CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: miawpink

Jamal bersumpah tak merisik Nas Adila - PAGE 11

[Copy link]
Post time 6-11-2013 10:10 PM | Show all posts
mitnick posted on 6-11-2013 10:03 PM
sejak umo 13 ke? mak ai, lamonyaa

dia pernah story kat dalam paper apa entah aku tak ingat. kalau tak 13 pun yg pastinya mmg masa umur belasan tahun. kira dia legend la dalam arena penagihan dadah dikalangan artis
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-11-2013 10:12 PM | Show all posts
krukx posted on 6-11-2013 10:10 PM
dia pernah story kat dalam paper apa entah aku tak ingat. kalau tak 13 pun yg pastinya mmg masa um ...

yg bertambah2 legend pabila dpt plak title datuk
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2013 10:42 PM | Show all posts
jamal ada kes naik tngan kat ex minik dia dulu kan?? seremm.. coz x mustahil wat balik prangai lama..
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2013 12:15 AM From the mobile phone | Show all posts
salimrock posted on 6-11-2013 09:52 PM
khen? apa barang nak restu2...dari ex-bf...bukannye nas adila tu anak alif af6

tu la pasal.......perkataan restu tu bg pandangan aku sesuai la kalau alif ni abg kpd nas ke, bpk nas ke...... perkataan lbh sesuai adalah 'redha' kot
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2013 06:53 AM | Show all posts
resah posted on 6-11-2013 02:10 PM
betui ke ni.. jamal ni skrg semua taste anak dara..

dia dah merasa dapat janda tua dulu jaman muda2 dulu....la udah senja2 cari anak dara lah pulak...dunia ini adil bukan?
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2013 08:05 AM | Show all posts
dato j aku kenal la..baca nama nas adila agk familiar..skali tgk org nya..haram aku xkenal...
hmm dato jamal dah x lalok2 ke? kalo dah x..ok la nas..untung lerr dapat dato..tapi hati2..
hmm ishh takut la dgn bnda ni..kalo x dimasukkan ke pusat, bukan senang nk buang..nak lepas..
omaigad...sukati ko la nas..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-11-2013 09:12 AM | Show all posts
Kenapa dlm metro hari ni reporter letak gambar penyanyi shikin kalu tak silap namanya yg menyanyi seangkatan dgn zaman ani mayuni?kat bwh gamba letak nama nas adila..sebelah tu gamba jamal dh betul dah...
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2013 09:36 AM | Show all posts
miawpink posted on 6-11-2013 12:14 PM
hahaha sian nas
so nk popola nikah ar ngan atok jamal

hihihi atok jamal
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 7-11-2013 09:38 AM | Show all posts
ratuiphone posted on 6-11-2013 09:36 PM
miaw..edisi tekejut nie..tak tau jamal dah ade buah hati baru

tau x pe
ni mang edisi kejutan jantung
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2013 09:39 AM | Show all posts
Dr metro
Kuala Lumpur: “Kalau betul (hendak meminang), kenalah jumpa mak ayah saya dulu. Terpulang pada keputusan keluarga nanti,” kata penyanyi Nas Adila menjawab spekulasi terbaru dia bakal dilamar penyanyi terkenal Datuk Jamal Abdillah.

Nas atau nama sebenarnya Nas Adila Mohd Dan, 27, berkata, desas-desus itu sangat mengejutkan kerana mereka tidak pernah menjalin hubungan istimewa selama ini.


“Saya terkejut apabila bangun pagi tadi ramai ucap tahniah sedangkan saya tak tahu-menahu langsung mengenai perkara ini.

“Hal ini masih jadi tanda tanya. Saya memang tak jangkakan benda ini sebab kami tak ada hubungan istimewa atau bercinta pun.


“Cuma saya selalu menjadi teman duet beliau dalam kebanyakan pertunjukan pentas. Itu saja dan tak lebih daripada itu,” katanya.


Semalam, ruangan pojok Soseh Soseh dalam Harian Metro melaporkan Jamal, 54, berhasrat memperisterikan Nas yang juga bekas peserta program Akademi Fantasia (AF) musim ketujuh kerana terpesona dengan kelembutannya.

