Edited by anyclassything at 6-11-2015 09:27 AM
Day 2: Gangguan Toilet Okay so the next day means hari kedua, ayah aku gi ambik arwah moyang aku bawak balik rumah, moyang aku ni semua org panggil 'Mok' dia memang selalu rotate gi tidorumah anak cucu since dah tua tp still sihat boleh jalan. Mok ni pun banyak cerita angker psl dia tp tu later je lah focus cite hantu H1N1 ni dulu. So hari kedua tu Mok ada lah and takde pape jadilah siang tu.
So..Ingat dah takde pape jadilah kan day 2 ni, so sepanjang cuti tu aku mmg tdo lewat malam. Sebab siang dah tido bnyk, lepas tu malam-malam study sejam dua,then sebab lain ialah sebab nak gayut dgn bf time tu. Ntah apa perangai gedik umo 17 ada bf konon duhh . Bf aku time tu jauh, dia dah kat u so selalu gak la dia called lps aku study camtu.
Sorry melalut bnyk, so time tu pukul 2 pagi.. Tiba-tiba R (ex bf) ni called aku sbb dia mmg tau aku akan study smpai kul 2 or 3. Time tu, aku study dalam guest room. Sebab masa tu lampu bilik aku lampu kuning tu so aku tak suka sakit mata.Mak aku plak tdo dah dengan Mok hampar tilam tido depan TV, sebab Mok mmg tak suka tido dalam bilik. Aku duk dalam guest room, pintu terbukak luas. Ok..imagine dari guest room ni boleh nampak direct to ruang TV tempat dorg tido. So basically kalau dorg bangun ke apa aku mmg akan nampak jelas. And dalam guest room ni plak toilet share dgn living room tempat kejadian bunyi ganjil. Maknanya ada dua pintu toilet ni, satu dari dalam bilik, satu lg dari living room kat luar. Malam tu aku bukak pintu dari living room tu luas2 sebab nak mudahkan Mok nak gi toilet mlm2.
Time tu aku baring atas katil kaki melunjur ke arah toilet, so posisi aku mata mengadap toilet. Toilet tu plak pintu terbukak dari dlm bilik n jugak ruang tamu. So mata aku bleh jelas nampak kalau sape2 masuk keluar toilet tu. dari sisi kiriaku plak pintu bilik terbukak luas nampak ruang TV. Duk sembang-sembang tu tiba-tiba dgr mcm gayung dlm baldi langgar-langgar. Aku dah pelik, sape masuk toilet? Kerling kiri, nampak Mak and Mok tengah tido dpn TV. Ayah aku plak xde kat rumah for a few days. Gayung still bunyi berlanggar-langgar dengan baldi.Tetibe je rasa takut time ni. Sebab kalau ada org masuk aku akan nampak, then kalau ada org nak gi toilet dari luar pun aku akan nampak. Aku try tengok dar ikatil x nampak kelibat apa, hanya bunyi gayung langgar2 dengan baldi je siot betol. Kuat betul mcm tgk kocak air dlm baldi tu.
Time ni aku dah panik, time ni mmg seram. Sebab obviously aku mmg concious, bukan mamai ke apa. Jelas la bunyi bilik air yg dpn mata niii tapi time tu aku tak beran igerak sikit pun. Nak keluar gi ruang tv tu pun x berani. Entahlah kenapa, tp tangan still pegang hp tgh gayut lg. Sambil tu cite la kat dia "I dgr bunyi kat toilet tp xde sapa ni." dia duk ckp "kucing kot, angin kot bla bla" Time tu aku still sembang ngan dia tpotak celaru dah campur panik xleh fokus dah makin kuat lak bunyi aktiviti dlm toilet. So aku ckp nak letak phone, nak gi tengok toilet. Letak je phone, dah bunyi splashing water pulakk haa ambik dia gi mandi ke apa bunyi cam org jirus air guna gayung tu. Time tu still aku tak berani gerak, bukan aku xleh gerak.Aku yg takut nak bergerak. Aku takut nampak kelibat tak ke pengsan luruh jantung kat situ.. So aku duk diam2 dgn harapan benda tu slowly go tanpa tegur aku or show off rupa kat aku. Panik dia takleh nak ckp, sbb bunyi too obvious so mcm kau duk kira setiap saat yg dia akan muncul bila-bila masa. Then bunyitu senyap dgn mcm tu je.. Baru aku berani keluar pergi ruang TV.
Tengok dorg dua duk tido. Time ni rasa panik dah surut, tak cemas dah so aku beranikan diri pergi jenguk toilet sebab bunyi dah takde. Aku curious lagi sebenarnya.Tengok je takde apa-apa. Kosong je toilet tu. Then aku gi join dorg tdo depan TV, ada sofa tido situ je la. Then tdo pun takde apa.. Esoknya tu cerita kat mak aku lg, time ni mak aku mcm caye tak caye, sbb dia cakap maybe Mok gi toilet diam2 plus aku duk gayut manade nak perasan Mok lintas g toilet ke apa.Tapi bila tanya Mok dia cakap takde gi toilet, tapi xleh caya gak Mok pun nyanyuk sikit2 kan.. Tapi pelik kalau Mok mmg aku akan nampak la, pintu terbukak kot.... Dang..
|