CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: cik.nana

Kisah dari Pengalaman Sendiri (Mini Update)

  [Copy link]
Post time 24-12-2014 03:45 PM | Show all posts
cik.nana posted on 22-12-2014 06:27 PM
=================
Ibu jari aku ditekan lagi. Aku menjerit sambil cuba menendang tangan kawan suami  ...

MasyaAllah..besar dugaan cik.nana dan suami. Dapat Sha bayangkan bagaimana perangai cik.nana pada ketika itu.

Salah seorang dari ahli keluarga Sha juga pernah mangalami mcm tu. Masa tu kami baru terima adik ipar baru, awal perkahwinan..dia sering ingkar dalam diam apa yang tidak diizinkan oleh mak Sha. Dia sering duduk dalam bilik berseorangan dan tak mahu keluar bilik walaupun dia lapa. Dia sanggup tunggu adik Sha balik utk bawakan makanan utk dia. Tu masa duduk serumah ngan kami. Tp lepas tu mereka pindah duduk sendiri.

Beberapa tahun umur perkahwinan mereka, mereka berpindah semula duduk dekat dengan rumah mak. Dan pada masa tu, keadaan menampakkan perbezaan yang sedikit merunsingkan semua. Dia seorang yg sngt rajin mengaji dan tak pernah tinggal solat. Tapi sayang nya..ada je yg mendengki. Mereka hantar sesuatu kpd dia. Dia mula tak keruan dgn setiap kali magrib dia akan rasa panas n akan rasa mcm nak mengamuk. Dlm dia berkeadaan mcm tu..parents Sha selalu dtg jenguk. Abah sha sampai menangis tgk keadaan dia mcm tu. Dia asik mengamuk, tak kenal laki kadang2, tak nak balik umah parents Sha dan bnyk lagi la..*masa ni mereka duk umah sewa jauh dr umah mak.

Sampai la..adik ipar belah dia yang reti mengubat secara tak sengaja ada ketika dia sedang 'naik'. Makanya jadila dialog.
Adik ipar: Kau kenal aku?
" " : tak kenal..ko sapa?
Adik ipar: Mari aku kenalkan sapa aku.
" " : Aku kenal ko. Aku kenal ko..
Adik ipar: Kenapa ko kacau dia?
" " : tuan aku anta aku. Tuan aku tak nak dia bahagia. *mcm tu la lebih kurang dialog nya.
Adik ipar: Ko nak keluar tak? Kalau tak ko tau apa aku akan buat dengan ko kan?
" " : Aku akan lepaskan dia, tapi dengan syarat. Kalau dia pergi melakukan umrah maka aku akan tinggal di sana dan takkan ganggu dia lagi. *Wallahualam..

Tapi lepas kejadian dialog tu..adik n adik ipar Sha pergi melakukan Umrah, dan Alhamdulillah sebulan selepas adik dan adik ipar pergi melakukan umrah dia diberitakan dgn berita yang di tunggu2. dan sekrang mereka baru terima baby girl yg berusia dua minggu.

Apa yang Sha tak boleh lupa..ialah kejadian seminggu b4 g Umrah. Dia mengamuk..dan kami dtg utk tenangkan.. Kesalahan Sha yg pertama..Sha baca ayat Qursi n hembus kat ubun2 dia...kesalahan ke2..Sha papah dia bngn n dia kat belakang Sha sambil Sha baca ayat Qursi. Kenapa Sha kata tu kesalahan..sebab semua yg Sha buat tu hanya buat dia mengamuk. Perkara pertama dia lakukan tanpa dia sedar ialah dia memaki Sha. Perkara ke2 yang dia lakukan..dia tendang rusuk mak Sha sampai mak terpelanting 2 meter jauh. Abah pgg dia dr belakang di bahagian ketiak n angkat dia sampai dia tak jejak lantai..laki dia pun dia tendang di bahagian yg tak sepatutnya. Sha hanya mampu berlari ke arah mak n peluk mak Sha..2 minggu mak Sha demam. Lepas dia sedar..kami tak pernah cerita kat dia..sbb org yg pernah kene ni..perasaan dia cepat sngt terguris dan bila dia sedih..'bende' tu senang datang. Wallahualam.

Itulah antara pengalaman yang Sha tak dpt lupa. Padahal dia seorang yg baik..lemah lembut...tapi kerana 'bende' tu dia jadi mcm tu.

