situ, hubungan kami terjalin kembali. Kami semakin rapat apabila Saloma melahirkan Armali. Ibu Mak yang jaga anaknya itu," katanya.
Ketika itu juga, Mak Nani, Saloma dan Latiah Omar sudah bersahabat baik.

Kemudian, bila mereka berpindah ke Kuala Lumpur, mereka bertiga bertemu pula Rokiah. Sehingga kematian P Ramlee dan sehinggalah Saloma sakit, Mak Nani tidak pernah jemu-jemu berada di sisi Saloma.
"Masa Saloma sakit, Mak dan Latifah yang menjaganya. Setiap hari, kami melihat keadaannya tenat. Sehari sebelum meninggal,

Mak datang ke hospital pada waktu pagi. Latifah pula datang waktu petang. Mak datang lagi pada
waktu malam untuk hantarkan nasi kepada anak Saloma, termasuk Linda, Rozie
dan Dian."Kemudian Mak balik ke rumah dan ketika menonton TV, Linda atau Sasha(anak Mariani yang dibesarkan Saloma) hubungi Mak. Dia minta Mak datang sebab doktor suruh panggil.


"Mak pergi ke sana. Mak bawa Arwah Ustaz Aziz dari Kampung Tunku atas permintaan Linda. Bila Mak sampai, anaknya  berada di situ. Mak terus pegang tangan Saloma.

Mak bisik pada telinganya dengan berkata: "Hello sayang... I lahh.... If you can hear me please squeeze my hand.

Saloma buat seperti apa yang mak kata. Mak kemudian bacakan Fatihah untuknya. Ustaz Aziz juga turut membaca sesuatu," kata Mak Nani.
"
Mak tengok perut dia. Mak letak kepala Mak di perutnya.. Perutnya `naik'. Tangannya
juga tak lepas pada tangan Mak. Tapi, bila perutnyaturun, ia terus tak naik-naik lagi... Mak tak mahu tengok muka dia (Saloma)...

"Bila Ustaz Aziz kata dia sudah tidak ada lagi, Mak pada mulanya tidak percaya.
Tapi, Mak akhirnya terpaksa terima hakikat pemergiannya.

Mak kemudian cium tangan Saloma dan kemudian beritahuLinda, Sazali, Armali dan Dian, yang Mama (panggilan untuk Saloma) sudah tidak ada," katanya masih dalam nada sebak.

Jelas Mak Nani lagi, dia terus mendapatkan doktor,
menghubungi anaknya, Anwardi Jamil (Didi) dan menyampaikan
berita dukacita itu kepada ibu Saloma.


Mak Nani tak bawa ustaz 0 0Google +0 0 0              Cetak


Oleh Hartati Hassan Basri
SELEPAS 28 tahun berlalu, kisah kematian Biduanita Negara, Puan Sri Saloma pada 25 April 1983 menjadi perbualan apabila wujud cerita berbeza mengenai insan yang berada di sisinya ketika menghembuskan nafas terakhir di Hospital Assunta, Petaling Jaya.
Seniwati Datuk Rosnani Jamil mendakwa Saloma meninggal di pangkuannya dan menyifatkan detik itu satu penghargaan besar buat dirinya sekali gus menginsafkan dirinya kerana bintang yang diagung-agungkan dan dipuja-puja, tetapi pada akhir hayatnya hanya ditemani dirinya dan seorang ustaz.


Kenyataan Rosnani atau mesra dipanggil Mak Nani disiarkan Harian Metro dalam ruangan Interaksi pada 6 April hingga kakak Saloma, Mariani Ismail, 75, tersinggung seolah-olah tiada ahli keluarga di sisinya ketika detik kematiannya.

Hakikatnya kata Mariani, dia bersama keluarga terdekat, Umi Kalsom Mahban dan Ismail Osman (ibu bapa Saloma) serta bapa tiri, Mum Yusof bersama Dian P Ramlee dan suami, Mohd Amanti Ahmad serta Shasha dan suami, Azlan Ramli berada di sisinya.

Bagaimanapun katanya, Rosnani tidak ada ketika itu.

Kenyataan Mariani disiarkan pada 28 April hingga Mak Nani tampil menjelaskan apa sebenarnya yang berlaku pada hari kematiannya.

Dalam artikel disiarkan pada 2 Mei lalu, Mak Nani mendakwa, anak saudara Saloma, Linda menghubunginya malam itu kira-kira jam 9 malam mengatakan Saloma nazak dan memintanya datang membawa ustaz.

Ketika sampai, dia disambut Linda, Dian, Shasha, Armali, Sazali dan Mum lalu Mak Nani meminta mereka keluar, meninggalkan hanya dia dan ustaz bersama Saloma.

Selepas ustaz membaca doa dan Mak Nani membaca Al-Fatihah, ustaz memaklumkan kepadanya yang Saloma sudah tiada.

Mak Nani keluar bertemu yang lain memaklumkan perkara itu dan menyuruh mereka masuk.

