CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: annabellaruz2

[BEST]Koleksi seram dan misteri Sarawak

  [Copy link]
Post time 21-7-2017 11:13 PM | Show all posts
Ipo replied at 21-7-2017 10:28 PM
hahaha...baru perasan

yes yes..lebih tepat kurang sel darah merah

Kena sabar yer, sebab I want to tell the story according tu urutan kejadian sebab, Cik H sekarang dah boleh tengok dah benda2 ghaib ni.
Rasanya, hijab dia dah terbuka masa mula2 dia dirawat oleh pakcik dan makcik tu...

Kejadian yang berlaku selepas Cik H tahu siapa yang kenakan dia, memang menarik..

Dia dah boleh bagitahu apa dan rupa benda2 yang kita orang biasa tak nampak..

Sabar ya babe...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-7-2017 11:17 PM | Show all posts
annabellaruz2 replied at 21-7-2017 10:30 PM
Huisshhh... kapa ya tajau nya @akoobabes
Tajau kitai ba rumah pan enda sengapa nyimpan..

Auk wai, aku baru nemu gak bisi tajau bak tingkat satu..

One of the tajau, kaler coklat, tapi aku tak berani lah nak tengok dekat2..

Ujung2 sakit wai...

The rest of the tajau ada dalam bilik meeting...

Nanti aku tanya ngan cik H, berapa iti tajau nyak..

Ya hari2 medak bah...

Plus, I just found out, tingkat satu tu ada orang lain yang bekerja jugak..

Ada orang ternampak, kerusi berjalan,..

Kat tingkat tiga pula, ada typist halimunan.. huhu
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2017 09:48 PM From the mobile phone | Show all posts
annabellaruz2 replied at 20-7-2017 10:19 AM
Iban banyak pantang larang dee...

salah satunya...tak boleh sebut nama mak pak mertua dan adik  ...

Addeehh,
Pening kpala,
Nak mngingat nama kan,
anna...
Kalo tsilap sebut,
Tulahan laa
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2017 09:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Akoobabes replied at 20-7-2017 03:30 PM
Saka boleh buatkan seseorang itu jadi pemarah..

tapi tak semua rasa nya


Yup,
Yg tu btol...
Kalo penjaga tu btol...
Kalo saka,
Lain mcm nau peel,baran semacam jek
Akoo
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2017 09:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Akoobabes replied at 20-7-2017 04:31 PM
Nak story sikit bout ada sorang my colleague ni kita bagi nama Cik H untuk memudahkan bercerita,
d ...


Hati2 Akoo,
Kkdng kita2 yg xde 'isi' dlm badan,
Bole terkena tempias...
Janji amalkan zikir slalu
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2017 09:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Akoo,
Menarik laa citer2 seram,
Nnti sambung lagi k
Anna,
Ko pun,
Tertunggu2 citer misteri nie...Xcited !!!
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 23-7-2017 12:47 AM From the mobile phone | Show all posts
DeeHanania replied at 22-7-2017 10:48 PM
Addeehh,
Pening kpala,
Nak mngingat nama kan,

Salah satu cara mudah nak mengelakkan tersebut nama

Untuk pangkat makcik2 di panggil ibu'
Untuk lelaki di panggil aya'
Untuk ipar duai yg lebih tua dipanggil ika'
Yg muda2 dipanggil adik
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2017 02:02 PM | Show all posts


Kisah mimpi pelik

Selalu nya, kalau kita bermimpi, jarang kita akan ingat full details kejadian mimpi.

Tapi mimpi aku ni memang pelik..

Aku bermimpi aku tengah mandi, tetibe muncul kepala manusia dekat tingkap, bukan sekadar muncul tapi kepala dia sampai ke leher masuk ke dalam tingkap, lepas tu dia memang stay kat situ sampai aku terpaksa menjerit, jangan kacau aku, jangan kacau aku.

Aku terus terjaga, lepas aku beristighfar , baca apa2 yang patut, aku tido balik..

Kali kedua, aku mimpi lagi benda yang sama.. tapi kali ni ada sambungan nya, instead of aku terjaga dari tido, aku terjaga dalam mimpi, I found myself kat satu bilik menyerupai bilik meeting, atas meja memang ada all those finger food yang selalu dihidang dalam mesyuarat.

