CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: cik.nana

Kisah dari Pengalaman Sendiri (Mini Update)

[Copy link]
Post time 25-11-2014 02:08 PM From the mobile phone | Show all posts
best la cter cik.nana..cepat2 sambung ye. makin addict lak walaupun takot skejap2
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-11-2014 03:12 PM | Show all posts
sian acik....huhu
ni sebenarnyer ade org buat die atau benda tu tersesat masuk kt die mase die duk menyembang kt luar ngn kawan die tu??..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-11-2014 04:03 PM | Show all posts
====================
Sepanjang dok menunggu adik ipar Mak Ngah datang, macam-macam perangai yg Acik buat. Bila aku dah tak layan permintaan dia, dia panggil Mama pulak. Mama pun buat bodoh je. Ada sekali, dia kata nak pergi tandas, aku tak bagi. Angah pulak leka kejap, Acik angkat kaki, disepaknya keting aku. Kurang hajor betul. Acik gelak mengilai-ngilai bila aku mengaduh sakit. Nasib baik aku dok pikir yg buat tu bukan Acik. Aku biarkan aje. Takpe, kau tunggu situ. Aku pergi ambik wuduk, ambil Yaasin dan join Ateh baca Yaasin. Habis berbakul sumpah seranah dia hamburkan.

Dalam pukul 11 lebih macam tu, tiba-tiba satu rumah blackout. Acik start mengilai panjang. Tiba-tiba je bunyi anjing menyalak bersahut-sahutan depan rumah aku kedengaran. Kawasan rumah aku tu adala anjing liar dok berkeliaran, tapi tak pernah kacau orang pun. Alih-alih malam tu pakat mai dok menyalak-nyalak depan rumah aku. Aku jenguk ke luar. Memang ada empat ke lima ekor anjing dok menyalak tak berhenti-henti. Aku tengok rumah-rumah jiran semua ada je lampu. Aku maklumkan pada Pak Ngah pasal benda tu. Pak Ngah pergi duduk sebelah Acik.

Pak Ngah: Kau ni buat keras betul, kan? Degil. Tunggu je la nasib kau kejap lagi.
Acik: Kau ingat aku takut ke bodoh? Hahahahahahahaha!

Tengah dok mengilai tu, tiba-tiba Acik terdiam. Lampu menyala semula. Anjing berhenti menyalak.

Acik: Dia dah sampai. Dia dah sampai. Aku nak tidur.

Acik terus pejam mata. Tidur la sangat. Anak mata punyala laju dok bergerak. Aku selak langsir, tengok ke luar. Adik ipar Mak Ngah dah sampai. Ada sorang lelaki bersama adik ipar Mak Ngah. Mereka beri salam dan masuk. Acik tak bergerak-gerak dah. Bola mata je meliar. Kami panggil tukang rawat ni Pok Su je. Pok Su masuk, tengok Acik dan senyum.

Pok Su: Toksah dok berlakon sangat.

Diam. Acik tak berketik sikit pun. Pok Su duduk bersila jauh sikit dari Acik. Pak Ngah duduk di sisi Pok Su dan mula bercerita apa yg terjadi pada Acik. Pok Su cuma mengangguk-anggukkan kepala. Kemudian, Pok Su bersedia untuk mula merawat Acik.

Pok Su: Kalau dia meronta ke apa, jangan pegang dia ye. Kesian tuan punya tubuh. Benda tu tak sakit pun, yang sakit tuan punya tubuh. Biar je dia meronta. Dia tak boleh nak lari pun.

Pok Su berpesan. Kami pun beralih kedudukan, memberi ruang kepada Pok Su. Aku duduk di hujung kaki Acik, jauh sikit la tapi untuk mengelakkan risiko ditendang. Pok Su meminta izin Mama untuk memulakan proses rawatan. Dengan lafaz bismillah, Pok Su menghampiri Acik. Acik terus bangun duduk bersila. Lalu bermula dialog di antara mereka.