Semoga cik.nana dan family di berikan kesabaran. Sorry terpanjang plak..tp nak ceritakan ni pon...ada gak la dimon kat kolah ni ha..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 24-12-2014 03:55 PM | Show all posts
sharifa82 posted on 24-12-2014 03:45 PM
MasyaAllah..besar dugaan cik.nana dan suami. Dapat Sha bayangkan bagaimana perangai cik.nana pada  ...

Aduhai, sedih pulak dengan cerita Sha ni. cik.nana pulak ingat setiap apa yg cik.nana buat pada suami. Kiranya macam cik.nana sedar tapi tak boleh nak kontrol. Yang masa suami ajak solat Maghrib sekali tu, suami kata muka cik.nana masa marah tu menakutkan, dah macam bukan rupa cik.nana sendiri. Even dengar gelak sendiri pun dah lain macam. Cuma belum sampai tahap sepak terajang orang lain la. Mujurlah suami jenis yg sabar dan tabah. Kalau tak, mau kena tinggal woo

Sekarang ni, rasa nak marah je, cik.nana akan banyak-banyak istighfar dan ingat balik macam mana sabarnya suami dengan kerenah cik.nana masa mula-mula kahwin dulu. Rezeki baby belum ada lagi, tapi suami kata biarlah, boleh honeymoon puas-puas. Tapi yelah, kadang-kadang rasa terkesan jugak sebab suami memang suka sangat kat budak-budak. Takpelah, Allah kan lebih mengetahui
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2014 04:25 PM | Show all posts
sharifa82 posted on 24-12-2014 03:45 PM
MasyaAllah..besar dugaan cik.nana dan suami. Dapat Sha bayangkan bagaimana perangai cik.nana pada  ...

nape nk kate baca ayatul Qursi tu kesalahan? nape nk letak kesalahan tu pd diri...
baca dia ngamuk.. x baca pon dia ngamuk jugak.. baca lain pong kalo da nk hamuk dia hamuk gak..
xyah nk rasa bsalah.. xde keperluan pon nk rasa bsalah..
dia cuma nk cr sebab ja.. nk ada sbb nape 'dia' nk wat camtu...


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-12-2014 04:36 PM | Show all posts
halimi78 posted on 24-12-2014 04:25 PM
nape nk kate baca ayatul Qursi tu kesalahan? nape nk letak kesalahan tu pd diri...
baca dia ngamu ...

Setuju gak. Macam mana pun, memang dah 'dia' nak cari pasal. Kita jangan pulak letak kesalahan tu atas diri sendiri.

Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2014 04:51 PM | Show all posts
Sambung lg cik nana
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2014 05:03 PM | Show all posts
halimi78 posted on 24-12-2014 04:25 PM
nape nk kate baca ayatul Qursi tu kesalahan? nape nk letak kesalahan tu pd diri...
baca dia ngamu ...

Maaf..maksud Sha kesalahan di situ ialah Sha telah menyukarkan keadaan..Sha tak boleh sambung apa yang Sha mulakan sebab time tu Sha tgh bendera Jepun..kalau Sha sambung Sha takut nnt Sha yang kene. Sha boleh protect diri je tapi bukan yang lain..tu yang membuatkan Sha rasa bersalah, tambah2 lagi mak yang jadi mangsa...bukan bacaan ayat Qursi tu yg salah..

Maaf..salah penceritaan..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-12-2014 05:18 PM | Show all posts
sharifa82 posted on 24-12-2014 05:03 PM
Maaf..maksud Sha kesalahan di situ ialah Sha telah menyukarkan keadaan..Sha tak boleh sambung apa  ...

still jawapan me sama je.. x perlu rasa bsalah..
yg menyukarkan keadaan bkn sha.. titik...
dlm keadaan mcm tu.. semuanya jd mangsa... tmsk sha..

mende da lps.. buang la rasa bsalah tu..
kalau ada jugak tsimpan.. mohon mak ampunkan..
dah.. takat tu je.. mak sebut mak ampunkan.. x perlu sha simpan lg dah rasa tu..
ok...?
Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2014 06:31 PM | Show all posts
CikYaw posted on 5-12-2014 01:51 PM
Pernah pegi sekali uitm merbok ni..visiting..makk aii dia pnye ke dalam tu..dengan hutan keliling  ...

