KUALA LUMPUR – Seorang lelaki mendakwa sambutan hari raya Aidilfitri pada tahun ini lebih meriah berbanding tahun sebelumnya setelah dia mengambil keputusan untuk keluar dari Islam, lapor Suara TV.
Lelaki yang mengunakan nama samaran Wyatt E Coyote itu berkata demikian melalui laman Twitternya sebentar tadi.
“Sambutan hari raya (Aidilfitri) saya yang pertama sebagai bekas Muslim, sangat seronok berbanding tahun lepas,” tulis @wyattecoyoty ringkas.
Ekoran pendedahan tersebut, beberapa orang kenalannya tampil bagi mengucapkan tahniah sambil mendakwa mereka juga telah keluar dari Islam.
“Saya juga pertama kali sambut hari raya sebagai bukan Islam pada tahun ini. Pada saya sambutan hari raya merupakan perayaan budaya berbanding keagamaan. Saya atheist (tidak percaya pada tuhan) tapi merupakan seorang Muslim dari segi budaya,” kata @mediocremammal.
“Sudah hampir 4 tahun saya menjadi seorang atheist namun saya masih tetap berpuasa dan menyambut hari raya kerana saya telah dibesarkan dengan cara yang sedemikian. Masyarakat perlu berhenti mengkritik pemikiran bebas kita kerana secara asasnya kita lebih bersifat terbuka (dan) bijak,” ujar @ShahHadie.
“Selamat hari raya bro, saya juga (telah murtad). Apa yang kamu katakan adalah betul kerana pada saya hari raya membawa maksud meraikan bersama orang yang kita sayang tanpa perlu risau ‘adakah saya terlepas lailatulqadar pada tahun ini’ hehe,” kata @fai_O5 pula.
Wyatt turut berkata sekarang adalah masa untuk golongan murtad di negara ini untuk bersuara.
Bagaimanapun rata-rata penguna media sosial jelas tidak bersetuju dengan pendedahan lelaki tersebut sambil melahirkan rasa khuatir ekoran peningkatan bilangan mereka yang keluar dari Islam.
“Sedih memang sedih, mesti ada sebab kenapa mereka murtad. Doa yang baik-baik je. Mereka ada hak untuk membuat pilihan,” kata @nikmohdaqmal
“Perlunya pendakwah yang betul-betul handal dan berilmu serta fokus kepada perjuangan ini sahaja. Beri mereka dana dan sokongan untuk memulihkan. Tugas yang sangat-sangat mencabar,” kata @fedtriyahya pula.
Bagaimanapun, lelaki tersebut kemudiannya mengambil keputusan untuk memadamkan akaun Twitternya. Ia susulan daripada kritikan dan ancaman yang diterima berhubung pendedahan tersebut. – SuaraT
These ex-muslim n para ateis, kalau tetiba mereka mati eksiden atau mati kerana sampai had umur, wajibkah dimandikan dikafankan dan disembahyangkan serta kat mane nak dikuburkan ye? Bolehkah ditanam di perkuburan Islam. Curious nak tau.
Murtad adalah satu perbuatan yang paling keji dan hina . Paling dikutuk dan mendapat laknat Allah SWT kerana sesiapa yang murtad akan mendapat balasan neraka Jahanam mereka kekal di dalamnya.
Firman Allah SWT. yang bermaksud : "..Barangsiapa yang murtad di antara kamu dari agamanya lalu dia mati dalam kekafiran, maka mereka itulah yang sia-sia amalannya di dunia dan di akhirat dan mereka itulah penghuni Neraka, mereka kekal di dalamnya."(Surah Al-Baqarah ayat 217)
mungkin pak imam tak malu sembahyangkan mayat org ex muslim yang terang2 dalam hidupnya pakai salib pegi gereja sembah patung ateis etc. yg murtad siap2 umumkan yg diorg murtad walau ic tak boleh tukar status agama
Saya taklah mengharapkan jawapan yg sebegitu mudah kerana cara begtu akan menjejaskan persekitaran alam, maklum bau bangkai manusia kan. Belum lagi mayatnya dikitai2 anjing dn diharungi lalat dn berulat. Pastilah busuk dn geli yg amat. sesungguhnya laa, bila keluarga tau bahawa familinya sudah murtad, bagaimanakah harus jenazah si mati mau diuruskan. Apakah hal spt ini tak pernah difikirkan oleh masyarakat Islam.