CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4451|Reply: 27

[Tempatan] Pandai berjimat namun tetap membazir

[Copy link]
Post time 21-5-2014 12:21 PM | Show all posts |Read mode


TERDAPAT satu ungkapan lama popular ‘Penny Wise Pound Foolish’ yang boleh difahamkan dengan maksud bijak mengurus wang atau perbelanjaan secara kecil-kecilan tetapi kurang mahir dalam perbelanjaan yang besar.

Dalam erti kata lain, ia merujuk kepada seseorang yang begitu cermat menyimpan atau mengurus perbelanjaan kecil tetapi tidak menghiraukan kerugian atau perbelanjaan yang besar.

Sebagai contoh, terlampau teliti dengan penggunaan elektrik dan air tetapi di luar asyik berbelanja dengan kawan dan suka memiliki barangan berjenama walaupun di luar daripada kemampuan.

Kebanyakan daripada kita memilih jalan yang mudah dalam pengurusan perbelanjaan dengan mengikut bajet bulanan yang dibuat.

Tetapi, adakah dengan cara sedemikian kita dapat memperbaiki pengurusan wang simpanan atau meningkatkan jumlah wang simpanan kita?

Berikut adalah beberapa contoh:

1.     Membayar premium insurans dengan jumlah yang banyak.
Sesetengah masyarakat mengambil premium insurans dengan pakej yang mahal kerana mereka tidak tahu bagaimana untuk menambah kewangan mereka.
Objektif utama kita membeli insurans ialah untuk melindungi diri dan orang yang kita sayangi daripada bebanan kewangan apabila berlakunya sesuatu kecemasan atau kejadian yang tidak diduga. Pilihlah pakej insurans yang berekonomi tetapi memberi faedah yang banyak supaya lebihan wang daripada pembayaran premium boleh disalurkan kepada tabung simpanan.

2.     Gagal untuk menambah simpanan apabila pendapatan meningkat.
Adalah perkara biasa apabila seseorang itu meningkatkan taraf hidup mereka apabila pendapatan mereka bertambah.
Ini merupakan sifat yang biasa kerana mereka inginkan kehidupan yang lebih selesa.
Sifat ini adalah tidak digalakkan.
Mengapa tidak anda menambahkan simpanan anda setiap kali pendapatan anda meningkat?

3.     Tidak menambahkan pulangan dalam simpanan.
Satu kesilapan yang biasa kita lakukan ialah menyimpan wang yang banyak tanpa mengusahakan sebarang dana pelaburan yang boleh memberi pulangan yang baik.
Terdapat pelbagai jenis pelaburan yang boleh anda bandingkan dari segi undang-undang dan risiko.
Peluang anda untuk menjana lebih kekayaan ialah melalui pelaburan yang mempunyai risiko yang rendah dan sah di sisi undang-undang.
Perlu diingat, anda tidak perlu melabur kesemua wang anda dalam satu pelaburan sahaja, tetapi pelbagaikan pelaburan anda.

Contoh lain termasuk:

-     Tidak membeli banyak pakaian mahal tetapi menghabiskan duit menukar almari pakaian kerana kualiti rendah. Ini tidak bermaksud anda perlu membeli pakaian mahal, tetapi pastikan anda menikmati nilai wang terhadap barangan yang anda beli itu.
-     Menerima surat saman akibat tidak membayar parking bermeter.
-     Membeli barangan secara pukal ketika jualan murah dan akhirnya membuang barang itu akibat lebihan atau melebihi tarikh luput
-     Pada bulan Ramadan, kebanyakan kita membeli banyak makanan untuk berbuka dan terpaksa buang makanan itu kerana tidak mampu menikmati kesemua juadah
-     Memberi duit raya kepada adik-beradik dan sanak saudara secara berlebihan tanpa menyedari status kewangan selepas musim perayaan
            

Seperti yang anda lihat, ‘Bijak apabila sedikit, kurang cermat apabila banyak’ boleh mengajar kita cara membuat keputusan kewangan.

http://www.sinarharian.com.my/bi ... p-membazir-1.281713

jadi, adakah anda tergolong dalam kumpulan ini?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-5-2014 01:22 PM | Show all posts
laaa.... takde sapa lg nk komen ke?

Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2014 03:32 PM | Show all posts
saya lah seperti di atas
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2014 03:33 PM | Show all posts
patut bgi kat najib baca..

dia la PM paling byk utang dlm sejarah negara..
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2014 03:38 PM | Show all posts
batmana posted on 21-5-2014 03:33 PM
patut bgi kat najib baca..

dia la PM paling byk utang dlm sejarah negara..

hahahaha..very true!
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2014 03:42 PM | Show all posts
bg aku antara contoh lain membazir dalam jimat ialah catuan air haritu..
objektif memang la nak jimat air sbb ada isu bekalan..
tp bila catu, penggunaan air pasti akan jadi lebih banyak dpd biasa.. tak percaya tanya bil2 air mereka di kwsn catuan.. agak2 ada berkurang dpd waktu ke makin bertambah..
sbb bila ada air 2 hari tu, pasti air yg diguna lebih bnyk dpd total air dlm 4 hari waktu tiada catuan

