CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 5565|Reply: 40

Aizat Dimarahi Peminat Kerana Lancarkan Album Piring Hitam

[Copy link]
Post time 28-5-2014 09:36 AM | Show all posts |Read mode
Sumber: Malaysian Digest


Tampilkan kelainan. Album ketiga Aizat berjudul 'Legasi' berkonsep piring hitam. Kredit foto Selebriti online.

Penyanyi Aizat Amdan, menyedari ada dikalangan peminatnya merungut apabila mendapat tahu yang dia mahu melancarkan album berkonsepkan piring hitam. Ini kerana mereka berpendapat album piring hitam sukar untuk didengari kerana kebanyakan mereka tidak mempunyai palyer (mesin pemain) piring hitam.

Bagaimanapun Aizat tetap nekad mahu merealisasikan ideanya hinggalah semalam, album ketiganya itu yang diberi judul 'Legasi' selamat dilancarkan.

"Sebenarnya ramai juga peminat yang pada awalnya merungut bila dapat tahu saya nak buat konsep album piring hitam. Sebab mereka kata zaman sekarang tak semua orang ada player piring hitam. Jadi ramai yang tak setuju.

"Tapi saya tetap nak teruskan idea ni. Saya minta mereka bertenang. Saya kata, jangan risau kalau mereka tiada player tak mengapa. Sebab sebenarnya mereka masih lagi boleh mendengar lagu-lagu dalam album itu kerana setiap pembelian disertakan sekali dengan USB", kata Aizat ketika ditemui di Coliseum Cafe, Kuala Lumpur.

Bercerita lanjut mengenai 'Legasi', penyanyi berusia 25 tahhun ini berkata album ini tambah berakna kerana turut mengabadikan kolaborasinya bersama empat penyanyi hebat yang digambarkan Aizat sebagai antara individu yang menjadi inspirasinya sepanjang berkarya. Barisan penyanyi tersebut ialah Yuna, Noh Salleh, Zee Avi dan Lan (Typewriter).

Ditampilkan bukan dalam bentuk digital sebaliknya 'Legasi' berupa piring hitam berserta setbox eksklusif. Album ini adalah album paling lama untuk dihasilkan semenjak Aizat menceburi bidang muzik. Proses pra-produksi bermula sekitar awal taun 2013 manakala rakamannya pula beraya disiapkan pada awal tahun.

Memuatkan empat lagu kolaborasi iaitu 'Dwihati' (feat Yuna), 'We'll Be Happy' (feat Zee Avi) 'Catwalk ke Balai' (feat Lan) dan 'In Love With You' (feat Noh Salleh) serta satu lagu berjudul 'Baru' yang mana merupakan lagu ciptaan Aizat bersama abangnya Anas Amdan.

"Idea nak hasilkan dalam bentuk piring itam ni datang apabila saya lihat koleksi-koleksi piring hitam yang dikumpul oleh ayah dan ibu saya. Antara yang paling saya suka ialah piring hitam Uji Rashid untuk album 'Kali Terakhir Ku Lihat Wajahmu'. Saya suka kulit albumnya sebab unik.

"Jadi dari situ saya terfikir alangkah bermaknanya kalau saya pun ada karya dalam bentuk piring hitam yang saya rasa ia akan dikenang hingga oleh generasi akan datang sampai bila-bila. Selain itu lagu-lagu dalam album ini saya inpirasikan daripada seniman agung Allahhyarham Tan Sri P. Ramlee yang mana pada zaman beliau memang menggunakan piring hitam.

"Saya harap saya menerusi album 'Legasi' ini dapat memberi gambaran corak warna muzik peninggalan zaman ini untuk dihayati oleh generasi masa depan", tuturnya dengan nada teruja.


Kredit foto Suhhaizul Izhar.

Bagaimanapun hanya sebanyak 222 unit piring hitam saja yang diedarkan. Ini kerana kos untuk menghasil piring hitam ini menelan belanja yang agak tinggi. Namun peminat boleh mendapatkannya dengan cara membida. Bidaan paling tinggi akan memiliki album yang cukup unik ini.

Tambah istimewa 'Legasi' juga dipakejkan di dalam satu kotak hitam eksklusif beserta album gambar berkulit tebal juga disertakan dengan sebuah USB Drive yang memuatkan lagu-lagu 'Legasi' di dalam bentuk digital. Kulit album menampilkan hasil tangan yang sangaat unik dan menarik hasil lakaran artis terkenal, Artech.

