|
[Tempatan]
Corat Coret Bola Malaysia: JDT vs Selangor utk ke 2 & 3 MSL. Sape menang?
[Copy link]
|
|
silap2 dollah don pun diorg tak kenal..... |
|
|
|
|
|
|
|
gelik jer aku nengok org2 kt sini yg sarkastik..... |
|
|
|
|
|
|
|
munkyG posted on 2-7-2013 03:41 PM
kalau tanya akak-akak JDT siapa hassan miskam, belum tentu boleh jawab dengan betul tu.
We are Di ...
JDT ni bukan dari Johor fc ke?
Hassan Miskam tu player Johor.
Johor fc yg power pun dulu Eddy Helmy je kot
Johor plk skrg kat Liga Perdana je. Tak merasa pun nak main Liga Super Duper Yummy since ntah tahun bila
|
|
|
|
|
|
|
|
ChildrenOfBodom posted on 2-7-2013 04:06 PM
sabanarnya caprut2 memotoshop gambar tersebut mengatakan 2 wanita sexy itu adalah penyokom kelanta ...
sebegitu kesahnya....kiranya caprut mahu tuduh cikki kelantan serambi mekoh suka pakai pakaian menjolok mata segitu lah iye jahat caprut ini
|
|
|
|
|
|
|
|
caprut semua jahat, caprut elok purgi mampus tunggelam dalam laut sumuanya, tak kira minang ka, jawa ka, lombok ka, flores ka, elok mampus sumuanya sukali |
|
|
|
|
|
|
|
C.K posted on 2-7-2013 04:22 PM
sebegitu kesahnya....kiranya caprut mahu tuduh cikki kelantan serambi mekoh suka pakai pakaian men ...
|
|
|
|
|
|
|
|
sitihawa posted on 2-7-2013 03:46 PM
hahahah tu la pasal. fans JDT buat2 tak tahu ke apa? mat yo, awe dah berapa kali main final wakil ...
bukan player yg 1st time masuk final piala FA tapi penyokong tu yg pertama kali masuk final piala FA.... mcm slogan kata.. we are fan since 2013.....
|
|
|
|
|
|
|
|
...ni caprut johor nak cuba2 kaitkan diri dengan kockesen idung mancong mata bighu...
Kevin Keegan iktiraf LAHAT DADOK
WAJAH tenang, namun jangan disangka tidak tegas. Itulah gambaran jelas yang terpapar pada riak wajah bekas pemain skuad Jengking dan pemain kebangsaan ketika sesi latihan skuad Piala Presiden di padang berdekatan Stadium Tan Sri Dato’ Haji Hassan Yunos, Larkin.
Pemain tengah yang pernah mendapat pengiktirafan daripada bekas pemain antarabangsa dan jurulatih pasukan ‘Three Lions’, England kini bergelar jurulatih.
Biarpun ramai generasi muda masa kini tidak begitu mengenali bekas pemain kebangsaan ini, tapi hampir semua pasti pernah mendengar namanya - antara pemain dengan bakat semulajadi yang mengangkat imej PBNJ dan negara setaraf dengan jaguh bola sepak dunia.
Lahat Dadok akui sudah menceburkan diri dalam sukan bola sepak sejak di bangku persekolahan lagi sebelum meneruskan karier di beberapa kelab di negeri ini. Bakat yang dicungkil dalam kelab berjaya menambat hati pengurusan Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) sekali gus beliau diserap untuk menyertai pasukan.
“Saya sudah bermain bola sejak awal usia kerana minat, dan mula serius pada tahun 1976.
“Beberapa kelab tempatan di negeri ini pernah saya wakili. Saya lahir menerusi Piala Razak (Piala Burnley-nama terdahulu) sekitar tahun 1981. Masih segar dalam ingatan saya berada dalam pasukan Johor untuk Piala Razak bersama Nasir Yusof, Dollah Salleh dan Khalid Shahdan.
“Lebih membanggakan, tahun 1981, saya sudah dipanggil menyertai pasukan pelapis kebangsaan iaitu `Harimau Malaysia`sebagai persiapan sebagai persiapan Olimpik 1988,” katanya kepada Ultras Sinar ketika ditemui di Stadium Tan Sri Dato Hj Hassan Yunos.
Dakwa beliau, prospeknya dalam skuad kebangsaan kian merudum berikutan sering kali sukar mendapat tempat dalam kesebelasan utama skuad Jengking pada tahun 1985.
Menurutnya, dia kemudiannya digugurkan skuad kebangsaan seterusnya merajuk sebelum menyuarakan perasaan kecewa berkenaan menerusi media massa yang kemudiaannya diberikan hukuman ‘digam’ (banned) Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).
“Pengalaman digam oleh FAM merupakan pengajaran kepada saya, tetapi bukan bermaksud saya tidak bermain dengan baik sebaliknya saya disisihkan berikutan terdapat masalah dalaman bola sepak Johor pada ketika itu. Pelik bukan apabila saya bermain untuk kesebelasan utama pasukan kebangsaan, namun tidak pada pasukan Johor.