3 tahun aku dok uitm merbok tu...malah , masa aku duduk tu, aku dapat kolej Masria tingkat 4(time tu masria ni kolej belakang skali)...alhamdulillah ok je

org banyak takot nak naik or stay kat tingkat paling atas...tapi dari apa yg aku dengar dr senior aku, member dia yg terbuka hijab gtau levell paling femes  org suka duduk la level yang paling banyak 'benda2' ni...

so, jgn ingat tempat yang seram tu 'seram'...dan jangan ingat tempat yang 'meriah' tu 'meriah'

duduk tengah bandar pon, kalau 'dia' nak kacau, 'dia' kacau jugak





Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 26-12-2014 01:20 PM | Show all posts
Waktu masuk Maghrib, sekali lagi Mama ajak Alang solat sekali. Dia ikut. Tapi benda sama jugak jadi. Bila angkat takbir je, dia tumbang ke belakang. Last-last aku suruh Alang solat duduk, sandar kat dinding. Dia ikut je. Masa tengah solat ni aku tak nampakla Alang bebetul solat ke tak kan sebab aku sendiri dok solat. Habis solat tu, aku tengok Alang dok goyangkan badan dia ke depan ke belakang. Eh eh, dah kenapa pulak? Mama pegangla bahu Alang, suruh dia berhenti goyang. Alang macam tak dengar je. Dia terus goyang-goyangkan badan dia. Kepelikan aku dibuatnya.

Dalam dia dok bergoyang tu, tetiba je Mama heret Alang bangun masuk bilik air. Mama simbah Alang dengan air dalam baldi yg kawan suami dah bacakan semalam. Dengan baju dok terlekat lagi kat badan, Mama simbah je. Kali ketiga Mama simbah...

Alang: Oi, oi, ni kenapa simbah Alang ni!?

Hoh. First time aku dengar dia bersuara dari sejak aku sampai tadi. Mama pun berhenti la simbah air. Aku duduk mencangkung depan Alang, tengok muka dia yg dah basah lencun. Muka dia macam kebingungan gila.

Aku: Nama siapa?
Alang: Gila ke? Ni apsal duk tak duduk aku kena simbah air ni?
Mama: Siapa suruh kau tak sedar diri?
Alang: Bila masa pulak?
Aku: Emmm... kita nak sembang dalam bilik air je ke?

Alang bangun, lap-lap badan dan tukar baju apa. Dia cakap kepala dia sakit. Aku pun mulala tanya Alang, kenapa dia pengsan kat tempat kerja? Alang diam lama. Lepas tu baru dia buka mulut.

Alang: Masa aku tengah buat photo shoot tu, aku tengok balik gambar dalam kamera, ada macam tangan warna hitam berbulu dalam gambar. Tangan tu ada 6 jari, Long!
Aku: Lepas tu?
Alang: Aku terkejut la. Aku panggil la kawan-kawan aku, nak tunjuk gambar tu. Sekali kamera aku takleh on.
Aku: Dah mana kamera kau sekarang?
Alang: Err... tak tau mana...
Mama: Ada kat atas rak tu, Mama letak.

Alang ambil kamera dan on.

Alang: Eh, hampehnya.
Aku: Kenapa?
Alang: Gambar aku semua dah hilang. Tengok, gelap je semua.

Aku pun tengokla. Memang semua gambar dalam memory card dalam kamera Alang dah takde apa. Semua hitam je. Ada dalam 700 lebih kot gambar, tapi tak satu pun yg nampak apa-apa. Semua gelap hitam. Alang merungut-rungut sebab maknanya dia terpaksa reshoot balik semua gambar.

Angah: Lang, lepas tu apa jadi sampai kau pengsan?
Alang: Aku tak ingat pun. Aku cuma rasa kepala aku pusing je sampai aku muntah. Lepas tu tak ingat dah.
Angah: Kawan-kawan ko hantar balik rumah, ingat tak?
Alang: Tak ingat.
Angah: Kawan-kawan ko kata ko nak terjun kereta.
Alang: Hah? Biar betul?

Gitula sampai sudahnya. Alang tak ingat apa-apa pun. Orang datang mengubat dia semalam pun dia tak ingat. Dia sedar-sedar dia kena simbah air je. Tapi Mama bawak jugak Alang gi jumpa ustaz ni. Aku tak ikut. Angah je yg ikut Mama. Angah sempat rakam video masa Alang dibawa jumpa ustaz. Aku tak reti nak kata benda ni saka atau apa, tapi dalam video tu, masa tengah 'naik sheikh', Alang cakap "Aku nak anak yg bongsu tu. Kau sebut nama dia, aku keluar." Macam tu la lebih kurang. Alang juga ada sebut benda-benda lain yg agak sensitif sampai Mama menangis. Sorry aku tak boleh nak cerita pasal benda-benda tu.

