CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 5533|Reply: 72

Anwar terus cetus kontroversi

[Copy link]
Post time 22-11-2013 04:00 PM | Show all posts |Read mode
Anwar terus cetus kontroversi


KUALA LUMPUR 21 Nov. - Selepas menafikan pembangkang pernah membuat kenyataan sebanyak 40,000 warga Bangladesh dibawa masuk untuk mengundi dalam Pilihan Raya Umum Ke-13, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim terus mencetuskan kontroversi selepas mendakwa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mungkin mendaftarkan 500,000 warga negara itu.
Dakwaan terbaharu Anwar itu boleh ditonton menerusi video bertajuk Parliament heats up as deputy minister accuses Anwar of lying di laman sosial YouTube.
Video berdurasi 3 minit 26 saat itu menyaksikan Anwar mencelah ketika Timbalan Menteri Luar, Datuk Hamzah Zainuddin sedang berucap di Dewan Rakyat.
Menerusi video itu, Anwar dipetik berkata: "Soalnya saya faham hubungan baik antara Malaysia dengan Bangladesh, hingga nak bawa 500,000 Bangla bekerja sehingga mengetepikan penganggur di Malaysia.
"Itu soal lain. Mungkin akan didaftarkan oleh SPR, itu soal lainlah."
Menurut Hamzah, dakwaan Anwar itu berniat jahat kepada SPR dan mengelirukan rakyat.
"Saya bangkitkan perkara ini kerana beliau telah membuat tuduhan terhadap SPR di Dewan Rakyat. Beliau mendakwa SPR mungkin mendaftarkan 500,000 warga Bangladesh, ini berniat jahat," katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di Parlimen hari ini.
Semalam, Anwar menafikan pembangkang pernah membuat kenyataan mendakwa kerajaan membawa masuk 40,000 pengundi warga Bangladesh, sebaliknya memberitahu pengundi dibawa dengan pesawat termasuk orang luar dari Sabah dan Sarawak.
Walau bagaimanapun, penafian Anwar itu disifatkan sebagai pelik dan jelas membohongi rakyat oleh Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof.
Abdul Aziz memberitahu, pembangkang sejak sebelum pilihan raya umum lalu berkali-kali mendakwa kerajaan dengan kerjasama pelbagai pihak termasuk Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) membawa masuk kira-kira 40,000 pengundi luar walaupun perkara tersebut telah dinafikan SPR.
Dalam pada itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim menyifatkan dakwaan Anwar tersebut sebagai pembohongan yang boleh merosakkan minda rakyat Malaysia.
"Mengenai dakwaan Anwar warga asing dibawa masuk untuk undi awal polis dan tentera, saya ingin tegaskan kita sudah semak dan mendapati tiada pun warga asing mengundi awal seperti didakwa," katanya.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-11-2013 04:10 PM | Show all posts
meke bolih nafi ..sobab siapo bolih siasat rekod negaro ....nanti OSA ...adik beradik toseh
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2013 04:12 PM | Show all posts
kalau 500,000 ribu pengundi...takderlah susah2 BN sampai tak dapat 2/3 parlimen...huhuhuu
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2013 04:13 PM | Show all posts
kebolehan anwar bin ibrahim
hanyalah MENIPU

mujurlah takdir Allah,
bukan dia yang jadi PM malaysia
selepas Tun M

Alhamdulillah.
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2013 04:15 PM | Show all posts
Azim zabidi dan anwar leh jadi geng...sorang dari UMNO sorang dr PKR..sorang peringkat internasional..sorang level dlm negara..sorang tipu jota2, sorang lg tipu pengundi impot




Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2013 04:19 PM | Show all posts
kecimpret posted on 22-11-2013 04:15 PM
Azim zabidi dan anwar leh jadi geng...sorang dari UMNO sorang dr PKR..sorang peringkat internasional ...

sekurang2 nya ko
mengaku juga yang anwar dah menipu
pasal 40 k bangla

bukan senang macai nak mengakui
kebenaran, namun ko dah buktikan
yang mana2 manusia yang waras tidak boleh
bertoleransi dengan penipuan

syabas

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-11-2013 04:19 PM | Show all posts
bila BN menang ...depa kata SPR tipu, Mat bangla jd pengundi hantu..Ic tipu , blackout...

Bila PR menang ... depa kata Rakyat tolak BN, rakyat mau UBAH..dan bla..bla...


Lepas tu PR cakap...menang undi popular (ini memg betul pun)....