“Saya pernah lontarkan pendapat, suara dan rasa tidak puas hati di dada akhbar. Saya berkata hal ini kerana saya tahu saya layak untuk diberikan peluang sekali gus membuktikan bakat, skil dan taktikal dimiliki.
“Sedangkan Kevin Keegan sendiri pernah mengiktiraf bakat saya. Beliau kagum dengan aksi saya pada bahagian tengah malah menyatakan bahawa saya adalah antara ‘top student’ nya,” katanya.
Lahat Dadok berkata, dia akhirnya memilih untuk ‘menggantung butnya’ sekitar tahun 1987 kerana rasa tidak dihargai oleh pihak tertentu, namun mengucapkan terima kasih kepada ‘Bapa Bola Sepak Johor’, Allahyarham Datuk Sulaiman Mohd Noor yang sentiasa melihat jelas kesungguhannya.
“Saya sebenarnya rasa tidak puas lagi untuk menabur bakti sebagai pemain bola sepak kepada negeri Johor dan pasukan kebangsaan. Rasa umpama tidak dapat mengeluarkan keseluruhan bakat, namun apa kan daya.
“Sukan ini sihat dan setiap mereka yang berada dalam organisasi perlu berfikiran terbuka. Jangan cepat meminggirkan jika seseorang pemain itu bagus, namun punyai masalah tertentu. Bagi peluang dan lakukan tambah nilai jika ada kekurangan ke atas pemain seperti ini,” katanya.
Walaupun sudah berhenti bermain, beliau kemudiannya menyertai bidang kejurulatihan bersama FAM sekitar tahun 1991 dan 1992 kerana merasakan jiwanya masih tetap dengan sukan bola sepak.
“Saya memilih untuk berhenti. Bagaimanapun, sayameneruskan karier dalam sukan bola sepak sebagai jurulatih. Saya masih ingat ketika mengikuti kursus asas kejurulatihan bersama Santokh Singh.
“Ilmu kejurulatihan yang saya pelajari akhirnya membawa saya membimbing pasukan futsal padang Johor sekitar tahun 1993. Sekitar tahun 1998 dan 1999, saya berehat seketika bergiat dalam sukan bola sepak dengan menceburi perniagaan.
“Akan tetapi, secara tiba-tiba timbul rasa rindu untuk turun ke padang dan kembali membuat sumbangan kepada PBNJ. Akhirnya, saya mengadakan pertemuan bersama PBNJ dan terpilih untuk menjadi jurulatih pasukan futsal (turf) Johor sekitar tahun 2007 sehingga membawa kejayaan apabila berjaya mrangkul Johan Kejohanan Futsal Kebangsaan Felda & FAM di Stadium Malawati,” katanya.
Katanya, kecemerlangan dalam sukan futsal diteruskan dengan kejayaan dalam Sukan Malaysia (Sukma) kali ke-14 pada tahun 2011 dengan menewaskan Negeri Sembilan pada penentuan pingat Emas di Kompleks Sukan Matsushita. Lahat Dadok berkata, kejayaannya membimbing pasukan futsal lelaki Johor dalam temasya peringkat kebangsaan akhirnya membuka peluang ke atas diri untuk memacu pasukan Piala Presiden yang terdiri di kalangan pemain muda bawah 21 tahun.
“Walaupun baru sahaja menjadi Ketua Jurulatih pasukan Johor bagi Piala Presiden, saya bangga dengan pengiktirafan ini. Tumpuan saya mahu membangunkan semua pemain ini supaya prospek mereka dalam sukan bola sepak menjadi lebih cerah.
“Prestasi selepas tiga perlawanan nampaknya masih menunjukkan aksi persembahan ‘yo-yo’. Akan tetapi, dengan mandat yang diberikan, saya sedaya upaya mahu meningkatkan mutu bola sepak negeri Johor khususnya di kalangan pemain Piala Presiden sekali gus meraih kejayaan dalam cabaran disertai,” katanya.
@peYno
|
|
|
|
|
|
|
|
rashiman posted on 2-7-2013 04:30 PM
retis pinoy potoshop je nih....
|
|
|
|
|
|
|
|
adakah ini geng2 putri umno kelate?
|
|
|
|
|
|
|
|
tgk berita aritu nampak la muka si TMJ hahhaha gareng semacam jer kalah.
akur asa mesti fames footballer JD pandang cikai kat footballer Kelanten sbb kureng femes..psl tuh kalah kot... depa ingat main bola main2 jer bole menang..ghupenya2 tersilap tafsir..itula bersederhana kan lebih baik |
|
|
|
|
|
|
|
alahai... bola jer pun... sampai kena kutuk-kutuk negeri... |
|
|
|
|
|
|
|
semalu969 posted on 2-7-2013 04:59 PM
alahai... bola jer pun... sampai kena kutuk-kutuk negeri...
betullah...buat apa nak kutuk-kutuk...
kita...kan bersaudara...
|
|
|
|
|
|
|
| |
|