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-5-2014 03:43 PM | Show all posts
kesian sgt kita terpaksa amek insurans (medical/life).. tp nk wat cmne dah mcm jadi keperluan dlm hidup pulak..
pd yg company die cover medical dgn bagus.. amek insurans luar plg minimum pon dah ok..
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2014 03:46 PM | Show all posts
-     Membeli barangan secara pukal ketika jualan murah dan akhirnya membuang barang itu akibat lebihan atau melebihi tarikh luput


perangai ioll!!beli banyak2..lepas tu lupa..alih2 dah luput..atau pon tgk sale je beli walau benda tu tak perlu sbb murah..akhirnya ke tong sampah jua!!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-5-2014 03:47 PM From the mobile phone | Show all posts
" Membeli barangan secara pukal ketika jualan murah dan akhirnya membuang barang itu akibat lebihan atau melebihi tarikh luput"


yg ni, kna bijakla, msa bli secara pukal tu, tgk tarikh luput n kira siap2 brapa lama pakai n leh abis x? i slalu je tggu jualan murah bru borong lampin, susu anak, tisu, pencuci pinggan, sabun pakaian, mknn dlm tin dan pelbagai lagi... lebih jimat..

semuanya perlukan perancangan dan pengiraan yg betul...
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2014 04:15 PM | Show all posts
kazaraf posted on 21-5-2014 03:42 PM
bg aku antara contoh lain membazir dalam jimat ialah catuan air haritu..
objektif memang la nak jim ...

betul ckp ko... bill air umah aku bertambah ada r...

Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2014 04:18 PM | Show all posts
meh aku bagi tip jimat....setiap bulan...kau kena simpan paling bangsat rm500...jangan sentuh duit tu....,,,duit simpanan tetap....200 simpanan emergency...kereta pulak..kalau ade duit lebih bayar terus kasi habes...mane la tahu bulan tu tuhan turunkan duit dari langit....sekian dari aku
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2014 04:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Rela ikat perut semata nak berjalan2 kat obersea jatuh dlm seksyen berapa ?
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2014 04:25 PM | Show all posts
mikasa posted on 21-5-2014 04:22 PM
Rela ikat perut semata nak berjalan2 kat obersea jatuh dlm seksyen berapa ?

seksyen 6 kanun keseksaan

Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2014 04:35 PM | Show all posts
mikasa posted on 21-5-2014 04:22 PM
Rela ikat perut semata nak berjalan2 kat obersea jatuh dlm seksyen berapa ?

ikat perut kira mulia lagi
ada yang buat loan - demi nak g ostolia
pastu bercerita paling kevangga sekali


Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2014 04:46 PM | Show all posts
belanja ikut kemampuan diri  
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2014 04:53 PM | Show all posts
pelihara laa beruang panda.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-5-2014 05:01 PM | Show all posts
encikWawad posted on 21-5-2014 04:35 PM
ikat perut kira mulia lagi
ada yang buat loan - demi nak g ostolia
pastu bercerita paling kevan ...

xsangka ada kn org cenggini...
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2014 05:06 PM | Show all posts
aechae posted on 21-5-2014 05:01 PM
xsangka ada kn org cenggini...

memang ada
esp yang keje bank - sebab ada pinjaman perayaan kepada staff
begalak2an ke ossi bandung dan sebagainya
padahal loan ajaa - setahun duit gaji kena potong
tapi tak pe - tahun depan leh pinjam lagi
demi tamau kalah kepada adik beradik sepupu sepapat
dan kawan2 -

dan orang komen kat fb he@sheols kompen kevanggaa gila2
yelah stiap tahun bercuti ke luar negara
*ngumpat kawan sdiri sebenarnya ni
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2014 05:12 PM From the mobile phone | Show all posts
kazaraf posted on 21-5-2014 03:42 PM
bg aku antara contoh lain membazir dalam jimat ialah catuan air haritu..
objektif memang la nak jim ...

We were promised free water for selangor..
What we actually get is water free selangor....

Memang pembaziran dalam segenap segi...
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2014 05:41 PM | Show all posts
tambah lagi,
pergi travel jangan pergi 1 tempat berkali2, contoh pergi cameron highland sehinga >5-10 kali atau tiap2 tahun pi cameron selama bertahun2, sepatutnya duit itu boleh pergi 1-3 tempat lain yg belainan lokasi. sepatutnya rancang dan target travel ke lokasi 123456 supaya semua tempat kita pergi sblm umur 50.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 193786 Replies : 4482
TENDER TERPILIH..... Bunga-bunga Cinta Rasuah Madani telah berputik...
Perwira2022TENDER TERPILIH..... Bunga-bunga Cinta R
Views : 4977 Replies : 42
Ketua COVID-19 Di AS Dr. Anthony Fauci  Mengaku Peraturan Penjarakan Sosial 6 kaki ‘Hanya Rekaan, Tanpa Bukti Saintifik’.Anda terpedaya?
YgBenarKetua COVID-19 Di AS Dr. Anthony Fauci
Views : 23576 Replies : 151
di Malaysia menyeronokkan , jiran semuanya baik namun selepas 35 tahun wanita  Rohingya, Amirah Anisah Samad yang dilahirkan dan dibesarkan di Malaysia tekad berhijrah ke AS untuk kehidupan lebih baik
YgBenardi Malaysia menyeronokkan , jiran semuan
Views : 8270 Replies : 83
MONEY HEIST [LACASA DE PAPEL]
royaldanishMONEY HEIST [LACASA DE PAPEL]
Views : 78469 Replies : 199
BROOKLYN 99
anony-mousBROOKLYN 99
Views : 5918 Replies : 20
ONLY MURDERS IN THE BUILDING
PrickfordONLY MURDERS IN THE BUILDING
Views : 6799 Replies : 27
STRANGER THINGS SEASON 2
farleoSTRANGER THINGS SEASON 2
Views : 29981 Replies : 48
GOOD GIRLS (NETFLIX)
adila39GOOD GIRLS (NETFLIX)
Views : 10022 Replies : 18
Sambal Village Park
delima.HSambal Village Park
Views : 1882 Replies : 13

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-6-2024 07:04 AM GMT+8 , Processed in 0.069902 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list