|
Cerita dari mulut orang
Yang Dikejar tak dapat,yang di kendong berciciran
Cerita ini saya dapat dan dengar sendiri semasa saya membaiki motorsikal di salah satu bengkel motor di Kayu Ara Pasong.Semua nama adalah tipu belaka,jangan percaya.
Kata si pencerita, yang di kenali sebagai Sabri, kejadian curi buah sawit selalu terjadi zaman 2000an macam tu di kawasan Parit Sikom. Dorang ni selalu projek memalam, masa orang tengah sedap tidur, deme merembat sawit percuma. Dengan berbekal lampu suluh satu, pahat, kereta sorong,projek pun menjadi.
Ada satu pemilik kebun tu, nama Wak Mur ,dia betul marah ,mana tak nya hampir dekat 20 kg buah nya di curi orang.
“Siang aku tengok,aku kira satu satu ada berapa tandan, ada 10 buah, esok pagi aku tengok tinggal 3 buah je,siap ada kesan kena pahat.ada kesan tapak kaki yang baru” keluh Wak Mur
Orang kampung siap buat rondaan, tapi macam ada ‘orang dalam’. Tiap kali rondaan,mesti aman je kebun
Kadang kadang pencuri ni, tak dapat sawit, pisang,nenas,dan segala macam yang boleh di jual pun deme rembat termasuklah sayur sayuran.
Last sekali, Wak Mur ni tak tahan, ronda dah buat, repot polis dah buat, dia pun buat sesuatu.
Satu malam, pencuri tu di cekup sendiri oleh Wak Mur
Ada 5 orang semua dan orang situ situ jugak la.
Sempat sorang dua bagi penumbuk sedas dua dan ada yang tanya ,
“Amacam kawan, dapat apa ni malam?”
Pencuri tu diam je.
Kemudian waris waris terdekat pencuri tu ada la bukak cerita hal kes ini selepas 2 3 bulan jadi
Katanya waris
“Malam tu,dorang dah standby nak loading banyak,dah asah pahat.. Tup!! Jatuh sebiji.Tup jatuh sebiji. Masa loading dalam kereta sorong, yang sorang ni suluh la,takut takut buah muda, sekali suluh
Kepala orang semua nya.. Mata siap berkelip kelip tengok si penyuluh tu. Yang tak tahan tu, dia cakap kepala kepala dalam kereta sorong tu, muka mak bapak dorang,adik beradik dorang. Hahahahaha. Tinggi ilmu Wak Mur ni.”
Sejak hari tu, tiada la aktiviti merembat buah sawit malam malam lagi, kalau ada pun sekali,lepas tu dorang tak berani selepas cerita ni di perdengarkan semula.......
Selesai |
|