CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 5741|Reply: 45

[Tempatan] Melayu JB semakin tersepit dalam pembangunan

[Copy link]
Post time 27-6-2014 12:24 AM | Show all posts |Read mode
Projek pembangunan hartanah "South Key" yang mengambilalih tanah Kem Majidee Sabtu lepas bakal memperkukuhkan lagi kedudukan Johor Bahru dan Iskandar Malaysia sebagai pusat komersial utama negara bersaing dengan Kuala Lumpur dan Pulau Pinang, sebagaimana digembar-gemburkan pemaju projek hartanah itu

Walaupun berbangga dengan kemajuan bandaraya Johor Bharu, namun timbul persoalan tentang kedudukan orang Melayu di dalam kepesatan pembangunan di negeri yang sering dilaung sebagai kubu kuat UMNO dan Barisan Nasional (BN).

Penutupan Kem Majidee Sabtu lalu, selepas 70 tahun berdiri teguh mempertahankan negara daripada ancaman luar akibat terhimpit dengan pembangunan materialistik, merupakan satu lagi kajian kes tentang kedudukan orang Melayu di bandar raya yang sedang pesat membangun.

Ketika era kegemilangannya, Kem Majidee merupakan salah sebuah kem terbesar di Johor menempatkan ribuan anggota tentera dan keluarga mereka yang tidak dapat dinafikan sebahagian besar terdiri daripada orang Melayu dan Bumiputera Sabah serta Sarawak.

Sememangnya Kem Majidee dan kawasan persekitarannya amat sinonim dengan orang Melayu di Johor Bahru.

Namun segala-galanya bakal berubah selari dengan penutupan Kem Majidee sehingga menyaksikan demografik di bandar raya kelahiran UMNO itu kini bakal diambilalih oleh kaum-kaum yang lain yang lebih berkemampuan daripada segi ekonominya.

Penutupan Kem Majidee menandakan titik noktah kepada imejnya yang selama ini dikenali sebagai kawasan orang Melayu Johor Bahru,  setiap kali munculnya pilihan raya umum begitu setia memberikan kemenangan kepada calon BN dan mengekalkan Parlimen Johor Bahru di tangan parti pemerintah.

Berakhirnya imej Kem Majidee dan sekelilingnya sebagai kawasan orang Melayu Johor Bahru sudah tentu akan banyak dibantu dengan rancangan pemaju South Key untuk membina unit-unit kondominium dan lot-lot kedai yang harga jualannya mencecah jutaan ringgit  dan berkemungkinan besar amat sukar dibeli oleh pembeli-pembeli Melayu.

Projek pembangunan South Key di atas tanah Kem Majidee itu akan dibangunkan oleh syarikat Selia Pantai Sdn Bhd, yang merupakan usahasama di antara syarikat Tasek Zamrud Sdn Bhd dengan Kumpulan Prasarana Rakyat Johor Sdn Bhd diuruskan oleh Selia Properties Sdn Bhd.

Menurut portal hartanah utama negara, iProperty, kondominium South Key Mosaic yang bakal terletak di tengah-tengah tanah Kem Majidee itu menawarkan 584 unit kepada pembeli dengan harga permulaan lebih RM600,000 bagi unit terkecilnya kepada RM1.5 juta.

Pembinaan kondominium mewah di atas tanah seluas 9.44 ekar itu dijangka siap pada 2017.

Selain kondominium mewah, projek South Key di atas tanah milik Kem Majidee yang begitu bersejarah itu juga akan dibina apa yang dipanggil oleh pemaju sebagai "Boutique Pods" pertama di Johor Bahru setinggi empat tingkat, dengan harga jualan bermula daripada RM15 juta.

Bagi peniaga atau syarikat besar yang baru-baru berjinak, pemaju juga menyediakan 41 unit retail di dalam kompleks beli-belah empat tingkat di South Key dengan nilai jualan setiap unit bermula daripada RM2.4 juta sehingga RM6.3 juta.

South Key juga bakal mempunyai komplek membeli belah seperti Mid Valley Megamall di Kuala Lumpur yang dianggarkan bernilai RM6 bilion apabila pemaju projek di atas tanah Kem Majidee dengan pemaju Mid Valley iaitu IGB Corp.