Lepas tu kata lagi..BN menang PRU sbb Mat Bangla tolong....hahahahahaha... kalau ikutkan logik kalau mat bangla tolong BN...ada can ke PR dapat undi popular...huhuhuhu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-11-2013 04:20 PM | Show all posts
Al-Patih posted on 22-11-2013 04:10 PM
meke bolih nafi ..sobab siapo bolih siasat rekod negaro ....nanti OSA ...adik beradik toseh

cube la ko faham isu sikit, ni bukan isu boleh siasat rekod atau tak, ni isu anwar dah cakap ade 40k pengundi bangla, skrg ni dia nafi pulak......

rakyat malaysia yg kata dah pandai dah bijak kene tipu hidup2 ngan mayat hidup ni, yg ko meraban ke rekod ape hal.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-11-2013 04:21 PM | Show all posts
d'zeck posted on 22-11-2013 04:19 PM
sekurang2 nya ko
mengaku juga yang anwar dah menipu
pasal 40 k bangla

kalo macai dia x ngaku...dia akan mati2 pertahan w'pun benda tu mmg salah..cthnya cam ko
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-11-2013 04:21 PM | Show all posts
azimar_amril posted on 22-11-2013 04:19 PM
bila BN menang ...depa kata SPR tipu, Mat bangla jd pengundi hantu..Ic tipu , blackout...

Bila PR ...

    ang sempoi
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2013 04:23 PM | Show all posts
akughi posted on 22-11-2013 04:20 PM
cube la ko faham isu sikit, ni bukan isu boleh siasat rekod atau tak, ni isu anwar dah cakap ade 4 ...

dah cuba faham ..mano keratan dio cakap ..terang pasai itu bangla ...???  tolong dapatkan ..kalau ada
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2013 04:25 PM | Show all posts
kecimpret posted on 22-11-2013 04:21 PM
kalo macai dia x ngaku...dia akan mati2 pertahan w'pun benda tu mmg salah..cthnya cam ko

mana2 parti politik dalam dunia ni
pasti ada ahlinya yang menipu

dah nama pun manusia

cuma penipuan bangla 40k
adalah penipuan berat bertahap fitnah
oleh seorang manusia yang beri kesan kepada
jutaan manusia lain

hukuman campak ke kandang
buaya adalah salah satu kaedah
paling setimpal untuk balasan atas kesalahan
beratnya


Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2013 04:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Nak awal2 taun ni kan.. bersih dah lama x berhimpun.. tgh kumpul point la tu kot
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2013 04:28 PM | Show all posts
akughi posted on 22-11-2013 04:20 PM
cube la ko faham isu sikit, ni bukan isu boleh siasat rekod atau tak, ni isu anwar dah cakap ade 4 ...

Isu Bangla Mengundi: PM Bangladesh Sendiri Akuinya
Suruhanjaya Tinggi Bangladesh di Kuala Lumpur menangkis dakwaan bahawa 40,000 orang warganya dibawa masuk untuk mengundi dalam pilihan raya umum 5 Mei di sini


Tapi bagaimana bila Perdana Menteri sendiri yang membuat pengakuan sendiri?

Perdana Menteri Bangladesh, Sheikh Hasina sendiri telah membuat akuan mengenainya di suatu ketika dulu.

Menurut laman web NGO Biro Hal Ehwal Pejabat Perdana Menteri , Perdana Menteri Sheikh Hasina bertemu dengan rakan sejawatannya dari Malaysia itu Datuk Seri Najib Razak pada tahun lalu di mana mereka membincangkan "isu-isu lama terbengkalai , termasuk menghalalkan pekerja Bangladesh di Malaysia".

Kedua-dua bertemu ketika menghadiri Forum Dunia ke-66 Ekonomi Islam di Kuala Lumpur pada Mei 2010.

Ia berkata sumber-sumber yang sangat dipercayai mendakwa bahawa semasa mesyuarat itu, Najib memberi jaminan Sheikh Hasina menimbangkan isu mengesahkan pekerja Bangladesh ke negara Malaysia dengan ikhlas sekali.

"Hari ini, pejabat Perdana Menteri telah didakwa menerima pengesahan dari beberapa rakyat kita yang bekerja di beberapa sektor di Malaysia sejak tahun lepas bahawa mereka telah diberikan lebih daripada kewarganegaraan dari Kerajaan Malaysia.

Malah mereka kini telah diberi hak untuk menjadi pengundi dalam pilihan raya umum Malaysia akan datang.