Sumber berkata, butiran terperinci majlis merisik terbabit tidak diketahui kerana ia akan diadakan secara tertutup untuk keluarga terdekat.


Nas berkata, dia juga enggan mengulas lanjut kerana masih tidak pasti mengenai kesahihan desas-desus yang timbul.

“Saya perempuan tak manislah nak cakap banyak. Lagi pun dia (Jamal) nasihatkan saya lebih baik berdiam diri dulu buat masa ini.


“Soal merisik atau meminang saya tak tahu. Mungkin itu hanya usikan orang saja sebab saya sendiri tak pasti sejauh mana kebenarannya,” katanya.


Menjawab tuduhan dia memutuskan hubungan dengan Aliff (AF6) kerana Jamal, Nas berkata, soal jodoh adalah rahsia Allah dan dia hanya mengharapkan yang terbaik.


“Hanya kebetulan saya rapat dengan Aliff orang salah sangka padahal kami cuma kawan biasa. Sekarang timbul pula cerita Jamal hendak pinang saya.


“Orang luar boleh cakap apa saja sebab mereka tak tahu cerita sebenar. Mungkin Aliff, mungkin juga Jamal atau mungkin juga bukan mereka berdua. Soal jodoh saya serahkan pada Allah,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/11/07
dh pulak Nas Adila  x tau menahu
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2013 09:42 AM | Show all posts
klu x silap aku alif ni bukan budak penang tu  ka...
yg budak guar perahu..
masa dia dlm AF dulu ada kt kedai char keow toey mana ntah aku lupa dah
ada gantung banner dia suruh afundi dia..
huhuhu
nas adila ni masa tunang dulu kemain lg macam nikoh..
ngn jamal nnt mcm tu gak ke
Jamal ni org ckap dia dulu msok pusat serenti smpai x nak keluar sbb bila keluar je..
rmai drug2 pusher yg cari dia... so dia mmg x boley nak berhenti la ketagihan dia tu..
by the way wife2 dia yg previouse semua low profile..
keja bagus2..
boley ke dia ngan nas ni??
ku tengok minah ni cari public figre smcm je..
retis lak tu..
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2013 09:48 AM | Show all posts
krukx posted on 6-11-2013 10:10 PM
dia pernah story kat dalam paper apa entah aku tak ingat. kalau tak 13 pun yg pastinya mmg masa um ...

13 tahunnnnnn skrng umor dia dh bape...
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2013 09:49 AM | Show all posts
jd betul ke x ni citer yg jamal nak pinang nas
mmg terkejut sungguh tetiba jamal pilih budak muda camnie
ketagihan tu dah ok ke atau masih lg ditakuk lama
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-11-2013 09:50 AM | Show all posts
Saya Tak Tahu Mengenai Hal Merisik – Nas Adila



Jika pagi semalam OHBULAN! ada mengeluarkan laporan dari sebuah akhbar tempatan mengatakan kononnya penyanyi pop terkenal, Datuk Jamal Abdillah bakal merisik Nas Adila sebagai permaisuri hidupnya, akan tetapi lain pula kenyataan yang dikeluarkan oleh penyanyi wanita itu lewat petang semalam.

Artikel Berkaitan :

Datuk Jamal Abdillah Bakal Merisik Nas Adila?
Bercakap menerusi laporan Utusan Online, Nas telah melahirkan rasa terkejut dan menegaskan bahawa dia langsung tidak tahu mengenai hal tersebut.


Saya masih terkejut sebenarnya apabila orang mengaitkan kononnya kami sedang bercinta dan saya bakal dirisik Jamal. Sungguh, saya tidak tahu pula mengenai hal merisik ini.


Kalau benar itu akan berlaku (acara merisik), saya perlu mengenali dirinya dahulu sebelum membuat sebarang keputusan.




Namun begitu, Nas akui merasa kagum dengan Jamal dan menyifatkan penyanyi tersebut sebagai seorang lelaki yang sempurna di matanya.