Sama seperti Mid Valley di Kuala Lumpur, harga sewaan lot kedai di kompleks beli-belah itu dijangka berada di luar kemampuan peniaga-peniaga Melayu dan Bumiputera, mengukuhkan lagi ramalan bekas tanah Kem Majidee yang amat sinonim dengan orang Melayu itu bakal mengalami perubahan demografik dari segi komposisi kaumnya.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 27-6-2014 12:45 AM | Show all posts

80,000 Rumah Dibina Elak Peminggiran Melayu Bandar


KUALA LUMPUR: Sejumlah 80,000 unit rumah akan dibina di Wilayah Persekutuan dalam tempoh lima tahun bagi membantu mengatasi masalah peminggiran Melayu di bandar, persidangan Dewan Negara diberitahu pada Khamis.

Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Senator Datuk Dr Loga Bala Mohan Jaganathan berkata ia melalui Program Pembinaan Rumah Mampu Milik Wilayah Persekutuan (RUMAWIP) dan Program Perumahan Penjawat Awam 1 Malaysia (PPA1M) untuk mengelak fenomena peminggiran Melayu Bandar.

"Daripada jumlah tersebut, sebanyak 50,000 unit akan dibina di Kuala Lumpur, 20,000 unit di Putrajaya dan 10,000 unit di Labuan dalam tempoh lima tahun," katanya ketika menjawab soalan Senator Datuk Yahaya Mat Ghani di persidangan Dewan Negara di sini.

Yahaya ingin mengetahui adakah kerajaan menetapkan dasar untuk mengelakkan fenomena peminggiran Melayu Bandar, terutama apabila dilihat kebanyakan pembinaan petempatan di bandar-bandar besar melibatkan pembinaan kondominium mewah dan rumah kos berskala tinggi.
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2014 12:51 AM | Show all posts
R2D2 posted on 27-6-2014 12:45 AM
80,000 Rumah Dibina Elak Peminggiran Melayu Bandar


Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2014 01:01 AM From the mobile phone | Show all posts
melayu johor skrg ni tak pikir pasal nasib anak cucu pada masa hadapan. Melayu johor lebih pentingkan nasib jdt dan soltannya. soltannya pula pandai meniaga jual tanah tambak, dan yg menganga nanti adalah org2 melayu.
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2014 01:20 AM | Show all posts
hotel johor kotor dan busuk. bayar dekat RM300 semalam tapi hampeh...nak cancel dia akan charge the whole booking.

nak booking hotel best. semua fully booked.
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2014 02:10 AM | Show all posts
UMNO hidupp melayu..?? pembela melayu...?? harkk tuihh penipu dunia akhirat... mati idop semula 20 kali pun takleh nak percaya.. pengkhianat bangsa dan negara...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-6-2014 02:32 AM | Show all posts
Bodohnya penyewa flat pprt yang merengek tuh.
Anggota tentera menumpang tanah kerajaan dia kata sinonim dengan melayu JB.

Melayu JB bersepah ja macam di kpg melayu majidee. Tinggal atas tanah milik sendiri lagi. Rumah banglo.
Setakat kondo ... cuma bahalol pprt yang suka melatah kat sini saja heran

Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2014 02:37 AM | Show all posts
R2D2 posted on 27-6-2014 12:45 AM
80,000 Rumah Dibina Elak Peminggiran Melayu Bandar

Hahaha. Bagus la.
Sekarang kaum bukan melayu KL akan terus terpinggir seperti biasa. Kekal sebagai jaguh merempat.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-6-2014 02:42 AM | Show all posts
slippergombak posted on 27-6-2014 12:51 AM

Rumah di kampung Chubadak tak ada langsung yang berani diroboh la bodoh. Mana pernah ada pampasan.

Sesama penghuni setinggan macam pekerja harakah & engko boleh la temberang

Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2014 09:02 AM | Show all posts
sahamboi posted on 27-6-2014 01:01 AM
melayu johor skrg ni tak pikir pasal nasib anak cucu pada masa hadapan. Melayu johor lebih pentingka ...

Melayu johor lebih pentingkan nasib jdt dan soltannya.
kawan aku stok2 JDT yg stay area majidee mmg pantanggggggggggggggg kalo bdk2 opis ni kutuk2 soltan bayangan tuhan depa tuh
tp dia masih x sedar yg kg.melayu majidee nanti akan hanya tinggal nama je
masih lagi tak sedar2 bila foreign developer datang ceroboh kawasan diorang
tp yg peliknya masih lagi boleh berbangga dgn pembangunan yg hanya dapat DILIHAT tapi tak boleh dinikmati sbb harga yg terlalu mahal melampau
itu pun dia masih x sedar2 lagi????
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2014 09:19 AM | Show all posts
titik noktah imej Melayu Johor?

cer tanya @peYno , ummah johor ni melayu tulin ka?   
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2014 09:25 AM | Show all posts
munchkin posted on 27-6-2014 01:20 AM
hotel johor kotor dan busuk. bayar dekat RM300 semalam tapi hampeh...nak cancel dia akan charge the  ...