"Satu lagi sumber yang sangat dipercayai dari pejabat Perdana Menteri telah mengesahkan bahawa pekerja Bangladesh dengan mudah boleh diberikan kewarganegaraan Malaysia dengan syarat untuk mengundi parti yang mewakili kerajaan yang berkuasa," lapor laman web itu. Laman web itu juga melaporkan Sheikh Hasina menggesa rakyatnya "mengambil kesempatan ini untuk mengurangkan kemiskinan negara sejajar dengan inisiatif kerajaan dan pelbagai langkah untuk menyelesaikan semua masalah utama, termasuk kuasa dan krisis gas". Laman web tersebut ditutup apabila isu ini kecuh. Tapi alhusseyn sempat buat screenshot seperti di atas. -al-husseyn
http://www.sabahdaily.com
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2013 04:28 PM | Show all posts
d'zeck posted on 22-11-2013 04:13 PM
kebolehan anwar bin ibrahim
hanyalah MENIPU

Hanya segelintir yang mampu ditipunya...

Yang lain, "Lain kali lah!"
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2013 04:28 PM | Show all posts
Al-Patih posted on 22-11-2013 04:23 PM
dah cuba faham ..mano keratan dio cakap ..terang pasai itu bangla ...???  tolong dapatkan ..kalau  ...

^ antara macai cina DAP
yang masih percaya pada
penipuan bangla 40k

pfftt

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-11-2013 04:28 PM | Show all posts
akughi posted on 22-11-2013 04:21 PM
ang sempoi

..hehehehehe
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2013 04:32 PM | Show all posts
d'zeck posted on 22-11-2013 04:28 PM
^ antara macai cina DAP
yang masih percaya pada
penipuan bangla 40k


Isu Bangla Mengundi: PM Bangladesh Sendiri Akuinya
Suruhanjaya Tinggi Bangladesh di Kuala Lumpur menangkis dakwaan bahawa 40,000 orang warganya dibawa masuk untuk mengundi dalam pilihan raya umum 5 Mei di sini


Tapi bagaimana bila Perdana Menteri sendiri yang membuat pengakuan sendiri?

Perdana Menteri Bangladesh, Sheikh Hasina sendiri telah membuat akuan mengenainya di suatu ketika dulu.

Menurut laman web NGO Biro Hal Ehwal Pejabat Perdana Menteri , Perdana Menteri Sheikh Hasina bertemu dengan rakan sejawatannya dari Malaysia itu Datuk Seri Najib Razak pada tahun lalu di mana mereka membincangkan "isu-isu lama terbengkalai , termasuk menghalalkan pekerja Bangladesh di Malaysia".

Kedua-dua bertemu ketika menghadiri Forum Dunia ke-66 Ekonomi Islam di Kuala Lumpur pada Mei 2010.

Ia berkata sumber-sumber yang sangat dipercayai mendakwa bahawa semasa mesyuarat itu, Najib memberi jaminan Sheikh Hasina menimbangkan isu mengesahkan pekerja Bangladesh ke negara Malaysia dengan ikhlas sekali.

"Hari ini, pejabat Perdana Menteri telah didakwa menerima pengesahan dari beberapa rakyat kita yang bekerja di beberapa sektor di Malaysia sejak tahun lepas bahawa mereka telah diberikan lebih daripada kewarganegaraan dari Kerajaan Malaysia.

Malah mereka kini telah diberi hak untuk menjadi pengundi dalam pilihan raya umum Malaysia akan datang.

"Satu lagi sumber yang sangat dipercayai dari pejabat Perdana Menteri telah mengesahkan bahawa pekerja Bangladesh dengan mudah boleh diberikan kewarganegaraan Malaysia dengan syarat untuk mengundi parti yang mewakili kerajaan yang berkuasa," lapor laman web itu. Laman web itu juga melaporkan Sheikh Hasina menggesa rakyatnya "mengambil kesempatan ini untuk mengurangkan kemiskinan negara sejajar dengan inisiatif kerajaan dan pelbagai langkah untuk menyelesaikan semua masalah utama, termasuk kuasa dan krisis gas". Laman web tersebut ditutup apabila isu ini kecuh. Tapi alhusseyn sempat buat screenshot seperti di atas. -al-husseyn
http://www.sabahdaily.com
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2013 04:32 PM | Show all posts
Maideen. posted on 22-11-2013 04:28 PM
Hanya segelintir yang mampu ditipunya...

Yang lain, "Lain kali lah!"

kalo ikut kata macai,

53 % mengundi PR sebab percaya PR,

dengan kata lain, 53% percaya
penipuan @ 53% telah terminum kencing
Anwar Bin Ibrahim

majoriti dah tu deen
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2013 04:33 PM | Show all posts
Al-Patih posted on 22-11-2013 04:28 PM
Isu Bangla Mengundi: PM Bangladesh Sendiri Akuinya
Suruhanjaya Tinggi Bangladesh di Kuala Lumpur  ...

kalau boleh kasik tepeklah primary source....kalau setakat secondary source...mcm tipu je... mcm tipu je...mcm tipu je...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-6-2024 12:36 PM GMT+8 , Processed in 1.079205 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list