At one corner of the room, I saw one lady, dia tak bertudung, rambut dia wavy & rambut dia kaler coklat.. Sekali dia pusing, mak encik aka boss Cik H rupanya. Aku tertanya2 bila masa orang tua tu bukak tudung..

I was so surprised, terus terbangun.

Dan aku bermimpi mimpi yang sama for the next two night...

Mula2 aku tak lah terpikir apa2... mainan tido kan..

Lepas beberapa hari, aku rasa pelik, badan aku lemah jer, baik lagi aku bukan jenis yang manja.. walaupun badan lemah, kepala rasa berat, still ok lagi pegi kerja, belum realised yang aku senanya terkena.

However, bila masa aku realised aku terkena pun aku tak perasan, cuma aku ni dah tahu bezakan, kalau sakit aku tu, sakit biasa atau tak biasa.. jadi aku pun bagitau mak aku pasal mimpi tu... and I reminded her to remind to tell pakcik tu hal mimpi aku. Masa aku bilang kat mak aku, aku memang rasa lain dah.

Selalu nya kitorang pegi rumah pakcik tu weekend jer, sebab dia masih bekerja Gomen, belum pencen, plus rumah dia kat area Samarahan.

Bila sampai kat rumah tu, aku ceritalah hal mimpi aku tu kat pakcik tu, dan selalu nya kalau aku yang 'sakit' yang selalu 'rawat' aku anak dia, sebab aku ngasi or serasi ngan anak dia. Walaupun masa aku pi cerita hal mimpi ku, aku still boleh ingat semua details.

Ajaib bukan... at least for me, as normally I will not be able to remember any of my past dreams.

Aku bagitau jugak yang aku memang tak sedap badan lepas aku mimpi.

Jeng jeng jeng......... pompuan (mak Encik Cik H) dalam mimpi aku yang berambut kaler coklat dan wavy tu nak 'cuba' ilmu dia kat aku..

Dia nak 'tundukkan' aku supaya 'hormat' dia. Actually Mak Encik aka Boss Cik H tu memang ramai yang tak suka perangai dia... she is at her position now sebab taktik kotor.  Before dia join bank kitorang, dia from bank lain, and, mind you, she has one of the fastest promotion that I know ever since join kitorang.

Bagi aku yang penting, aku sihat, lantaklah dia nak buatkan aku ker, nak try tundukkan aku ker, yang penting, aku takkan buat benda yang sama.

Few days after that, before balik, aku singgah kat opis Mak encik Cik H, sebab setiausaha dia kawan aku.. aku nak sahkan tang rambut mak encik tu kat setiausaha dia, kita panggil dia Cik W, tapi, sebelum tu, aku pi cerita lah kat cik W hal mimpi aku, then sampai part Mak Encik, aku pun bagitau lah yang Mak Encik yang muncul dalam mimpi aku tu tak pakai tudung, rambut kaler coklat and wavy..

Then aku tanya Cik W, memang macam tu ker rupa dia if bukak tudung.. Cik W dengan muka terkejut terus mengiakan soalan aku, dia pun rasa seram.. haritu, dia cepat2 kemas meja dia, siap suruh aku tunggu, walhal, dia lah antara staff yang selalu balik lewat..

Acaner tu??!!!!

Lepas tu, aku ngan dia sambung cerita kat parking, antara topik yang kitorang bincang is, apa kaitan dia masuk mimpi aku, sedangkan aku bukan staff dia.. our reporting line memang totally lain.

Anyway, aku bilang kat Cik W, mudahan takder apa2 yang akan berlaku kat aku sebab mimpi tu (walaupun aku dah pegi berubat time tu), dan aku siap pesan kat Cik W supaya berhati2, kot dia pulak yang bermimpi..

Selang beberapa hari, aku pegi jumpa Cik H kat meja dia.. nak bagitau dia about my dream tu lah..so dia bilang, Cik W ada beritahu kat dia, cuma taklah detail sangat. Jadi, aku ceritalah balik hal mimpi aku kat cik H.

Jeng jeng jeng......

Dia pernah mimpi orang yang sama, tapi dia lebih dulu. Hmmmmmmm.....

Masa tu, both of us memang terkejut, iyalah, aku ngan Cik H kat lain2 department, apa kaitan si mak encik. Tapi aku ada bagitau kat Cik H yang aku dah tahu kenapa si Mak Encik tu masuk mimpi aku, dan aku bilang kat dia, to go to rumah Pakcik tu gi tanya hal mimpi dia pulak..