Selain itu, setiap piring ....................................................................


http://www.malaysiandigest.com/h ... m-piring-hitam.html
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-5-2014 09:40 AM | Show all posts
coooll. siapa yang betul2 minat aizat / yang suka collect benda limited edition jela kot yang dapat piring hitam tu.
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2014 10:10 AM | Show all posts
kreatif gak aizat ni
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2014 10:13 AM | Show all posts
mmg cool.... korang ade ke mesin piring hitam nih?... hatta kaset pun dah takde...
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2014 10:15 AM | Show all posts
lps tu upload kat fb.. i dpt limited piring hitam ni. ko ade?
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2014 10:22 AM | Show all posts
dino posted on 28-5-2014 10:13 AM
mmg cool.... korang ade ke mesin piring hitam nih?... hatta kaset pun dah takde...

bos aku ada lagi dino. dia simpan dlm lemari dia yg sentiasa berkunci. aku tau pun bila aku la kan yang kena kemas barang2 dia masa nak pindah opis. habis budak2 opis merengek2 kat aku mintak benda ala tu. ko hengat aku punya?? dah aku balut elok2 tuk mover bawak .. alih2 bos aku buat special request. nak aku jgk yang bawak sendiri itu barang ke opis baru. takut naw mover hentak2 dan piciah. hahahha. baik la bos. tapi mcm cool je la benda ala tu.

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-5-2014 10:25 AM | Show all posts
pittjie posted on 28-5-2014 10:22 AM
bos aku ada lagi dino. dia simpan dlm lemari dia yg sentiasa berkunci. aku tau pun bila aku la kan ...

klasiknya.... rumah atuk dulu ade... tp dah jahanam.... zaman tu kiranya org kaya la beli menda alah ni... yela zaman org pkir nak makan kenyang perut jah...
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2014 10:28 AM | Show all posts
if aku dpt
jawabnya simpan dlm almari xpon frame kan aje
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-5-2014 10:37 AM | Show all posts
dino posted on 28-5-2014 10:13 AM
mmg cool.... korang ade ke mesin piring hitam nih?... hatta kaset pun dah takde...

rumah parent member aku ada satu. rumah dia atas laut (kat kuala kedah) mcm sesetengah resort tu. kl dengar musik sambil kaki terjuntai atas air dekat beranda beranda comfirm feel punya
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2014 10:40 AM | Show all posts
cool idea dia ni...walaupon membazir..tp ye lah..kalu ade hobi kumpul barang antik..boleh la kumpul..sebbaik dia bg USB stick skali..kalu piring hitam aje mmg kene maki la jawabnya
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2014 10:45 AM | Show all posts
takde dah benda ni
dulu arwah nenek adalah
dengar lagu2 dari ahmad jais sharipah aini uji rashid
anneke gronloh - super duper feelingnya
rasa lain dari cd atau keset
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2014 10:50 AM | Show all posts
nikaido posted on 28-5-2014 10:37 AM
rumah parent member aku ada satu. rumah dia atas laut (kat kuala kedah) mcm sesetengah resort tu.  ...

bleh berfungsi lg tuh

Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2014 10:52 AM | Show all posts
Wah!Ikut jejak langkah Artic Monkeys ngan Florence + The Machine buat vinyl..
Syabas!
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2014 10:53 AM | Show all posts
perghhh. bagus idea ko ni aizat
classic style!
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2014 11:07 AM | Show all posts
dino posted on 28-5-2014 10:50 AM
bleh berfungsi lg tuh

time aku pergi dulu (several years ago)still berfungsi. parent dia selalu pasang.skrg xtaula
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2014 11:15 AM | Show all posts
tak silap aku, skang ni gramofon electronic pun ada kan..
harga keras sikit lah.. tapi kalo minat apepun sanggup.

tak payah beli yang kene pusing sendiri macam cerita anakku sazali tu.. tu mana nak dapat.
orang yang kumpul barang antik pun tak sanggup nak let go..

takda sapa ke nak kuarkan album guna kaset pulak..huhu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-5-2014 11:18 AM | Show all posts
dino posted on 28-5-2014 10:13 AM
mmg cool.... korang ade ke mesin piring hitam nih?... hatta kaset pun dah takde...

piring hitam ini niche market,
ada jah masih ujud mesin piring hitam ini sis.
di amcorp mall pun ada kedai jual yg baharu lagi versi modern pelbagai,.

di negara kokesen memang setengah retis keluarkan versi piring hitam album mereka sbb memang ada permintaan.
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2014 11:22 AM | Show all posts
style gila. caya lah. brape la harga nye nnt eh.
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2014 11:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Bonus je piring hitam tu.
Sebenarnya dia nk jual USB tu la
Tektik promosi, kan?

Tp best pe
Gerenti beli nnt
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2014 11:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Klu pasang nnt, boleh la berangan menari ngan p.ramlee
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-6-2024 06:39 AM GMT+8 , Processed in 0.076283 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list