CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 6921|Reply: 21

Cara Orang Thailand Meraikan 'Perayaan Vegetarian' Yang Ngeri?

[Copy link]
Post time 21-10-2015 12:27 PM | Show all posts |Read mode
Di Pulau Phuket, Thailand, terdapat satu perayaan yang amat penting yang pasti disertai bersama penghuni seluruh pulau tersebut, ia dipanggil 'Perayaan Vegetarian Sembilan Raja'. Ianya dilangsungkan pada bulan September, Oktober setiap tahun dan diraikan selama sembilan hari.


Sepanjang sembilan hari tersebut, kesemua penganut akan hanya makan bahan makanan yang berunsurkan saur-sayuran tanpa daging, bukan sahaja semua bentuk hiburan diberhentikan, malah 5 kuil Buddha yang utama di bandar akan mengadakan pelbagai upacara keagamaan untuk meraikan perayaan tersebut, termasuk mempamerkan pelbagai jenis bahan penyembahan 'vegetarian' dan makanan dengan memasang satu bendera kuning di atasnya.


Semua orang akan memakai baju dan seluar berwarna putih dan pergi ke kuil sembahyang pada Dewa Sembilan Raja untuk mendapatkan restu agar keluarga selamat dan kerjaya makmur.





Berikut adalah gambar yang menunjukkan lelaki Thailand mencucuk pisau dan bahan tajam ke pipi muka untuk meraikan 'Perayaan Vegetarian', setakat lihat gambar pun terasa amat menyakitkan!






Pada hari perayaan, ratusan pemuda akan mencucuk pipi mukanya dengan pebagai jenis bahan tajam sambil berarak.



Perayaan Vegetarian Dewa Sembilan Raja adalah perayaan utama bagi orang Cina di Thailand.



Satu ketika dahulu, berlakunya penyakit berjangkit di pulau sehingga menyebabkan ramai orang mati.



Orang tua-tua bangsa Cina pun menjemput kumpulan pementasan opera dari negara China membuat persembahan
di pulau untuk menghalau penyakit yang dipercayai berpunca daripada kuasa halus, akhirnya berjaya. Sejak itu
perayaan tersebut diteruskan sehingga sekarang.



Menurut pakar sejarah, perayaan tersebut telah pun diadakan sejak Dinasti Diraja Thailand yang kelima.



Mencucuk bahan tajam ke pipi muka dipercayai mampu menghalau segala iblis dan syaitan agar kecelakaan yang
dialami seseorang itu dapat dikikiskan.




Kepercayaan keagamaan tersebut bukan terhad pada orang muda sahaja.



Bagi penganut yang melihat perarakan di tepi jalan biasanya akan menyembah mereka yang menjalani
istiadat membuang bala ketika melalui di kawasan rumah masing-masing.




- CARI Infonet










Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-10-2015 12:38 PM | Show all posts
pelik2 je... sakitkan badan
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2015 12:47 PM | Show all posts
takot nya....
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2015 01:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Nak terkeluar balik isi fish n chips lunch sat ni
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2015 01:10 PM | Show all posts
mengerikan sungguh..
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2015 01:26 PM | Show all posts
ya ampun.. ni seksa diri nama nya.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-10-2015 01:41 PM | Show all posts
Nyesal tengok.....
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2015 02:31 PM | Show all posts
duhh, vegetarian apa cenggini gaya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-10-2015 02:37 PM | Show all posts
mcm perayaan india plk.. ape ek org pgil? ala yg cucuk2 bdn mcm ni jgk.
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2015 03:17 PM | Show all posts
chinta89 replied at 21-10-2015 02:37 PM
mcm perayaan india plk.. ape ek org pgil? ala yg cucuk2 bdn mcm ni jgk.

thaipusam..yang well well tu
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2015 03:59 PM | Show all posts
Macam perayaan thaipusam pulak acaranya
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2015 04:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Skeri tgk yg pisau byk2, pisau bergerigii,blabla...

