CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: EJALTI

[Tempatan] Persidangan Antirasuah Antarabangsa: Najib tak hadir atas faktor keselamatan

[Copy link]
Post time 3-9-2015 10:49 AM | Show all posts
dizek replied at 3-9-2015 09:56 AM
antara contoh perlanggaran
etika tu seperti membuat
pendedahan dokumen yang sedang


perlanggaran etika ape yg dia buat sampai di bentikan keje?


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-9-2015 10:49 AM | Show all posts

lucu la jawapan nie

maksud iols ada pertalian kekeluargaan ker?
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2015 10:50 AM From the mobile phone | Show all posts
dizek replied at 3-9-2015 10:44 AM
ada

dua-dua cina

Itu perseps semata mata...kih kih kih
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2015 10:50 AM | Show all posts
Daunsena replied at 3-9-2015 10:49 AM
perlanggaran etika ape yg dia buat sampai di bentikan keje?

why not
jika menjejaskan ketenteraman
awam dan melibatkan fitnah
yang besar
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2015 10:52 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2015 10:54 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 3-9-2015 10:54 AM | Show all posts
Edited by EJALTI at 3-9-2015 03:00 AM

Tindakan Najib berhubung ‘derma AS$700 juta’ mencurigakan, kata pengkritik antarabangsa

OLEH ANISAH SHUKRY DAN MUZLIZA MUSTAFA
Published: 3 September 2015 7:00 AM
http://www.themalaysianinsider.c ... ata-pengkritik-anta


Ahli Parlimen dari Eropah, Ana Maria Gomes berkata mana-mana ahli politik lain akan meletak jawatan jika mereka berada di tempat Datuk Seri Najib Razak. – Gambar The Malaysian Insider oleh Kamal Ariffin, 3 September, 2015.  

Ketika pemimpin Umno terus menegaskan dana AS$700 juta yang didermakan kepada Datuk Seri Najib Razak bukan luar biasa, penceramah antarabangsa pada persidangan anti rasuah global berkata, segala urusan itu mencurigakan dan perlu diambil tindakan.

Mereka memberitahu The Malaysian Insider, ia menarik minat pelbagai pihak untuk perdana menteri mendedahkan bagaimana beliau menerima wang berkenaan dan dari mana ia disalurkan. Mereka berpendapat, jika kes yang sama berlaku di beberapa negara lain, apabila ia diketahui, ahli politik itu akan didakwa atau disingkirkan.

Ahli Parlimen dari Eropah, Ana Maria Gomes berkata mana-mana ahli politik lain akan meletak jawatan jika mereka berada di tempat Najib.

"Beliau perlu menjelaskan segala-galanya. Pada pendapat saya, sesiapa yang berada atas dakwaan yang begitu serius, perkara pertama (yang akan mereka lakukan) di Eropah adalah meletak jawatan dan kemudian membicarakan kes mereka.

"Buktikan anda tidak bersalah dan berdepan dengan akibatnya," kata Gomes ketika ditemui di luar dewan persidangan selepas berucap pada Persidangan Antarabangsa Pencegahan Rasuah (IACC) ke-16 di Putrajaya semalam.

Beliau berkata di negaranya, Portugal seorang menteri didakwa atas tuduhan serius beberapa tahun lalu dan beliau segera meletak jawatan.

Siasatan kemudiannya mendedahkan yang dakwaan itu adalah tidak benar, katanya. "Itu adalah patriotik dan satu perkara yang baik untuk dilakukan.

Di Malaysia, memandangkan dakwaan dilemparkan terhadapnya, beliau sudah tidak mempunyai kredibiliti untuk menjadi perdana menteri."

Beliau menambah, tindakan diambil terhadap individu menyiasat dana yang diperoleh menimbulkan keraguan dan ini tidak sepatutnya berlaku.

"Ia dilihat tidak elok sama sekali, cara perdana menteri seolah-olah mahu menutup dakwaan serius terhadap beliau dan langkah terbaik adalah dengan meminta beliau untuk meletak jawatan."

Pengarah Greenpeace International Kumi Naidoo berkata, derma sebanyak AS$700 juta adalah "sangat mencurigakan dan sangat luar biasa", dan beliau berpendapat pihak berkuasa sudah mengambil tindakan jika ia melibatkan rakyat biasa.

Penjelasan Najib yang duit itu sebagai "derma politik" tidak mencukupi, kerana jumlahnya terlalu banyak, katanya.