Jamal seorang lelaki sempurna di mata saya. Dia sangat bertanggungjawab kepada anak-anaknya. Ketika ini dia memang memerlukan kehadiran seorang suri di hati untuk menjaganya.

Untuk  makluman, Nas mula rapat dengan Datuk Jamal sekitar April lalu dan penyanyi wanita itu pernah diundang sebagai penyanyi jemputan sewaktu Konsert Extravaganza Jamal Abdillah yang diadakan di Istana Budaya pada 30 Mei hingga 2 Jun lalu.

Apa pun di sini OHBULAN! ingin kongsikan beberapa koleksi foto Nas Adila untuk tatapan anda semua





Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2013 09:51 AM | Show all posts
outcast posted on 7-11-2013 09:39 AM
Dr metro
dh pulak Nas Adila  x tau menahu

iyolah tu x tahu menahuuu
retis punya jawapan semua sepesyennn
jap ngaku jap x nak ngaku..
phuiii
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-11-2013 10:06 AM | Show all posts
'Biar Jamal Jelaskan Mengenai Hasrat Merisik' - Nas Adila



PETALING JAYA: Penyanyi Nas Adila menyerahkan kepada Datuk Jamal Abdillah bagi menjelaskan kepada umum tentang status sebenar hubungan mereka serta desas-desus kononnya dia bakal dirisik.

Nas, 27, berkata, adalah tidak manis baginya untuk bercakap mengenai perkara itu kerana dia bimbang akan dipandang serong oleh sesetengah pihak.

"Sebagai seorang perempuan rasanya tidak manis untuk saya bercakap mengenai hal-hal berkaitan dengan perkara seperti merisik atau pun perkahwinan dan saya minta maaf kerana tidak boleh memberi apa-apa komen.

"Biarlah Jamal yang memberitahu kepada pihak media," katanya kepada mStar Online ketika dihubungi di sini pada Rabu.

Nas mengulas mengenai laporan akhbar yang mendedahkan Jamal berhasrat untuk memperisterikannya dan rombongan merisik bakal berlangsung dalam waktu terdekat ini.




Dalam perkembangan sama, Nas tidak menafikan hubungan mereka semakin rapat sejak penyanyi terkenal itu mengundangnya bersama-sama menjayakan 'Konsert Ekstravaganza Jamal Abdillah - P. Ramlee Dalam Kenangan’ di Istana Budaya pada 30 Mei hingga 2 Jun lalu.

Jelas Nas, sejak itu dia sering di undang untuk mengadakan persembahan bersama Jamal selain selesa berkawan dengan lelaki berusia 54 tahun itu.


"Saya akui hubungan kami rapat kerana Jamal sering mengundang saya sebagai rakan duetnya pada persembahan pentas dan selesa dapat bekerjasama dengan beliau," katanya.


Dalam pada itu, Nas berkata, laporan yang mengatakan dia memutuskan hubungan dengan penyanyi Aliff (AF) adalah tidak benar kerana keputusan untuk berpisah dibuat secara bersama.


Jelas Nas, hubungan mereka masih baik selain menganggap mereka sudah tiada jodoh.


Sementara itu, Jamal menerusi pembantu peribadinya meminta sedikit masa untuk menjelaskan mengenai khabar angin mengenai majlis merisik yang akan diadakan itu

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-11-2013 10:20 AM | Show all posts
nak jugak dia merasa tittle Datin tu..bior dia ler...wakakakak sempurna laa sgt si Jamal tu ekkk..geli lak aku bc statement..
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2013 10:20 AM | Show all posts
cheida_mymee18 posted on 7-11-2013 09:51 AM
iyolah tu x tahu menahuuu
retis punya jawapan semua sepesyennn
jap ngaku jap x nak ngaku..

doakan  je aa  hahaha
laku gak bang jamal nih
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2013 10:21 AM | Show all posts
erkkk..muntah..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-11-2013 10:24 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-7-2024 11:48 PM GMT+8 , Processed in 0.072803 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list