..... bersambung




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-7-2017 04:12 PM | Show all posts
fuhh makin berdebar cerita akoobabes
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-7-2017 04:44 PM | Show all posts
Akoobabes replied at 23-7-2017 03:02 PM
Kisah mimpi pelik
Selalu nya, kalau kita bermimpi, jarang kita akan ingat full details kejadi ...

babe...meh la sambung lagi..


Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2017 08:22 PM | Show all posts
annabellaruz2 replied at 24-7-2017 04:44 PM
babe...meh la sambung lagi..

Sorry lambat sambung, aku gi tanya Cik H hal tajau tu...

Sambungan coming right up... belum sampai tajau lagi as tadi tak sempat nak habiskan cerita..

Sambungan selepas ini, mengenai mimpi Cik H
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2017 10:33 PM | Show all posts
Kebolehan istimewa Cik H

Senanya, Cik H sebelum ini, memang sentiasa diberi petunjuk melalui mimpi, cuma dia tak tau macam mana nak mentafsirkan mimpi itu.
When I told her tentang aku bermimpi nampak muka mak Encik tu, dia pun bilang dia ada jugak mimpi orang tua tu.. Cuma time tu, dia takder lah go in details about it.

However, Cik H bagitau dia time tu sering bermimpi tentang bau yang amat busuk, satu lagi, ada orang asyik nak beri dia baby jer..
Yang sangat menghairankan Cik H, bau busuk tersebut cuma berlegar2 di lorong yang terdapat di hadapan bilik Cik H, manakala orang yang nak bagi baby tu pulak memang betul2 at her working desk.

Jadi, seperti biasa, aku ngan mak aku ambik Cik H kat rumah dia, lepas tu kitorang pegi ke Samarahan.

Sesampai jer Cik H kat rumah pakcik tu, dia pengsan da….
Aik…  Pengsan lagi…

Tapi kali ni, sekejap jer…plus dia dah tak keluar kan sora rimau dia dah… phew lega you you….
Since rawatan dia kali pertama dulu, pakcik dan makcik tu tahu kelebihan Cik H, jadi dorang dah boleh relaks sikit masa merawat.
Seperti rawatan kali pertama dulu, Cik H telah dipengsankan oleh pakcik dan makcik tu dan tujuan Cik H perlu dipengsankan sebab untuk memudahkan pendamping Cik H masuk ke dalam badan Cik H.
Oh ya, sebelum Cik H dipengsankan, dia dah bagitau kat pakcik tu tentang mimpi dia.
Seperti biasa, sebaik sahaja Cik H dipengsan, pakcik tu akan memberi salam dan selanjutnya memanggil full name Cik H..
Hasil ‘siasatan’ rupa2 nya ada seorang lagi kat dalam opis ada guna 'bantuan' untuk naik cepat tapi yang sorang ni lain sikit, dia memang target orang2 yang dia rasa akan menggugat kedudukan dia dalam opis tu..
Bau2 busuk tu datang daripada minyak yang dia guna untuk disapu dekat meja dan minyak tersebut datang dari anak sulung yang dah meninggal semasa lahir,  in English, it is called stillborn.
Hint yang diberi oleh pakcik tu, orang ini mempunyai cincin emas bermata coklat bersinar2.
Jeng jeng jeng…
Aku terus tahu siapa!!

Go back to Part 3, Cik R nama diberi.. itulah dia si penjahat yang dicari, pakai cincin kat jari manis belah kiri...

Kenapa aku terus target dia, salah satu sebabnya, aku ni ada satu perangai sikit, aku suka perati orang, dari perangai, habit or kebiasaan, pakaian dan aksesori. Few month sebelum tu, mata aku asyik tengok jari Cik R jer, maklumlah dia pakai cincin baru.
Cuma yang pelik ya, batu cincin tu, macam tak sesuai untuk perempuan, tapi aku just  cakap dalam ati lah..

Tak sure dia dah pakai berapa lama cincin tu, tapi memang tak sama ngan cincin Cik R sebelum ni..

Lagi satu sebabnya, dia tetiber naik pangkat dengan cepat walaupun masa mula2 dia pindah kat department bawah Mak Encik, dia underperformer.