Yup, pernah kena back in 2009.
mini fridge pun tader... maka makanan baby me tumpang kat dapur depa...
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2014 10:27 AM | Show all posts
biarlah mereka ceroboh, melayu sendiri pun bukan pandai tepis perkara asas tepis dadah, tepis penjenayah perogol kidnap budak2 pukul bini haiwan pati sana sini semua, itu semua x pandai handle apatahlagi tepis penceroboh yg bawa wang terus gelap mata.
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2014 10:37 AM | Show all posts
AznieBunnie posted on 27-6-2014 09:25 AM
Yup, pernah kena back in 2009.
mini fridge pun tader... maka makanan baby me tumpang kat dapur de ...

ni baru balik dari hotel johor. dahlah bayar dekat RM300. jamban kotor busuk. bedsheet/pillowcase koyak2. 2014. bukan dulu. geram betul.
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2014 10:52 AM | Show all posts
munchkin posted on 27-6-2014 01:20 AM
hotel johor kotor dan busuk. bayar dekat RM300 semalam tapi hampeh...nak cancel dia akan charge the  ...

ko x survey dulu ka kat agoda or booking.com?..aku seblum book hotel mmg survey dulu...kalo review teruk mmg sorry laa nak book hotel tu..at least dapat markah 6 keatas
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2014 10:56 AM | Show all posts
kecimpret posted on 27-6-2014 10:52 AM
ko x survey dulu ka kat agoda or booking.com?..aku seblum book hotel mmg survey dulu...kalo review ...

aku mmg selalu survey bang kec. tapi semua hotel ok fully booked. tengok ada review kata hotel ni hidden gem. eloklah hidden forever terus.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-6-2014 10:56 AM From the mobile phone | Show all posts
munchkin posted on 27-6-2014 10:37 AM
ni baru balik dari hotel johor. dahlah bayar dekat RM300. jamban kotor busuk. bedsheet/pillowcase  ...

Pe nama hotel tu...  Dl aku selalu gak stay kat new york hotel kat bandar jb... Kat mutiara hotel pon in gak...
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2014 11:08 AM | Show all posts
munchkin posted on 27-6-2014 10:56 AM
aku mmg selalu survey bang kec. tapi semua hotel ok fully booked. tengok ada review kata hotel ni  ...

lepas nih mmg hidden terus laa dari booking
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2014 11:10 AM | Show all posts
poyohabis posted on 27-6-2014 10:56 AM
Pe nama hotel tu...  Dl aku selalu gak stay kat new york hotel kat bandar jb... Kat mutiara hotel  ...

new york hotel tu dalam review pangiil new yuck. hotel tu 11@century hotel.

lobby bilik air siap pintu kaca. bersih kering gila.

sampai bilik, aku selak bedsheet ada kesan kotor. panggil housekeeping utk tukar dia kata, bedhseet habis. aku marahlah. aku kata kalau habis nak suruh aku tido atas bedsheet kotor??? dah tukar bedsheet berlubang. pillowcase semua berlubang. duvet pun kotor gila.

pastu toilet bowl berkerak. bila guna. bau cam loji.

aku kalau gi mana mmg bawak slipper bilik sendiri (geli pijak lantai hotel). selepas peristiwa berlaku di hotel jb jugak (hotel sentral). jamban kotor. aku insist depa bersihkan. dia bawak berus jamban cuci. pastu dengan berus jamban basah tu menitik nitik (atas lantai air dari berus jamban) tu dia bawa keluar dari bilik hotel. pastu dia amik mop, dia mop gitu gitu je lantai. dengan hujan masuk dalam bilik. ni bayar RM100++. masa ni pun hotel penuh.

dishwashing liquid pun aku bawak utk sental segala cawan dalam bilik hotel. pastu aku basuh ngan air panas.

towel sendiri pun aku bawak. microfiber nipis towel tu. rega towel je tebal
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2014 11:11 AM | Show all posts
kecimpret posted on 27-6-2014 11:08 AM
lepas nih mmg hidden terus laa dari booking

eloklah tu. dengan staf pandang kita atas bawah je.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-5-2024 12:18 AM GMT+8 , Processed in 0.115560 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list