Tapi, ustaz tu pun macam gagal jugak nak keluarkan apa yg dalam Alang. Setiap kali ustaz cuba bawak keluar, Alang akan cakap "Dia bawak kawan-kawan dia datang, dia bawak kawan-kawan." Ada sekali Alang cakap "Tuan aku suruh duduk sini." Alang siap sebut nama tuan tu. Memang kami kenal dengan tuannya. Tapi kata ustaz, jangan percaya sebab kerja makhluk ni adalah nak memecah belahkan umat manusia je, nak suruh bergaduh. Penghujungnya, tak dibuang jugak benda tu. Ustaz tak mampu buang semua.

Alang tahun lepas diserang sakit belakang yg kronik. Sampai Mama bawak ke Ampang Puteri untuk buat MRI segala bagai. Doktor kata mungkin slipped disc, tapi bila dah scan apa, takde apa. Doktor cuma boleh bagi painkiller untuk Alang. Lepas tu kaki Alang pulak bengkak macam orang pregnant. Sampai tak nampak buku lali dah. Sekali lagi pergi hospital. Doktor kata bengkak air je. Bagi ubat itu ini, sudahnya tak surut jugak sakit Alang. Mama cari perawat lain pulak. Dan Mama jugak suruh kawan suami try rawat Alang sekali lagi.

Kawan suami try sekali lagi. Kali ni dia fokus pada pinggang Alang, cuba buang di situ. Kali ni jugak Alang cakap "Dia bawak kawan." Tapi alhamdulillah, selepas proses rawatan dengan kawan suami, sakit pinggang Alang hilang. Cuma kata kawan suami, dia tak mampu buang 100%. Yng dalam Alang ni 'otai' katanya. Lagi pun, setiap kali buang, akan ditop up semula. Buang 10, tambah 100. Macam tu la kata kawan suami. Lepas pada tu, Alang degil tak nak pergi berubat mana-mana dah.

Sebenarnya, sampai saat aku menaip kisah Alang ni, aku dengan Alang dah berbulan tak bertegur sapa. Bukan setakat dengan aku, dengan Mama, Angah semua dia tak bercakap. Dia cuma bercakap dengan Acik je. Aku pun macam malas dah nak ambik pot dengan Alang ni. Sebab bagi aku, dia sendiri macam takde usaha nak lawan bisikan-bisikan dalam kepala otak dia. Kerja dia nak bergaduh dengan orang je. Sampaikan dengan Mama pun nak bergaduh. Sampai Mama terasa hati dengan dia. Bagi Alang, semua orang salah. Dia je yg betul. Tak boleh tegur sikit, melenting macam apa.

Gitulah adanya kisah Alang ni.

Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2014 01:55 PM | Show all posts
2 hari rempit baca thread ni..
teruk jg kne kacau..
selalunya klau dh ada yg ikut ni..
klau buang pun...nt benda lain datang pulak kan..

camtu jenuh la nk jaga 'lubang' yg ditinggalkan makhluk ni
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2014 02:10 PM | Show all posts
duniaku85 posted on 26-12-2014 01:55 PM
2 hari rempit baca thread ni..
teruk jg kne kacau..
selalunya klau dh ada yg ikut ni..

hai el
biasa macam tu kan
dah buang, nanti ada yg lain
nak kambus betul2 tu yg kena pasang ruqyah, banyakkan amal etc

Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2014 02:23 PM | Show all posts
lavender_aqua posted on 26-12-2014 02:10 PM
hai el
biasa macam tu kan
dah buang, nanti ada yg lain

el pnh ada benda ikut..
tp dh buang lama dh..dh 6 tahun
klau tak mcm2 kne ganggu..

cuma skrg ni el nmpk kelibat blk..
malas la nk pk
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2014 02:39 PM | Show all posts
duniaku85 posted on 26-12-2014 02:23 PM
el pnh ada benda ikut..
tp dh buang lama dh..dh 6 tahun
klau tak mcm2 kne ganggu..

nak kata kelibat tu, sejak kes aqua kena tindih 8 tahun lepas
(tu 1st time kena tindih, kaw2 sampai demam panas),
ada masa aqua rasa macam terperasan sesuatu
kadang perasan sesuatu kat ofis tapi buat donno je

kat rumah, nak2 time malam2 tengok tv, pastu ekor mata ni direct
nampak tangga rumah perasan macam ada orang duduk kat tangga
tapi aqua boleh pulak beranikan diri toleh tengok betul2, sekali takde apa2 pun

baru2 ni, baru sangat jadi kat aqua
tengah mandi, boleh pulak dengar bunyi ketuk2 betul2 kat siling atas bilik mandi
serius, bunyi betul2 atas kepala aqua
cuak punya pasal, cepat2 habiskan mandi


Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2014 02:41 PM | Show all posts
lavender_aqua posted on 26-12-2014 02:39 PM
nak kata kelibat tu, sejak kes aqua kena tindih 8 tahun lepas
(tu 1st time kena tindih, kaw2 samp ...

huhuhu tu la
semalam pun nmpk kelibat tu lg
tp tgk betul2 mmg tak de pape

kt ofis el ni
ada febret toilet el
tp toilet tu mmg selalu nmpk benda terbang la
klau el g toilet lain..tak de pun benda terbang2 ni
lantak la ..jnji leh buang hajat
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2014 03:00 PM | Show all posts
duniaku85 posted on 26-12-2014 02:41 PM
huhuhu tu la
semalam pun nmpk kelibat tu lg
tp tgk betul2 mmg tak de pape

hati kering el ni
aqua kalau gitu, taubat sanggup jalan jauh gi toilet lain dari masuk situ dah

btw ofis atau mungkin level aqua kerja ni angker
tapi hampeh betul member, tak mau bagitau ape yg angker tu

tapi syukur Alhamdulillah, sampai sekarang aqua ok je
takde kena kacau atau nampak penampakan
aqua pernah je datang awal2 pagi dan pernah je balik dekat2 maghrib
feeling tu, toksah cakap ada la serem meremang bulu roma
tapi dok psiko diri toksah layan sangat debar hati tu

hari tu ada lebam besar duit 5sen kat paha aqua
ntah mana datang pun tak tahu la

Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2014 03:19 PM | Show all posts
lavender_aqua posted on 26-12-2014 02:39 PM
nak kata kelibat tu, sejak kes aqua kena tindih 8 tahun lepas
(tu 1st time kena tindih, kaw2 samp ...

hantu gatai dok skodeng kot
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-12-2014 03:23 PM | Show all posts
hatikudus posted on 26-12-2014 03:19 PM
hantu gatai dok skodeng kot

minta simpang la
kena tindih dulu pun teruk nak pulihkan semangat
cukup2 la takat bunyi-bunyian di siling dan dari rumah sebelah

Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2014 03:40 PM | Show all posts
lavender_aqua posted on 26-12-2014 03:00 PM
hati kering el ni
aqua kalau gitu, taubat sanggup jalan jauh gi toilet lain dari masuk situ dah
...

hehe el dh biasa dh tgk benda2 terbang ni
cuma el lom nmpk btl2 lg rupa dia

jnji jgn tunjuk rupa mcm cik pon, cik sweet je
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2014 03:45 PM | Show all posts
cik.nana posted on 26-12-2014 01:20 PM
Waktu masuk Maghrib, sekali lagi Mama ajak Alang solat sekali. Dia ikut. Tapi benda sama jugak jadi. ...

cik.nana ...ada masa nanti cerita lagi ye
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2014 05:06 PM | Show all posts
TRY BACA TREAD HANTU KILLER DAN ILLAH KHATIBRANI. CADANGAN MANDI AIR TANAH, UNTUK ATASI MASALAH GANGGUAN DAN MENUTUP LUBANG2 GANGGUAN.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Peti Ais Baru
vanilla_vellPeti Ais Baru
Views : 19671 Replies : 97
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 201083 Replies : 4737
Jangan ketawa!
akuchentaJangan ketawa!
Views : 9992 Replies : 53
เว็บแทงบอลยูโร เดิมพันบอลยูโร สมัครแอดไลน์ @UFADEAL แทงบอลบนมือถือ บอลเต็ง ...
khawjaw67เว็บแทงบอลยูโร เดิมพ
Views : 0 Replies : 0
Ex Laki Irma Hasmie yg Helok kawin Lain
bottomproEx Laki Irma Hasmie yg Helok kawin Lain
Views : 91310 Replies : 633
แทงบอลยูโร เว็บแทงบอลยูโรอันดับ 1 สมัครแอดไลน์ @UFADEAL ฝากถอนระบบออโต้ ไม่...
khawjaw67แทงบอลยูโร เว็บแทงบอ
Views : 0 Replies : 0
Teka Teki Teka Tekok
FARRAZOOLTeka Teki Teka Tekok
Views : 27226 Replies : 108
Instafamous Rempit (kak yah, kak zah & the geng) part 3
hotmakInstafamous Rempit (kak yah, kak zah & t
Views : 192315 Replies : 1713
Beza wasap status ikut level
chaconBeza wasap status ikut level
Views : 5101 Replies : 11
Teka teki botol
syidapink88Teka teki botol
Views : 73704 Replies : 323

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-6-2024 11:32 PM GMT+8 , Processed in 0.271280 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list