Pok Su: Laa, ingatkan tidur tadi.
Acik: Kau nak apa hah?
Pok Su: Aku nak kau balik ke tempat asal kau.
Acik: Boleh. Tapi aku nak bawak dia sekali.
Pok Su: Eh mana boleh. Dia ada keluarga, keluarga dia sayang dia. Dia ada rumah. Ini rumah dia. Kau tu, pergi balik rumah kau.
Acik: Kalau kau nak aku keluar, aku nak dia ni.
Pok Su: Kan dah kata tak boleh.
Acik: Argh! Kalau macam tu, aku tak nak keluar!
Pok Su: Kalau tak nak keluar cara baik, kena la kita buat cara kasar.

Pok Su mula membaca sesuatu. Acik menggelupur dan berguling-guling di atas lantai sambil menjerit.

Acik: Mama, tolong Adik! Sakit, Mama, sakit!

Acik melolong. Sampai satu ketika, dalam keadaan meniarap, Acik dok meronta-ronta. Pok Su pergi lebih dekat, ambil kain selimut dan gunakan sebagai lapik lalu Pok Su pegang kaki Acik.

Pok Su: Dah sejuk sangat kaki dia ni. Lama sangat biar ni.

Aku tak faham sebenarnya apa maksud Pok Su tu. Dengan gaya macam menarik sesuatu, Pok Su lalukan tangan dari pergelangan kaki Acik sampai ke hujung ibu jari kaki. Sampai je ibu jari kaki, Acik akan menjerit melolong kesakitan.

Acik: Aku nak keluar la ni, nak keluar.
Pok Su: Cakap saja tak guna.

Pok Su meneruskan kerja. Acik menggelupur. Gaya Acik menggelupur macam orang berenang pun ada dengan keadaan dia meniarap macam tu. Tiba-tiba keluar buih-buih air dari mulut dan hidung Acik. Kami panik sekejap, tapi Pok Su kata tak apa, dia nak keluar dah. Penghujungnya Pok Su 'tarik' dan ucap Allahuakbar sambil tumbuk lantai. Acik senyap. Dah pengsan. Mama cepat-cepat alihkan Acik dan lap buih air di mulut dan hidung Acik.

Pok Su: Insya Allah, tak ada apa dah dia. Biar dia tidur je.

Pok Su kembali duduk di sebelah Pak Ngah. Alang hidangkan air pada Pok Su.

Pok Su: Nak tanya la sikit, sebelum ni, dia ada pernah kena ganggu ke?
Mama: Ada, masa dia sekolah dulu. Histeria.
Pok Su: Oh, gitu. Sebab yg menumpang dekat dia ni, lama jugak dah. Dah berapa tahun jugak la.
Mama: Macam mana boleh jadi gitu ye?
Pok Su: Wallahualam, saya pun tak tahu. Tapi saya boleh cerita serba sedikit lah berkenaan yg mengganggu anak Puan ni. Kalau tengok tadi, masa saya pegang kaki, macam mana gaya dia?
Mama: Macam orang tengah berenang pun ada.
Pok Su: Betullah tu. Roh orang mati lemas. Sebab tu ada keluar buih-buih air tu. Sebelum ni, ada perangai dia suka tengok cermin? Menyanyi? Main rambut?
Mama: Eh, memang dia suka tengok cermin. Kadang tu lama sangat sampai ditegur, baru dia berhenti. Menyanyi tu biasalah. Cuma baru-baru ni je dia menyanyi lagu lama-lama yg saya pun tak kenal. Main rambut ni saya tak pasti...

Mama tengok arah aku dan adik-adik.

Ateh: Dia kalau sikat rambut, dia akan kira sampai 100. Itu je.
Aku: Cuma semalam dia main pintal-pintal rambut.
Pok Su: Hmmm... asalnya, orangnya cantik. Itu yg suka sangat tengok cermin, sikat rambut. Tapi dia cemburu ada orang cantik lagi daripada dia.

Pok Su senyum pada Ateh. Eh?

Ateh: Saya?
Pok Su: Yela, awakla dia cemburu. Itu yg dia marah sangat kat awak tu. Itu pecah bibir tu mesti kerja dia kan? Dia tak boleh ada orang lagi cantik dari dia.