Satu lagi sebab yang paling obvious, she is the only one ya g tak pernah mengeluh hal Mak encik... sedangkan yang lain2 , memang ada jer lah yang dorang geram.. kadang2 tu, masa breakfast dah terima arahan nak benda tu cepat.. nasib baik tak tercekik.

But then, walaupun Mak Encik buatkan dorang macam robot,  kerja dorang memang tip top. Buat sampai 'mati', lebih kurang macam tu lah bunyi tagline dorang.

Back to the actual story, salah satu petanda tentang ada nya barang 'alien' around that area, tapi masa tu Cik H tak perasan.. Dia cuma batuk kat opis, kat rumah dia ok.. dan dia batuk dah lama time tu..

Also, everytime dia masuk bilik Mak Encik,dia akan batuk.. itu on Mak Encik.

On Cik R, selain daripada cepat naik, dia seorang dalam kelompok dia yang mempunyai assistant, sedangkan yang lain keroje sorang2!

Hebat kan, penangan cincin yang dorang pakai tu... memang pemakaian sesuatu cincin itu untuk tolong sipemakai.. tapi akibat nya, orang2 di keliling mereka yang menderita...

Untuk pengetahuan semua, selepas pengesahan dari Cik H sendiri, semua penyakit boleh dikatakan start apabila mereka pindah opis ke dalam meeting room, dimana didalam meeting room tu, ada sort of mini muzium dimana ada tajau iban, ada rantai gigi binatang yang diletak didalam bekas kaca.

Why dorang kerja dalam meeting room? Sebab bilik dorang tengah di renovate.

.....bersambunng
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-7-2017 10:43 AM | Show all posts
Akoobabes replied at 24-7-2017 11:33 PM
Kebolehan istimewa Cik H

Senanya, Cik H sebelum ini, memang sentiasa diberi petunjuk melalui mimp ...

aii.... akuakan share citer aku lepas ko dah abis dgn citer ko supaya yang membaca tak keliru dgn isi cerita..
thanks babe... please continue...

Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2017 11:12 AM | Show all posts
annabellaruz2 replied at 25-7-2017 10:43 AM
aii.... akuakan share citer aku lepas ko dah abis dgn citer ko supaya yang membaca tak keliru dgn  ...

thanks babe... rasa nya ada dua part lagi nih

Itulah  bila semakin aku korek al kisah dorang kat tingkat satu.. makin banyak pulak cerita yang timbul

huhu... dah cerita2 semua boleh tahan menyeramkan




Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-7-2017 11:16 AM | Show all posts
Akoobabes replied at 25-7-2017 12:12 PM
thanks babe... rasa nya ada dua part lagi nih

Itulah  bila semakin aku korek al kisah dorang ka ...

aku yang baca ni pun leh terasa keseraman kisah ko ni babe..
tak sabar tgu saki baki citer ko nih..
sementara tu aku tengah taip kisah mak aku pula.

Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2017 04:52 PM | Show all posts
@annabellaruz2

Lepas ni aku akan post cerita aku...

last untuk kali ini...

aku nak korek lagi dari Cik H, especially cerita dalam meeting room tu

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-7-2017 05:26 PM | Show all posts

Sambungan dari cerita lepas..

If semua ingat, I was never really close ngan Cik H, even though kitorang start kerja around the same time, but I started working at the branch first and dia memang kat HQ, masa tu HQ kat Sarawak.
Anyway, disebabkan hal ini, both of us jadi rapat. Tapi kalau kat opis, memang takkan bercakap hal2 mistik  ni.

Both of us berwhatsapp jer selalu nya.

Anyway, let’s continue.. eventhough aku tau Cik H memang sakit leukemia, aku tak pernah tahu berapa lama dah Cik H sakit.

Dah lima tahun rupanya, and, guess what!
Timeline coincide dengan time Mak Encik start ambik alih position as boss dorang.
Another eerie coincidence… out of three original staff, yang masih tinggal bekerja adalah Cik H, sorang dah meninggal, yang seorang lagi resign, and for your information, itulah susunan kedudukan meja dorang di bilik asal before they have to squat in the meeting room.

Yang mula2 sakit is Kak E, meja dia terletak di antara meja Cik H dan Kak N. Kak E was diagnosed with cervic cancer and hers was so active, she relapse soon after balik bekerja from her treatment. Manakala Kak N chose to resign, reason unknown. Tapi ada terdetik rasa hairan dihati, as hubungan mereka bertiga sangat baik.