Ketika itu, anaknya, Anwardi Jamil sampai lalu disuruh memanggil doktor. Armali sebagai waris Saloma, bersama doktor menguruskan surat kematian manakala Anwardi mencari kereta jenazah sementara Dian, Shasha dan Linda disuruh pulang untuk mengemas rumah.

Apabila segalanya selesai, Mak Nani, Anwardi, Armali dan Mum membawa jenazah pulang ke rumah Saloma di SS 2, Petaling Jaya dan ketika memasuki lif, keadaan sunyi dan sayu apabila azan Subuh berkumandang. Situasi itu cukup menyedihkan dan menginsafkan diri Mak Nani hingga menangis hiba.

Kenyataan Rosnani menimbulkan rasa kurang senang keluarga Saloma hingga Dian dan Shasha tampil membuat kenyataan.  

Dian dan Shasha menegaskan Saloma di kelilingi ahli keluarganya yang sentiasa berada di hospital sejak lima hari terlantar di hospital.

Shasha atau nama sebenar, Siti Haslinda Abdul Hamid, 56, yang juga dikenali sebagai Linda, mempersoalkan mengapa ada pihak lain mendakwa berada di sisi Saloma yang dipanggilnya Mama ketika menghembuskan nafas terakhir.

Dengan kata lain, tiada ahli keluarganya sedangkan mereka semua mengelilingi katilnya ketika detik terakhir itu.

Katanya, sebelum Saloma dimasukkan ke Hospital Assunta, Mama mendapat rawatan di Hospital Kuala Lumpur (GH) kemudian dibawa pulang. Di rumah, Saloma dijaga jururawat 24 jam mengikut shif manakala doktor datang dua kali sehari.

“Mama dimasukkan ke hospital atas nasihat doktor kerana perutnya besar dan keras. Kata doktor, peralatan di rumah tidak cukup tetapi Mama enggan ke hospital.

“Saya memujuknya dan mengatakan mahu membawanya mendapatkan rawatan di Hospital Assunta dan Mama setuju.

“Hari Rabu Mama masuk hospital dan pada Jumaat malam, doktor mengatakan keadaannya kritikal lalu meminta semua ahli keluarga berkumpul.

“Ketika itu, semua orang kelam kabut tetapi keadaannya kembali baik begitu juga keesokan harinya, Sabtu dan Ahad.

“Pada Ahad malam, ketika tiba di hospital selepas membawa datuk (Ismail) yang tiba dari Singapura, saya lihat pernafasan Mama berbeza dari biasa lalu memanggil doktor.

“Ketika itu semua ahli keluarga ada di hospital dan Mama disahkan meninggal beberapa minit selepas jam 12 tengah malam.

“Orang pertama yang saya hubungi memaklumkan perkara itu ialah Datuk Muda Hitam yang juga kawan Mama. Saya juga menghubungi Mak Nani memaklumkan kematian Mama,” katanya.

Shasha yang kini menjadi Penasihat Imej RTM tidak menafikan kehadiran Mak Nani di hospital sepanjang Mama dirawat tetapi pada malam kematiannya mengatakan Mak Nani tiada di situ.

Apabila membaca kenyataan Mak Nani, Shasha mendakwa dirinya keliru dan tertanya-tanya apa tujuannya berkata demikian.

Katanya, dia dan suami yang membawa jenazah Mama pulang dan tiba di rumah kira-kira jam 3 pagi. Sepanjang Saloma di hospital, Shasha mendakwa dia dan Dian bergilir-gilir menjaganya. Memandangkan ketika itu Dian mengandung, dia jaga waktu siang ditemani nenek manakala giliran Shasha waktu malam.

“Walaupun saya hanya anak saudara tetapi memang rapat dengan Mama yang menjaga saya sejak kecil. Malah sayang Mama pada saya pernah membuatkan anak kandungnya, Armali cemburu.

“Saya bangga kerana berpeluang mendampingi Mama yang mempunyai bakat besar dalam seni. Saya juga bangga dapat menjaganya sehingga akhir hayat,” katanya.

Dian turut menafikan cerita Rosnani berada di sisi Saloma ketika menghembuskan nafas terakhir di hospital dan hairan mengapa selepas 28 tahun baru kini perkara itu ditimbulkan.

“Ketika itu umur saya 25 tahun dan sedang mengandung enam bulan. Saya bukan mahu gaduh tapi kenyataannya salah dan perlu diperbetulkan.

“Hakikatnya, ibu bapa Mama ada, begitu juga anak-anak dan keluarga yang lain seperti Zazaloma. Suami saya juga ambil cuti ketika itu.

“Sepanjang Mama dirawat, ramai datang melawat. Bagaimanapun apabila Mama dipindahkan ke wad lain, kami kurangkan bilangan orang melawat, hanya keluarga dan teman rapat seperti Mak Nani dan Latifah Omar.