Kami terdiam sambil pandang-pandang.

Aku: Tapi kan, kalau dah lama menumpang, kenapa baru semalam dia nak tunjuk diri ye?
Pok Su: Wallahualam. Setakat ini sajalah yg saya tau. Yg selebihnya, hanya Allah s.w.t yg tahu.

Selesai semuanya, Pok Su minta diri untuk balik. Tentunya Pok Su tak lupa pesan supaya solat jangan tinggal, baca Quran, zikir, selawat dan sentiasa ingat Allah. Dan macam biasa, Acik tidur sampai ke Subuh. Dua malam berturut-turut kami tak tidur. Acik bangun Subuh tu, demam. Seluruh badan sakit, katanya. Makan pun tak lalu. Kadang-kadang, Acik mengadu dia rasa seram sejuk semacam. Bila dia mengadu macam tu, Mama akan suruh Acik mengucap dan berselawat. Seminggu jugakla Acik demam. Tapi, alhamdulillah, tak ada dah dia buat perangai bukan-bukan.

Tapi rumah kami pulak macam kena ganggu. Berapa malam, start tengah malam anjing akan menyalak-nyalak depan rumah kami. Kadang-kadang, bunyi anjing melolong mendayu-dayu pun ada juga kedengaran. Kalau yg bunyi mendayu-dayu tu, memang cukup seram. Bukan tu aje. Aku dan adik-adik banyak kali ternampak macam kelibat melintas dalam rumah. Pernah sekali, aku nampak macam ada orang naik tangga padahal semuanya tengah syok layan cerita Hindustan. Acu siap tanya siapa naik atas. Ateh beberapa kali ditindih masa tidur. Macam-macamla jenis gangguan.

Kami buat bacaan Yaasin boleh kata setiap malam. Tapi gangguan berterusan. Last-last Pok Su datang rumah dan buat 'pagar'. Kami teruskan jugak buat bacaan Yaasin walaupun dah 'pagar'. Lama-lama, gangguan tu hilang jugakla.
===========================

Gangguan tu sebenarnya berterusan agak lama la jugak. Sampaikan kami 1 keluarga dah jadi lali. Sekarang, tak adala sangat gangguan. Sekali-sekala tu ada jugak. Biasalah, bukan manusia je makhluk Allah atas muka bumi ni kan.

Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2014 04:12 PM | Show all posts
awesome
nak lagi
nak lagi
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-11-2014 04:37 PM | Show all posts
Jagendas posted on 25-11-2014 04:12 PM
awesome
nak lagi
nak lagi

Sabaq, sabaq. Panjang dah tu cerita Acik tu. Lain kali kita cerita pasal gangguan-gangguan pulak.

Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2014 04:39 PM | Show all posts
cik.nana posted on 25-11-2014 04:37 PM
Sabaq, sabaq. Panjang dah tu cerita Acik tu. Lain kali kita cerita pasal gangguan-gangguan pulak.
...

sampai la ni pon kena lagi ke
minat betul benda tu kat dia
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-11-2014 04:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Puas sudah ku merempit baca cerita @cik.nana
Cemana aku tak perasan ada benang yang best ni. yela sejak dua menjak ni mps ketandusan citer yang boom kebaboom gini
anyway. waiting for more update.
gaya penulisan nana memang terbaik. kipidap.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-11-2014 05:23 PM | Show all posts
Jagendas posted on 25-11-2014 04:39 PM
sampai la ni pon kena lagi ke
minat betul benda tu kat dia

Sekarang ni, alhamdulillah, Acik dah tak de gangguan pelik-pelik. Gangguan ni secara umumnya jadi pada ahli keluarga yg lain. Mama pun kena gak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 25-11-2014 05:25 PM | Show all posts
miskay posted on 25-11-2014 04:50 PM
Puas sudah ku merempit baca cerita @cik.nana
Cemana aku tak perasan ada benang yang best ni. yela s ...

Terima kasih sudi singgah dan baca kisah cik.nana ye.



Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2014 05:26 PM | Show all posts
cik.nana posted on 25-11-2014 05:23 PM
Sekarang ni, alhamdulillah, Acik dah tak de gangguan pelik-pelik. Gangguan ni secara umumnya jadi  ...

best2 cerita cik.nana...kipidap girl!
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2014 05:30 PM | Show all posts
tak sabar tunggu cerita ceriti cik.nana selanjutnya. Apapun salute kat mama cik.nana yg sgt cekal & tabah bersama anak2nya
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-11-2014 05:43 PM | Show all posts
Salah satu gangguan yg cik.nana maksudkan macam ni kisah dia...

#1
Aku share bilik ngan Angah. Selalu malam-malam, aku tidur agak lewat. Aku baca novel ke, main phone ke. Angah pulak jenis yg tidur awal. Macam malam-malam biasa, Angah tidur dulu. Aku main phone. Tengah main phone tu, tetiba je Angah bangun, datang kat katil aku dan suruh aku masuk dalam sikit sebab dia nak tumpang tidur. Bila aku tanya kenapa, Angah tak nak cakap. Aku anggap Angah ada mimpi ngeri je la, sebab tu dia takut. Esoknya baru Angah cerita, dia terjaga dan nampak macam bayang hitam duduk kat hujung kaki dia.

#2
Alang tidur bilik aku satu malam ni sebab roomate dia, Acik takde. Dia bawak tilam dia letak kat lantai bilik aku. Bila dah jadi 3 orang dalam bilik, kami bukan tidur. Bersembang adalah. Tengah-tengah sembang tu, dengar pintu bilik diketuk. Ingatkan Mama ke ketuk. Aku bukak pintu, takde orang. Gelap je kat luar. So masing-masing ambil keputusan nak tidur. Baru je nak lelap, pintu kena ketuk lagi. Kali ni memang aku tak bukak ah. Alang pulak terus naik atas katil aku nak tidur sekali. Angah tarik selimut selubung kepala terus.

#3
Satu pagi aku bangun tu, aku tengok Acu tidur bilik Mama. Aku pelik la jugak sebab Acu ada bilik sendiri, tidur sorang sebab dia sorang je anak teruna. Aku tanya Mama apahal Acu tidur bilik dia. Mama kata tengah-tengah malam Acu datang bilik Mama, cakap selimut dia kena tarik. Bukan setakat selimut je, bantal pun kena tarik jugak. Tak tahan kena kacau, Acu lari tidur bilik Mama.

Itula antara gangguan yg kami sekeluarga hadapi. Dulu masa lepas Acik kerasukan, gangguan kerap jadi. Sekarang ni ada jugakla tapi sikit-sikit je.

Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2014 08:36 AM | Show all posts
Baru abis baca..paling seram kisah cik ton..

cik nana mmg awak nya story best baboom.. mcm baca novel.. boleh rasa keseraman nya.. iols xsabar menunggu next story..
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2014 08:58 AM | Show all posts
best..sgt. Teruskan TT. MInat dgn penulisan awak yg sgt bersahaja dan penuh penjelasan.
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2014 08:59 AM | Show all posts
thanks cik nana sbb story yg best2...
teruskan bercerita...kami sedia membaca...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-11-2014 09:51 AM | Show all posts
Terima kasih kepada semua yg sudi singgah thread ni baca kisah-kisah cik.nana. I love uols lah!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-11-2014 10:01 AM | Show all posts
best2... nti cerita la lagi yer...
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2014 10:29 AM | Show all posts


Teruskan...gembira membacanya. CikTon terbaik!

Boleh hasilkan novel. Jangan lupa..cuba cipta nama dalam bidang penulisan..pasti laris di pasaran..

caiyok!!!
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2014 10:45 AM | Show all posts
abes yg acik ckp nampak arwah abah tu kenape pulak.
masih misteri disitu
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2014 11:11 AM | Show all posts
next plis cik.nana..
cite klu best n gaya cite mnarik ,opkos la kami2 akan sentiasa singgah..
chill lax...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-9-2024 07:35 PM GMT+8 , Processed in 0.075379 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list