Wallahu’alam, semua berlaku atas kehendak Allah swt.

Balik kepada kisah Cik H, she was diagnosed with leukemia seven (7) months after Kak E, in fact, both were having their chemotherapy at the same time. We go bald together, it was their joke for each other.

Kak E passed away after one month her cancer relapse, dan kebetulan masa tu, bank kitorang ada annual dinner, the preparation mood among the organizer was sombre unlike previous years and her passing was announce to everyone by the MC.

Kisah yang aku ceritakan  tadi, ada kaitan dengan tempat kerja sementara Cik H, Kak E dan Kak N. Actually staff yang lebih dulu bekerja kat tingkat satu memang dah lama tahu kewujudan ‘permanent staff’ kat situ.

Senanya, tingkat satu melalui proses ubahsuai secara berperingkat.

Bilik yang mula2 diubahsuai was  bilik tempat Cik H, Kak E, Kak N & another Manager bekerja, dimana mereka telah diletakkan di dalam meeting room sampai selesai proses.

Didalam bilik meeting tersebut, ada dua buah tajau dan beberapa aksesori tradisional seperti rantai yang bergigi dan ada beberapa lagi yang diletak dalam almari kaca for display.

Here is the interesting part, Cik H ngan Kak E was the one yang sakit teruk, dan Cik H told me, Ustaz yang ternama di Kuching dalam pengubatan Islam pernah bertanya dengan adik Cik H jika didalam bilik tempat mereka bekerja ada benda2 pelik..
Tapi pada ketika itu, Cik H memang tak berani nak suruh sapa2 naik ke atas dan pegi check meeting room kerana dia taknak menimbulkan kerisauan dikalangan staff2 lain.

Pada pendapat aku, berlaku ‘rebutan kuasa’ diantara muakal cincin Mak Encik dengan penghuni tajau serta gangguan daripada sihir daripada Encik C, keadaan penyakit Cik H menjadi teruk manakala Kak E, memang tertulis bahawa dia meninggal disebabkan kanser.

Kanser sepertimana kita tahu sukar dicari mana punca nya dan walaupun ada bermacam artikel ditulis mengenai kanser, semua penyakit itu datang daripada Allah sebagai ujian keatas hamba Nya.

Kisah Cik H akan disambung selepas aku ‘interview’ dia lagi ok guys
Plus, she promised me to take photo of barang2 yang ada dalam meeting room. Dan juga dia ada mimpi2 baru..

Yang paling latest, ada orang hantar mayat baby pastuh baby tu ditanam dibelakang rumah Cik H.

Jeng Jeng Jeng…
Nantikan sambungan nya….
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2017 05:48 PM | Show all posts
Akoobabes replied at 25-7-2017 05:26 PM
Sambungan dari cerita lepas..

If semua ingat, I was never really close ngan Cik H, even though  ...

wah..makin misteri
anyway..tajau tu macam mana rupanya?
I tanya pakcik gugel..belanga katanya..macam bentuk tempayan gitu

Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2017 08:25 PM | Show all posts
Ipo replied at 25-7-2017 05:48 PM
wah..makin misteri
anyway..tajau tu macam mana rupanya?
I tanya pakcik gugel..belanga katanya.. ...

Betullah..

Ada design berbeza2, kalau you tengok ada komen dari anna kat posting sebelum ni,
Dia ada explain jenis design2 tajau
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2017 08:35 PM | Show all posts
By the way, just nak tahu, pernah tak anyone kat benang ni, mengalami peristiwa pelik2 kat opis masing2..

To be honest, semenjak aku pindah ke branch lama,  yang mana tempat tu dulu adalah kawasan penempatan untuk pasukan polis hutan dan juga tempat kelahiran aku, aku boleh mengagak if aku kena benda halus, atau aku sakit biasa,

Aku selalu cakap kat mak aku, agak2 orang halus yang still ada kat situ, terhidu bau aku agak nya.. maklum lah temunek aku ditanam kat situ... itu agak nya aku cepat kena kot.

Lagi satu, aku tak boleh kena kali hujan panas, hari kuning or hari merah... sure aku sakit,
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-6-2024 03:06 PM GMT+8 , Processed in 0.187545 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list