“Doktor juga mengatakan Mama menunggu seseorang dan kami sempat membawa Nasir berjumpanya, begitu juga datuk (Ismail) yang tiba dari Singapura pada Ahad dan sempat bertemu dan berbisik kepadanya mengatakan dia sudah sampai.

“Orang terakhir bercakap dengan Mama ialah suami saya yang membisikkan ke telinga memintanya mengucap. Zazaloma juga berada di hujung katil memicit-micit kaki Mama tetapi dilarang suami saya. Selepas itu, suami memaklumkan Mama sudah tiada,” katanya.

Dian menafikan Mak Nani tiba di hospital bersama ustaz pada malam kematiannya dan meminta semua yang lain keluar untuk membiarkan dia dan ustaz saja bersama Saloma sebagaimana didakwa.

“Dian juga menafikan Mak Nani meminta dia dan Shasha pulang untuk mengemas rumah manakala jenazah Mama dibawa pulang oleh Mak Nani.

“Kalau saya dan Shasha disuruh pulang, siapa yang menjelaskan bil hospital? Kalau bayaran belum dijelaskan, bagaimana hendak membawa jenazah pulang?” katanya.

Saloma atau nama sebenar, Salmah Ismail yang dilahirkan di Pasir Panjang, Singapura pada 22 Januari 1933,  menghembuskan nafas terakhir di Hospital Assunta, Petaling Jaya, pada 25 April 1983 selepas lima hari koma kerana masalah hati disebabkan demam kuning.


Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2013 06:24 PM | Show all posts
Syd posted on 18-5-2013 06:16 PM
sangat-sangat chinta occay..
dia bela pi romli sampai sudah
pi romli msa tu orang tak pandang da ...

sian dia.. smpi sakit2 pon ingt kat die




Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2013 06:41 PM | Show all posts

iols nak tahu satu benda ni, artis2 pompuan dulu tu badan mantap, muka manisss, suara merdu.
dorang ada pakai apa2 tak?

serius, latifah omar and sarimah dulu mmg cantik sangatttt
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2013 08:33 PM | Show all posts
apa yg ai pernah dgr cite yg arwah P.Ramlee sgt pemurah sehinggga sesapa yg dtg berjumpa dgnnya meminta derma, berapa yg ada dlm poket di beri tanpa byk soal... dan arwah Saloma tak berapa berkenan dgn perangai arwah P.Ramlee sbb risau arwah tak punya wang utk diri sendiri...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-5-2013 09:21 PM | Show all posts
xmynnx posted on 18-5-2013 06:41 PM
iols nak tahu satu benda ni, artis2 pompuan dulu tu badan mantap, muka manisss, suara merdu.
dora ...

Aku rasa mesti ada pengaruh Misteri Nusantara..

Mustahil takde..

Zaman laa ni pun ada yg berbomoh santet bagai apatah pagi jaman dulu dulu..

Tapi mmg body depa mantap... selain dr pakai korsep.. muka depa memikat hati..
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2013 10:14 PM | Show all posts
yg paling cantek kat mata aku latifah omar.sarimah.zaitun lelaki lak.mustafa mahrof.kuswadinata(handsome banget ni)dan jins samsudin mereka2 ni cantek asli (yg ppuan)
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2013 11:38 PM | Show all posts
voiletiris posted on 18-5-2013 10:14 PM
yg paling cantek kat mata aku latifah omar.sarimah.zaitun lelaki lak.mustafa mahrof.kuswadinata(hand ...

Ske gak wAjah Saadiah, lembut je muka dia
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-5-2013 09:20 AM | Show all posts
korunk tau tak..abdullah chik.. nak sebat seme janda p ramlee..  *mak aku kata*  masa p.ramlee dh meninggal..ada ati gak die nak kawen ngan saloma.. tp saloma xnak..
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2013 09:20 AM | Show all posts
Muntz posted on 18-5-2013 09:36 AM
Apsal ramai warga CI dlm thread nie?

warga kertu..
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2013 09:22 AM | Show all posts
korunk tau tak..penari n penyanyi dalam pelem nujum pak belalang tuh.. bini jins samsudin..tp derng kene cerai dek mahkamah..sbb jins samsudin terminum susu bini die.. (yg sebenarnyer tuk anak derang..) smpi kenyang..

*mak aku gak yg khabo..
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2013 09:25 AM | Show all posts
aritu aku ada terbukak blog sorang wartawan lama, dalam tu banyak gambar2 artis lama 60an yang seksi...pelakon yang aku tak sangka seksi pun rupanya menyeksi jugak..tapi dah lupa url nya...kalau tepek pun aib je kan, ramai yang dah takde

pasal p.ramlee-saloma-mariani
mak aku penah cakap
p.ramlee dengan saloma dah takde bolehla mariani cakap gitu
samela jugak macam kes mariani-mak nani masa arwah saloma meninggal, sape yang ada disisi arwah
dah meninggal kan...masing2 nak mengaku
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-6-2024 06:58 PM GMT+8 , Processed in 0.074646 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list