"Ada sesetengah negara kepulauan kecil di dunia yang menggunakan jumlah tersebut untuk bajet tahunan mereka.

Ini adalah satu jumlah wang yang besar dan ia tidak boleh dibiarkan begitu sahaja tanpa penjelasan," katanya ketika ditemui di luar dewan selepas beliau berucap di persidangan itu semalam.

"Adakah ia diberikan kepada kerajaan atau perdana menteri untuk melakukan sesuatu bagi penderma, mungkin termasuk polisi atau kontrak tertentu? Ia bukan hadiah peribadi yang normal, mahupun bagi standard orang kaya."

Naidoo menasihatkan Najib supaya tampil ke hadapan dan menerangkan dengan jelas dari mana menerima dana itu, apa yang beliau gunakan daripada wang itu dan hubungan dengan penderma.

"Saya rasa kegagalan untuk berbuat demikian akan menjadikan beliau sebagai yang sangat dikompromi dan hanya menyebabkan demokrasi Malaysia dipersoalkan."

Naidoo yang juga seorang aktivis hak asasi manusia dari Afrika Selatan, mengesahkan kes sebegini adalah serupa berlaku di beberapa negara lain, tetapi apabila ia diketahui ahli politik itu boleh didakwa atau dipecat.

"Dalam beberapa kes ada yang mempertahankan kuasa mereka, tetapi pemimpin sebegini bukan dari negara yang mengamalkan demokrasi atau demokrasi sebenar.

"Dan saya percaya Malaysia adalah sebuah negara demokrasi yang sebenar," katanya. Beliau menambah sudah melihat perhimpunan Bersih 4 di Kuala Lumpur pada hujung minggu dan kagum dengan peserta yang berhimpun secara aman.

"Saya menggesa peserta perhimpunan supaya terus mengekalkan cara mereka berhimpun secara aman. Mereka mempunyai hak untuk bersuara walaupun ia menyebabkan ketidakselesaan kepada mereka yang berkuasa."



Lise Stensrud dari Norway menggesa orang ramai agar terus memberi tekanan kepada kerajaan berhubung status dana yang diterima kerana kerajaan berkhidmat untuk rakyat dan bukan sebaliknya. – Gambar The Malaysian Insider oleh Kamal Ariffin, 3 September, 2015.

Lise Stensrud, pengarah dasar anti-rasuah Agensi Pembangunan bersama rakyat Norway (Norad), menggesa orang ramai untuk terus memberi tekanan kepada kerajaan berhubung dana itu.

"Ini adalah sesuatu perkara yang perlu dilakukan rakyat, dan mereka harus cuba untuk menuntut keadilan. Sejumlah besar wang berada pada satu tempat yang tidak sepatutnya.

"Kerajaan sedang berkhidmat kepada rakyat dan bukan sebaliknya," katanya ketika ditemui di luar dewan persidangan semalam.

Kuala Lumpur menjadi tuan rumah kepada persidangan IACC kali ini dan Najib sepatunya menyampaikan ucaptama semalam.

Namun, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Paul Low berkata, beliau menasihatkan Najib untuk menarik diri dari merasmikan IACC di Putrajaya semalam kerana kemungkinan beliau terpaksa berdepan dengan persekitaran yang "ganas".

Persidangan selama 3 hari di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya itu akan berakhir esok.

Dianggap sebagai perkumpulan pihak berkepentingan dalam gerakan anti rasuah, IACC setiap dua tahun dan tahun ini berjaya mengumpulkan 1,000 delegasi dari 130 negara.

– 3 September, 2015. - See more at: http://www.themalaysianinsider.c ... thash.aNYmgt9n.dpuf

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2015 10:54 AM | Show all posts
dizek replied at 3-9-2015 10:45 AM
usul awal ditentang habis-habisan oleh DAP
antara lainnya

betul tak najib sendiri cakap tak serupa bikin ?


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-9-2015 10:55 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2015 10:56 AM | Show all posts
ini semua agenda2 halus cina
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2015 10:57 AM | Show all posts
cabalero replied at 3-9-2015 10:54 AM
betul tak najib sendiri cakap tak serupa bikin ?

nak bikin perlukan sokongan
semua pihak
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2015 10:58 AM | Show all posts
dizek replied at 3-9-2015 10:50 AM
why not
jika menjejaskan ketenteraman
awam dan melibatkan fitnah

bagitau la apa kesalahan etika yang dia dah buat ?

tetiba je menjejaskan ketenteraman

ketenteraman siapa yang terjejas ? yg ada 2.6 billion tu ke ?

cakap biar teranggg
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2015 10:58 AM | Show all posts
dizek replied at 3-9-2015 09:56 AM
antara contoh perlanggaran
etika tu seperti membuat
pendedahan dokumen yang sedang






ape cerita sekarang?






Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2015 10:59 AM | Show all posts
dizek replied at 3-9-2015 10:57 AM
nak bikin perlukan sokongan
semua pihak

saya tanya betul tak najib cakap tak serupa bikin ?

saya bukan tanya pasal sokong pihak lain

tolong jgn cakap mcm kel.ing please
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2015 10:59 AM | Show all posts
dizek replied at 3-9-2015 10:50 AM
why not
jika menjejaskan ketenteraman
awam dan melibatkan fitnah

menjejaskan ketenteraman rakyaat atau Najib & kunchu2 ?
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2015 11:01 AM | Show all posts
leylapple replied at 3-9-2015 10:49 AM
lucu la jawapan nie

maksud iols ada pertalian kekeluargaan ker?

pandai mcm mana pun akan jadi bodoh kalau ikut telunjuk sang algojo dalam isu ini

tu yg keluar jawapan tak masuk akal
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-9-2015 11:02 AM | Show all posts





Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2015 11:07 AM | Show all posts
dizek replied at 3-9-2015 09:53 AM
isu duit-akaun-rasuah memang amat mudah memancing
emosi kemarahan
melayu



PUTRAJAYA: Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak was advised not to attend the opening of the 16th International Anti-Corruption Conference (IACC) on Wednesday due to "possible hostile receptions" against him.

Minister in the Prime Minister's Department Datuk Paul Low said as head of the Government certain protocols must be accorded to Najib.

Low said he made the call  to advise  Najib on the possible hostile receptions he could receive due to  allegations against him.


http://www.thestar.com.my/News/N ... ruption-conference/

Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2015 11:07 AM | Show all posts
bukan negara kita aman ka?
celah mana datang isu keselamatan?
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2015 11:08 AM | Show all posts
EJALTI replied at 3-9-2015 10:54 AM
Tindakan Najib berhubung ‘derma AS$700 juta’ mencurigakan, kata pengkritik antarabangsa

OLEH A ...

memang betul apa yg dikatakan perwakilan...tapi mereka kena sedar yang ianya berlaku dimalaysia...disini mereka yang berkuasa boleh buat apa sahaja tanpa rasa bersalah pada agama negara mahupun bangsa
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 200210 Replies : 4713
Cinta itu buta:Gadis 23 tahun sanggup putuskan hubungan dengan ibu bapa demi berkahwin lelaki 80 tahun
YgBenarCinta itu buta:Gadis 23 tahun sanggup pu
Views : 864 Replies : 4
Ketua COVID-19 Di AS Dr. Anthony Fauci  Mengaku Peraturan Penjarakan Sosial 6 kaki ‘Hanya Rekaan, Tanpa Bukti Saintifik’.Anda terpedaya?
YgBenarKetua COVID-19 Di AS Dr. Anthony Fauci
Views : 24043 Replies : 161
‘Banyak Peniaga Melayu Tiada Ilmu Penyediaan Makanan Bersih & Selamat’ – Chef Wan
YgBenar‘Banyak Peniaga Melayu Tiada Ilmu Penye
Views : 11963 Replies : 13
Teka teki botol
syidapink88Teka teki botol
Views : 73688 Replies : 322
Kes Rogol & Bunuh Budak 5 Tahun Oleh Ayah Angkat Berumur 66 Tahun. Suami Isteri Dah Direman.
ainiz81Kes Rogol & Bunuh Budak 5 Tahun Oleh Aya
Views : 11543 Replies : 187
Beza wasap status ikut level
chaconBeza wasap status ikut level
Views : 5075 Replies : 10
Nama pokok ni?
BelovedTaeyeonNama pokok ni?
Views : 6357 Replies : 15
Point Kumpul Tachang
evatasoPoint Kumpul Tachang
Views : 30478 Replies : 185
Awesome place in Iceland --
dexaAwesome place in Iceland --
Views : 1453 Replies : 1

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-6-2024 08:46 PM GMT+8 , Processed in 0.099782 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list