Kenot imagin waktu nk tarik kluar nti...aduhhh ngilunya
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2015 04:55 PM | Show all posts
zizadin replied at 21-10-2015 03:17 PM
thaipusam..yang well well tu

owh ye, thaipusam kan! tq pencerahan

me mse skola rendah dulu.. ade preksa. gmbr pakaian2 tradisi di mesia.

oleh sb me cuma kenal baju kurung utk melayu, cheongsam utk cina, sari utk india (based kebiasaan ken pakaian2 ni) tetiba ade la picca baju yg me x tau bangsa apa.

dengan kompidemnya me tulis BAJU THAIPUSAM.
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2015 06:55 PM | Show all posts
chinta89 replied at 21-10-2015 04:55 PM
owh ye, thaipusam kan! tq pencerahan

me mse skola rendah dulu.. ade preksa. gmbr pakai ...

hhahahahhahahah!!! chinta, so cute!!! baju thaipusam pon boleyy!!
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2015 07:42 AM | Show all posts
babydoll replied at 21-10-2015 06:55 PM
hhahahahhahahah!!! chinta, so cute!!! baju thaipusam pon boleyy!!

mse menjawab tu mmg kompidem.. walopun salah, me rse hebat sebab at least me boleh isi jawapan dari kawan2 sekelas semua tinggal kosong jerk
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2015 02:18 PM | Show all posts
scroll laju-laju... warghh  
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-10-2015 02:18 PM | Show all posts
chinta89 replied at 21-10-2015 04:55 PM
owh ye, thaipusam kan! tq pencerahan

me mse skola rendah dulu.. ade preksa. gmbr pakai ...

kelakar weiii.. apa jawapan yang betul?
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2015 03:23 PM | Show all posts
seriau ai tgk gambar2 nih...
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2015 03:47 PM | Show all posts
bius dulu kot sblm dicocok muka tu
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2015 05:36 PM | Show all posts
aku yg tgk ni pon sakit tawww
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Saya sokong penuh koc wanita. Tapi yang bengangnya, koc wanita masih banyak kosong, ke koc jantan juga masuknya.Netizen kiciwa koc wanita tidak dimanfaat sepenuhnya
YgBenarSaya sokong penuh koc wanita. Tapi yang
Views : 24781 Replies : 19
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 274513 Replies : 6781
Bumbung parking TRX bocor:Wanita Pemilik Kereta   Volkswagen Beetle   Terkena Air Sisa Makanan Ditawarkan Pakej Cucian Kereta Percuma Setahun.Kini dalam keadaan trauma.Hanya naik pengangkutan awam
YgBenarBumbung parking TRX bocor:Wanita Pemilik
Views : 15069 Replies : 32
Memakan belanja RM4,888 seorang murid,sekolah dinasihatkan berpada-pada dengan rombongan sambil belajar ke China
YgBenarMemakan belanja RM4,888 seorang murid,se
Views : 24498 Replies : 16
[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah aje, ilmu harian! VOL.7
ipes2[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah
Views : 106554 Replies : 2915
Orang Kota Bharu paling ramai dicekup terlibat judi online
ultra78Orang Kota Bharu paling ramai dicekup te
Views : 2783 Replies : 23
Bila bbnu nak tunjuk pandai
BoomibulatBila bbnu nak tunjuk pandai
Views : 20181 Replies : 94
Teka Teki Teka Tekok
FARRAZOOLTeka Teki Teka Tekok
Views : 27532 Replies : 113
Seorang abah 'tertinggalkan' anak dia..
RinInaSeorang abah 'tertinggalkan' ana
Views : 10576 Replies : 53
Resepi goreng pisang ringkas
BoomibulatResepi goreng pisang ringkas
Views : 10329 Replies : 89

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-6-2024 05:26 AM GMT+8 , Processed in 0.067887 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list